Isu produk ‘susu pisang’ Neelofa yang buatkan ramai tak puas hati? Ini ceritanya

S1
Isu produk ‘susu pisang’ Neelofa yang buatkan ramai tak puas hati? Ini ceritanya

Siapa tak kenal Neelofa? Seorang pelakon, pengacara, usahawan dan paling terbaharu, pengasas produk susu pisang. Isu ni mengundang pelbagai reaksi dari warganet termasuklah dalam kalangan profesional perubatan. Jadi kami himpunkan apa yang dah jadi sampai Neelofa boleh pulak dakwa ‘orang Melayu tak tolong Melayu’.

Nak melangkah masuk berniaga minuman, tersalah kaki pula…

Sebagai seorang usahawan antarabangsa yang dah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 pada 2017, tak jadi suatu kesalahan bagi Neelofa nak lancarkan sebuah produk minuman yang asalnya dari Korea untuk versi tempatan iaitu susu pisang.

Nilofa Susu Pisang
Via Beautiful Nara

Dinamakan sebagai ‘Nilofa’, pelancaran produk susu pisang ni secara visualnya nampak cantik dan kemas. Selain tu, Neelofa pun turut buka peluang nak tambah pendapatan kepada sesiapa je yang nak jadi ejen pengedar minuman tu. Kami rasa kalau dia nak pasarkan untuk pasaran antarabangsa pun, tak jadi masalah.

Khabar gembira ni pada mulanya diterima baik oleh sebahagian besar pengikut media sosial Neelofa dan peminat susu pisang, apatah lagi dengan harganya yang mampu milik iaitu RM4.90 setiap peket dan RM27 untuk satu set. Oh My Media pun siap ulas sedap ke tak minuman susu pisang Nilofa ni.

#OMM TV: SUSU PISANG NILOFA

SUSU PISANG NILOFA VS SUSU PISANG KOREAJadi kali ni kami nak buat perbandingan antara NILOFA Banana Milk Vs. Korea Banana Milk.Mana masih tak tahu, NILOFA Banana Milk merupakan produk terbaru oleh selebriti/usahawan tanahair kita, Neelofa. Sedap atau tak? Lets see!

Posted by Oh My Media on Jumaat, 29 November 2019

Bila kami skrol akaun rasmi produk susu pisang Nilofa (@nilofa.hq), kami langsung tak dapat nak cari di mana silapnya. Namun ada warganet mulai pertikai minuman tu, terutamanya dari risalah kandungannya yang dilihat terlalu ‘berjanji manis’. Tak sampai sebulan, perkara ni jadi isu panas hingga Neelofa pun ikut marah. Alamak… ni suatu langkah kiri dan mimpi buruk pada mana-mana pengasas produk.

Doktor minta bukti Nilofa boleh sembuhkan penyakit…

Korang tak rasa pelik ke bila ada pengasas makanan dan minuman dakwa produk mereka tu boleh sembuhkan bermacam penyakit yang sudah diketahui datangnya pun dari pelbagai faktor? Dahlah kajian bertahun lamanya hanya nak fahami satu-satu penyakit, boleh pulak pengasas makanan dan minuman dakwa produk tiga, empat bulan dilahirkan kat kilang dapat ubati penyakit kronik.

Nilofa Susu Pisang Kebaikan
Via Himpunan Cerita Lawak

Menurut risalah iklan yang kami lampirkan kat atas, minuman ni dikatakan boleh buang toksik daripada badan, dapat kurangkan obesiti dan bantu rendahkan tekanan darah tinggi serta kawal pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen. Hmm… berani juga Neelofa nak dakwa produk dia ni setaraf dengan ubat-ubatan kat hospital.

Seorang pengguna Twitter (@arxxxxmand) persoal macam mana Nilofa ni boleh sembuhkan penyakit kalau kadar gula tu pun tinggi. Tambah lagi, paparan kandungan produk tu pun boleh buatkan orang salah faham sebab kalau tengok pun, takde pun pisang sebenar digunakan. Jadi macam mana nak dapat khasiat sebenar kalau tak pakai makanan sebenar, kan?

Hal ni juga dapat perhatian seorang lagi pengguna Twitter Nur Amelina (@ameliameyy) yang menyatakan bahawa kandungan gula yang dibubuh kat Nilofa pun agak tinggi jugak dan hanya guna pewarna dan perisa je.

Isu ni kemudian ditularkan hingga dapat perhatian Dr. Amalina dan beberapa lagi doktor perubatan lain. Menurut Says.com, Dr. Amalina dengan sopan santunnya nak minta pencerahan kepada Neelofa kerana menjual dan mengiklankan produk yang mendakwa boleh sembuhkan penyakit kronik sebenarnya tak dibenarkan dalam undang-undang Malaysia.

Checkmate 🤭🤭 #Nilofa #SebarFaktaBukanDusta

Posted by Nzard Drazn on Sabtu, 7 Disember 2019

Beberapa doktor perubatan lain yang terkenal dalam usaha mereka memerangi kempen iklan dakwaan kesihatan yang melampau seperti Dr. Rafidah Abdullah dan Dr. Beni Rusani turut bersuara mengenai hal ni. Sehubungan tu, Kementerian Kesihatan Malaysia pun keluarkan kenyataan akhbar untuk mengingatkan para penjual di luar sana agar tak membuat akuan produk yang dilarang.

Neelofa tak nak mengaku salah, dia mula main sentimen Melayu…

Bila dah didesak berulang kali oleh warganet, dia sibuk pertahankan dan guna pelbagai alasan supaya nak tutup kesilapannya. Korang boleh tengok sendiri bagaimana ‘strategi’ Neelofa yang tak rasa produk tu bermasalah. Tapi kami pelik jugak, takkanlah Neelofa nak lompat ke dalam penjualan industri makanan tanpa kaji dulu perundangannya?

Menurut Himpunan Cerita Lawak, dah ada orang ajukan risalah tersebut dan jawapan mereka mudah je: mereka tak tau. Iklan tu tak datang dari HQ rasmi.

Nilofa Instagram Hcl
Via Himpunan Cerita Lawak

Apa yang kami dapat faham adalah sesiapa yang buat iklan tu bukanlah pihak Neelofa dan kumpulannya, tapi daripada pihak lain. Jelasnya lebih lanjut dalam Berita Harian:

“Ketika saya menubuhkan syarikat ini, kumpulan saya sangat kecil. Jadi urusan pemasaran, operasi dan penjenamaan diserahkan kepada pihak lain atau ‘oursourcing’. Sudah tentu, jika saya tahu mengenai risalah ini, saya akan pastikan ia tak diedarkan…”- Neelofa, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 6 Disember 2019.

Tak cukup dengan tu, timbul lagi cerita bahawa Neelofa dikatakan kecewa terhadap kaum Melayu yang dilihat merosakkan peluang kaum sendiri. Benda ni sempat diliputi oleh beberapa portal informasi dan hiburan kerana kenyataan tersebut disiarkan dalam Instastory akaun peribadinya.

Neelofa Instastory Nilofa Instagram
Via Illuminasi

Neelofa luah kekesalannya dalam sebuah temu bual, dan kata produk ni boleh menguntungkan ramai belia Melayu berniaga. Namun reaksi warganet yang gusar dengan menularnya produk yang menggunakan taktik iklan kesihatan ‘overclaim’ mungkin dilihat baginya sebagai suatu ‘kecaman’ terhadap kaum Melayu pulak.

Memetik Illuminasi:

“Saya sedih orang Melayu juga yang tutup peluang dan kalau tengok bangsa lain tepuk tangan. Anak Melayu cuba bagi peluang tapi anak Melayu juga jatuhkan… kita kena tukar attitude dan mindset ini! Kalau macam ini pantang tengok anak Melayu berjaya sampai bila kita tak akan kaya dan jadi orang berkuasa, semuanya bermula dengan kita, jangan tokok tambah dan memperbesarkan benda ni…”- Neelofa, seperti yang dipetik oleh Illuminasi pada 7 Disember 2019

Reaksi kami bila baca kenyataan ni. Via Giphy

Kritik berpada-pada, jangan nak hentam kerana kepentingan diri…

Kami setuju dengan pandangan Neelofa, dan perubahan pertama tu harus bermula dari si dia yang tuturkan dulu saranan tersebut. Nak suruh ubah attitude dan mindset agar tak salahkan kaum pulak kerana kesilapan sendiri. Yang menokok tambah dan memperbesarkan hal ni adalah pihak Neelofa sendiri, kerana gagal menjaga reputasi produk tersebut.

Rafidah Abdullah Nilofa Susu Pisang
Cakap lain, yang jadi pun lain. -Via Facebook Nzard Drazn

Akhirnya dia akur jugak dengan tuntutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dimana produk tu akan ditukarkan menjadi ‘susu berperisa pisang’ daripada ‘susu pisang’ sepertimana yang diiklankan sebelum ni. Iklan terdahulu juga kena ditarik balik kerana tak mematuhi Akta Makanan 1983.

Memanglah kita kena terbuka dengar kritikan dan harus terima pandangan orang lain, tapi kritikan tersebut mestilah sesuatu yang dapat membuka minda kita. Kalau nak kritik dan petik kaum jadi penyebab perniagaannya jatuh, ia hanya menutup lebih banyak minda je.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top