Led Zeppelin disaman isu hak cipta lagu ‘Stairway to Heaven’, ini perkembangan kes saman tersebut

F1

Dalam dunia muzik ni, antara perkara yang pelik tapi dah sangat biasa berlaku adalah isu saman-menyaman antara satu artis lain terhadap sorang lagi artis yang lain. Tak kiralah artis tu artis popular ke, ataupun artis indie; perkara saman-menyaman mengenai hak cipta lagu, hinggalah termasuk melodi yang hampir sama bunyinya pun boleh jugak terjadi. Led Zeppelin pun tak terkecuali daripada terlibat sama dalam kejadian saman kredit lagu tu.

728 X 90

Siapa yang berani saman Led Zeppelin ni, dan kenapa lagu evergreen ‘Stairway to Heaven’ pulak jadi punca mereka disaman oleh sebuah lagi kumpulan popular Amerika Syarikat? Jom baca ringkasan kami mengenai kes tersebut…

Ledzeppelin
Led Zeppelin beraksi.. Via pmstudio

Kes saman berlanjutan sejak 2014, Led Zeppelin dituduh tiru lagu ‘Taurus’ dari kugiran Spirit dan tak mengaku ada kaitan

Kalau korang tak kenal lagi Led Zeppelin dan Spirit, mereka ni antara kugiran rock yang sangat popular, terutamanya ketika zaman rock kapak dulu-dulu. Sehingga kini, lagu-lagu mereka masih lagi didendangkan dan dinikmati oleh generasi muda yang jelas dah ramai berlainan cita rasa muziknya. Nostalgia lama yang dibangkitkan jugak turut jadi penyebab generasi lama taknak lupakan lagi kugiran-kugiran ‘lejen’ ni.

Pada mulanya, ramai tak perasan sangat pun… sehinggalah ada warganet mulai membandingkan lagu ‘Stairway to Heaven’ dari Led Zeppelin dengan ‘Taurus’ dari Spirit pada tahun 2010. Lagu dari Led Zeppelin ni ditulis pada 1971 oleh penyanyi Robert Plant dan gitaris Jimmy Page; manakala lagu dari Spirit tu pulak ditulis pada 1968 oleh anggota gitaris Randy Wolfe. Daripada fakta je pun, memang dah memungkinkan Led Zeppelin ni tiru idea dari kugiran Spirit tu.

Ditambah lagi, Led Zeppelin dan Spirit pernah buat persembahan di lokasi yang sama dan waktu yang sama. Malah gitaris Spirit Mark Andes kata Robert Plant ada main snooker bersamanya lepas habis persembahan. Walau bagaimanapun, Robert Plant dakwa dia tak ingat disebabkan dia memang ada masalah ingatan sejak kemalangan kereta yang menimpa dirinya dan isterinya.

Tuntutan saman tersebut difailkan oleh Michael Skidmore, sorang wartawan yang dipertanggungjawabkan menjaga estet harta peninggalan Randy Wolfe, atau Randy California. Persamaan yang didakwanya adalah ‘chord progression’ kedua-dua lagu tu serupa, dan besar kemungkinan Led Zeppelin ada tiru ‘chord progression’ lagu dari Spirit tu. Skidmore turut menambah lagi, Led Zeppelin jugak mungkin mencipta ‘riff’ lagu Stairway to Heaven tu lepas tengok Spirit buat persembahan di Birmingham pada 1970, setahun sebelum lagu tersebut dikeluarkan.

Muzikologis kata lagu tetap tak sama, ada warganet kata ‘chord progression’ ni tak boleh diletakkan dalam pemilikan hak cipta

Walaupun lagu tu didengari macam sama, secara teknikalnya kedua-dua lagu tu tak sama. Yang sama hanyalah ‘chord progression’, dimana elemen tersebut memang tak dapat dielakkan sangat pun dalam dunia muzik. Korang bayangkan berapa juta lagu kat dunia ni yang boleh saman jika ‘chord progression’ tu pun diletakkan sebagai suatu elemen yang dibenarkan untuk diletak dalam hak cipta.

Pada 2016, mahkamah memutuskan bahawa Led Zeppelin menang kes tersebut sekaligus ‘menyelamatkan’ kugiran tersebut dari terpaksa membayar 3.4 juta dollar kepada Spirit, khususnya kepada keluarga Randy Wolfe. Ni diputuskan bersandarkan kepada pandangan muzikologis bahawa ‘chord progression’ dalam kedua-dua lagu tu turut wujud lebih dahulu iaitu lagu Chim Chim Cher-ee, daripada drama muzikal Disney, Mary Poppins pada 1964.

Kami petik pandangan sorang warganet dari Quora.com bernama Todd Lowry ni mengenai undang-undang hak cipta dan ‘chord progression’. Kes Led Zeppelin lawan Spirit ni cuma satu kes daripada banyak lagi kes terdahulu, sedang dan dah siap diputuskan mahkamah yang mana dikatakan memiliki ‘chord progression’ yang kedengaran macam lebih kurang je.

Kata Todd Lowry, ‘chord progression’ ni memang tak boleh diletakkan sebagai elemen untuk dituntut atas dasar undang-undang hak cipta. Ni kerana ia dah terlalu banyak digunakan sepanjang zaman hingga tak tau dari mana asalnya dah. Berbeza sedikit halnya dengan melodi dan lirik, dimana tu lebih jelas untuk dijejaki semula asal usul mana-mana lagu yang turut menggunakan melodi atau lirik tersebut.

Chordprogresions
Via Pinterest

Kes tersebut dirayu kemudian pada 2018, dan pada tahun ni jugak, mahkamah kembali memutuskan bahawa keputusan perbicaraan lalu boleh digunapakai dan tak perlu dibicarakan semula. Kat Malaysia ni pulak, kami jarang dengar ada kes macam ni berkaitan dengan dunia muzik kita. Namun begitu, ni tak bermakna dunia muzik kita macam takde nilai komersial atau tak ‘setaraf’ dengan dunia muzik popular kat luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *