Belanjawan 2021, ini pandangan Anwar dan anak-anak kapal kabin Malaysia

F1

Semalam telah berlangsung pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan. Berdasarkan kepada laporan BERNAMA, sejumlah RM322.5 bilion dah diperuntukkan bagi tahun 2021; perbelanjaan ini RM7.8 bilion lebih tinggi dari belanjawan 2020 yang bernilai RM314.7 bilion. Belanjawan 2021 berteraskan 3 objektif utama; kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

728 X 90

Sejumlah RM236.5 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, RM69 bilion pula untuk belanja pembangunan dan RM17 bilion untuk dana Covid-19. Kami rasa dah banyak gila penerbit yang dah tulis tentang ringkasan ucapan bajet semalam. Oleh sebab tu kami akan tulis beberapa kritikan yang datang setelah bajet itu dibentangkan.

Anwar kata Belanjawan 2021 kurang impak, dan persoalkan peruntukkan JASA yang banyak

Salah satunya datang dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kata Belanjawan 2021 takde impak lonjakan yang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara. Dia turut kata unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, cukup membimbangkan.

“Keluhan paling ketara adalah tidak ada satu lonjakan bagaimana kita boleh pulihkan ekonomi dan itu bagi saya adalah kelemmahan besar. Belanjawan ini tidak beri gambaran yang boleh rangsang ekonomi agar boleh hidup dan segar. Kedua, tiada penyelesaian masalah pengangguran dan membantu golongan pekerja yang dibuang kerja kerana itu adalah perkara paling besar,” – Anwar Ibrahim, seperti yang yang dilaporkan FMT

Anwar turut kata peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) terlalu tinggi. Peruntukan propaganda JASA yang menjangkau lebih RM80 juta berbanding peruntukan untuk orang kurang upaya (OKU) dan rakyat miskin. Angka-angka ini kita akan bahaskan dan apabila sudah dibahaskan baru kita dapat lihat secara keseluruhannya dan bukan sekadar rakyat dapat RM300 atau RM500.

123384600 10217492871890575 6876749010558028112 O
Apa ‘jasa’ benda ni? Via Editor Malaysia

Selain Anwar, beberapa ahli Parlimen pembangkang menaikkan ciapan Twitter yang tak setuju dengan kewujudan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Antaranya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengemukakan dakwaan itu susulan pembentangan Belanjawan 2021 selesai diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, petang tadi.

Presiden NUFAM kata belanjawan kali ini kurang membantu kakitangan penerbangan

Selain ahli politik, kumpulan kebajikan kakitangan syarikat penerbangan, Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) tak lihat Belanjawan 2021 akan beri impak besar buat bekas kakitangan syarikat penerbangan yang diberhentikan kerja yang ketika tengah bergelut untuk tampung kehidupan diorang.

Via Giphy

Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kata, inisiatif program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan syarikat penerbangan tak beri sebarang erti kalau industri penerbangan negara tak diberikan perhatian, memandangkan ia hanya akan cipta lebih banyak penganggur pada masa hadapan.

“Saya nampak ada RM50 juta diperuntukkan untuk program latihan dan penempatan semula, bagi saya ini adalah bajet yang biasa oleh kerajaan. Kita sebenarnya hendak lihat bajet yang boleh melindungi industri penerbangan dan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Sepatutnya perlu ada lebih perlindungan kepada syarikat penerbangan dan pelancongan memandangkan mereka terlibat isu pembuangan pekerja. Jika berterusan, nampak gayanya tahun depan akan lebih banyak pembuangan,” – Nufam Ismail Nasaruddin, seperti yang dilaporkan FMT

Ismail kata, Menteri Kewangan tak nyatakan secara jelas apakah program latihan akan diberikan kepada bekas kakitangan syarikat penerbangan, memandangkan sebilangan besar kakitangan terbabit ada kemahiran tertentu.

123384600 10217492871890575 6876749010558028112 O
Via FMT

Mereka juga hampa apabila kerajaan hanya peruntukkan pengeluaran RM500 dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Hakikatnya, bekas kakitangan syarikat penerbangan ni ada di antara mereka memang sudah takde sumber kewangan lain. Sepatutnya, peruntukkan juga untuk mereka yang dah kehilangan kerja untuk mulakan perniagaan.

Anwar semalam disokong UMNO dalam usulnya mintak semua Ahli Parlimen masuk

Semalam sebelum pembentangan Belanjawan 2021 ni dimulakan, ada sikit drama yang berlaku. Yang di-Pertua Dewan Rakyat semalam benarkan semua 222 ahli Parlimen masuk Dewan Rakyat untuk dengar pembentangan Belanjawan 2021, setelah didesak oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang turut dapat sokongan wakil rakyat Umno.

Azhar Azizan Harun akhirnya akur kepada permintaan Anwar tu, setelah dipersetujui oleh Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Noh Omar (BN-Kuala Selangor), yang menegaskan tidak salah membenarkan wakil rakyat memasuki Dewan Rakyat selama 2 jam untuk mengikuti pembentangan Belanjawan 2021.

Apa-apa pun, kami boleh lihat pada minggu hadapan kita akan ada perdebatan yang hangat tentang Belanjawan 2021 ni. Kami pun ada beberapa kritikan yang kami akan berikan pada belanjawan kali ini. Cuma kami masih nak habiskan masa untuk baca dan teliti perincian bajet kali ini. Korang boleh relaks, dan tunggu komentar dari kami ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *