Penemuan mumia ini mungkin telah menjadi buktk epidemik dah lama wujud

F1
Penemuan mumia ini mungkin telah menjadi buktk epidemik dah lama wujud

Penemuan baharu dunia banyak memberi gambaran terhadap sejarah masyarakat terdahulu, dan apa yang dah berlaku kat mereka di masa lalu. Artifak-artifak, tugu dan monumen lama dikaji begitu teliti oleh para penyelidik dari pelbagai bidang. Hasil kajian tu kemudiannya dibincangkan oleh masyarakat dunia, seterusnya dinilaikan semula agar kita dapat faham dan belajar salah silap mereka.

Dapatan baru-baru ni pulak mungkin mencabar apa yang kita tau mengenai sejarah perkembangan penyakit dan penularannya dalam masyarakat dahulu kala. Ni jugak bermaksud bahawa penyakit ni bukannya suatu perkara baru pun dalam dunia kita ni, sepertimana yang selalu difikirkan segelintir orang.

Wahtye
Via The Cinema Holic

Makam silam dedahkan kehidupan pendeta Mesir Lama, masih tak terusik ribuan tahun lamanya

Sejarah Mesir Lama ni antara kajian sejarah yang sangat unik dan menarik kerana banyak benda yang masih belum kita ketahui. Sentiasa ada ceruk dan kawasan baharu yang belum lagi diterokai serta diselidik, termasuklah penemuan sekumpulan penyelidik pada 2018. Sebuah makam lama di Saqqara telah ditemui, dan bila digali, rupanya masih lagi terpelihara serta tak terusik sedikitpun.

Ni boleh dilihat dari segi kondisi warna yang masih tersisa dan jumlah tinggalan artifak yang telah dijumpai oleh kumpulan penyelidik tersebut. Makam tersebut terletak di Saqqara – sebuah kawasan yang agak jauh dari mana-mana kawasan yang dah popular dengan tinggalan lain seperti Valley of the Kings. Di Saqqara tu jugak, makam tu menyimpan kisah yang agak menarik iaitu tentang sorang pendeta kanan yang pernah berkhidmat di bawah Raja Neferirkare, pemerintah dinasti kelima dalam zaman Mesir Lama.

A View Of A Wall Of The Newly Discovered Tomb Of 'wahtye', Which Dates From The Rule Of King Neferirkare Kakai, At The Saqqara Area Near Its Necropolis, In Giza
Antara ukiran yang ada kat makam Wahtye… Via The Washington Post

Pendeta tersebut dikenalpasti nama dan jawatannya daripada usaha terjemahan hieroglif yang ada kat dinding makamnya. Namanya adalah Wahtye, sorang pendeta diraja yang turut berperanan menasihati raja Mesir ketika tu dan merupakan sorang bijak pandai jugak. Dalam makamnya, terukir banyak gambaran tentang kehidupan seharian masyarakat dalam dinasti kelima Mesir lama tu seperti gambaran orang memburu, belayar, hasilkan tembikar dan berjual beli.

Selain tu, ukiran mengenai Wahtye dan keluarganya jugak turut wujud dalam makam tersebut. Gambaran Wahtye, isterinya Weret Ptah dan ibunya Merit Meen jelas terpapar kat sebuah kawasan dinding makam tersebut beserta dengan beberapa anaknya iaitu Seshemnefer, Kaiemakhnetjer dan Sebaib serta sorang anak perempuan bernama Seket. Malah dalam satu sisi dinding makam tu jugak, terpapar jugak seakan sajak atau doa kepada abangnya, yang jugak tak tercatat namanya.

Wahtye Mesir
Via The National

Dalam ruang makam tersebut jugak, ada lima ruang yang dipercayai menyimpan mayat Wahtye dan keluarganya. Namun dalam tahun 2018 tu, salah satunya dah dibuka dan ternyata kosong je ruang tersebut. Akhirnya pada tahun ni, keempat-empat ruang telahpun dibuka. Menariknya, walaupun makam tersebut ‘dihiasi’ dengan ukiran patung dan catatan hieroglif yang agak mewah, mayat mereka hanya ditempatkan di dalam keranda kayu je dan takde balutan macam mumia tu.

Ada tinggalan mumia yang terbakar dan mungkin makam yang ‘dicuri’, punca kematian Wahtye mungkin kerana penyakit malaria

Dapatan makam ni jugak menarik perhatian ramai kerana ada banyak perkara ‘pelik’ yang ditemukan kat sana. Misalnya, makam Wahtye tu sendiri sepertinya tak dibina untuknya dan sebaliknya untuk orang lain. Hal ni disimpulkan dari kesan ukiran yang terpadam dan ditulis semula dengan memaparkan Wahtye. Tambahan lagi, ukiran tu banyak menonjolkan nama ibunya berbanding isterinya; suatu yang agak jarang ditemui dari tinggalan-tinggalan lepas.

Para penyelidik turut menyatakan kemungkinan bahawa Wahtye ni sebenarnya ‘mencuri’ makam ni daripada abangnya, yang tak dinamakan. Sebab tu ada sajak atau doa kecil yang terukir kat sisi dinding makam tu sebagai suatu cara nak tebus dosanya. Salah satu perkara yang pelik jugak adalah tinggalan beberapa mumia yang dah dibakar sehingga rentung manakala ada jugak yang hanya terbakar sebahagian pada badannya je.

Mumia ni biasanya tak boleh diganggu lagi, jadi bila jumpa mumia dengan sisa terbakar tu buatkan ramai kelu nak jelaskan macam mana. Dalam sebuah dokumentari yang disiarkan Netflix berjudul ‘Secret of the Saqqara Tomb’, ada kemungkinan kebakaran tersebut sebenarnya hanyalah kesan dari bahan yang digunakan dalam proses pengawetan.

Berbalik kepada Wahtye pulak, para penyelidik turut mendapati bahawa keluarganya mati secara serentak termasuklah anaknya yang paling bongsu, dianggarkan berumur 6 tahun. Daripada dapatan ni, mereka simpulkan bahawa keluarga Wahtye mungkin sekali mati akibat penyakit seperti malaria. Lepas kematian keluarganya, Wahtye dikatakan sangat hiba sehinggakan di hujung hayatnya, dia hanya dikuburkan dalam sebuah keranda kayu meskipun dengan darjatnya yang tinggi di sisi raja Mesir ketika tu.

Penyakit yang membawa maut sudah ada sepanjang sejarah, tapi ada satu penyakit yang sampai sekarang takde sudahnya lagi

Hipotesis tersebut membuktikan bahawa suatu masa lalu, ada kemungkinan bahawa penyakit seperti malaria ni memang dah wujud lama. Kalau sekarang, kita dah tak takut sangat sebab rawatan moden berjaya memungkinkan kesembuhan penyakit tersebut. Sama jugak halnya dengan polio. Cuma ada satu penyakit ni yang sampai sekarang tak habis lagi; penyakit suka berspekulasi.

Vaksin No
Via Harian Metro

Sekarang ni spekulasi-spekulasi yang dibelakangi mitos dan konspirasi ni dah menjadi masalah apabila ia jugak ‘berjaya’ melahirkan puak-puak yang menolak kemungkinan pernah wujudnya penyakit dan penawar moden hanya kerana pada zaman ni, ia tak menakutkan dan mudah sembuh. Terutamanya pada waktu pandemik ni pun, ada yang dah berani pertikai keperluan vaksin, SOP dan usaha frontliner sendiri dalam mengawal penularan COVID-19.

Ni adalah suatu yang amat membahayakan, terutamanya dalam situasi lonjakan kes yang meningkat hari demi hari ni. Jikalau ‘penyakit’ salah faham macam ni jugak terus berleluasa dan tak dikawal, ia berisiko menggagalkan usaha kita nak putuskan rantaian pandemik ni. Bersama-samalah kita terus mengawal penularan pandemik, termasuklah penularan informasi yang banyak mengandungi spekulasi yang tak benar.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top