Rakyat Malaysia tolak perkampungan Al-Quran?! Ini sebab utamanya

F1

Ketika negara sedang menghadapi Covid-19, sudah tentu kita akan fikir tumpuan akan diberi sepenuhnya kepada usaha-usaha untuk meningkatkan sumber kesihatan dan memastikan ekonomi negara terus berkembang. Nampaknya itu tak berlaku di negara ini. Masih ada benda-benda yang tak diperlukan cuba dibangunkan kerana ia dilihat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat muslim di negara ini.

728 X 90

Kami pernah cakap; untuk menghadapi impak daripada Covid-19 ini, setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan seharusnya ada impak secara langsung kepada rakyat. Kita tak boleh bazirkan apa-apa kerana keadaan negara kita sedang tenat.

Rata-rata netizen berpandangan tiada keperluan untuk bina perkampungan Al-Quran buat masa ini

Baru-baru ni, Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa ada terima kritikan hebat daripada netizen setelah dia menunjukkan beberapa keping gambar lakaran artis Quranic Village di Twitternya hari ini.

“Alhamdulillah rekabentuk Quranic Village telah hampir siap. Pada dasarnya kerajaan sudah bersetuju. Peruntukan awal sudah diluluskan dan tapak 20 ekar juga sudah diluluskan. Kita akan memulakan pembinaan pada 2021. Satu-satunya projek di dunia Islam..biar Malaysia mempeloporinya,” – Annuar Musa, melalui ciapan Twitternya

Kebanyakan respons yang diterima daripada ciapan tu bersifat negatif. Kebanyakan mereka nak kerajaan untuk salurkan bantuan kewangan yang lebih banyak kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kegunaan barisan hadapan dalam memerangi Covid-19. Ada juga yang nak kerajaan bantu rakyat yang tengah susah akibat Covid-19 dan bukannya gunakan wang tu untuk bina satu lagi bangunan yang menurut mereka bakal menjadi projek gajah putih.

Quran Village Putrajaya 3010
Via MalayMail

“Kegilaan apakah ini? Makanan untuk penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan tiada, KKM minta derma dengan rakyat untuk selesai krisis Covid-19..Kau hendak buang berjuta-juta untuk ini?” – Kata pengguna Twitter @unclelucq, seperti yang dilaporkan Malaysia Gazzete

Pada Julai lepas, Annuar umumkan projek Quranic Village dengan kos kira-kira RM150 juta tengah dirancang untuk dibangunkan di Putrajaya.

Seorang arkitek kata, zaman seni bina jadi ikon, melalui projek mega dan projek megah, sudah berlalu

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh pensyarah seni bina Nazmi Anuar yang kata dana untuk projek Quranic Village di Putrajaya sewajarnya disalurkan untuk keperluan rakyat terutama dalam keadaan pandemik dan ekonomi terjejas sekarang Projek Quranic Village yang akan dibangunkan Putrajaya dengan kos RM190 juta adalah tak perlu dan ia pembaziran wang rakyat.

Ayuh membazir! Via Giphy

Dia kata pembiayaan projek itu sepatutnya disalurkan kepada perumahan, pendidikan dan keperluan lain yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di semua peringkat, tanpa mengira agama dan latar belakang. Projek tu akan diuruskan bersama oleh pihak berkuasa tempatan Perbadanan Putrajaya dan Yayasan Restu, sementara pembiayaannya daripada wakaf Islam dan dana swasta.

Pembangunannya antara lain akan terdiri daripada sebuah masjid, pusat Sains Al-Quran dan Sirah, asrama dan ruang acara, pasar serta pusat seni yang dikhaskan untuk Malaysia, Kuwait, Iraq, Turki, Emiriyah Arab Bersatu dan Brunei. Annuar kata pembiayaan projek itu dah diluluskan oleh Putrajaya. Dia turut berkata seni bina dalam dunia moden sepatutnya selari dengan realiti sosial, bukannya projek megah yang berlebih-lebih.

“Zaman seni bina jadi ikon, projek mega dan projek megah, sudah berlalu. Seni bina dan penghasilan seni bina hari ini sepatutnya berhubung dengan realiti sosial, misalnya ketaksamaan dan gelandangan, kekurangan ruang awam mencukupi dan infrastruktur, selain realiti alam sekitar seperti pemanasan global dan perubahan iklim, pengurangan sumber semulajadi,” – Nazmi, seperti yang dilaporkan The Malaysian Insight

Dia kata seni bina tak lagi dianggap sebagai satu pengisytiharan atau mewakili mana-mana cita-cita atau status eksklusif, terutama jika ia dibuat dalam cara yang membazir. Dia persoalkan keperluan projek itu dan dalam bahasa seni bina yang terpapar dalam cadangan pembangunan itu ialah gabungan dan padanan gaya yang tidak serasi hanya digabungkan tanpa rasa komposisi.

Mufti Pulau Pinang berpandangan tumpuan harus diberikan untuk menangani isu Covid-19

Selain tu, ada mufti yang turut berpendapat projek ni patut ditangguhkan. Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor lihat projek itu bukan keutamaan ketika negara tengah bergelut memerangi Covid-19.

Quran Village Putrajaya 3010
Mufti Pulang Pinang. Via FMT

“Dalam suasana negara sedang bergelut melawan pandemik Covid-19, kerajaan mesti mengambil langkah berjimat cermat dengan keutamaan perlu diberikan kepada usaha memelihara kesihatan rakyat dan membantu mereka dari sudut ekonomi yang terjejas,” – Wan Salim Wan Mohd Noor, seperti yang dilaporkan FMT

Wan Salim kata, pihaknya tak bantah inisiatif Annuar untuk wujudkan perkampungan tu, namun menasihatkan ahli Parlimen Ketereh berkenaan supaya melaksanakannya ketika ekonomi dan kewangan negara kembali stabil dan kukuh.

Diorang tak bantah gagasan perkampungan al-Quran seperti ingin dibangunkan Menteri Wilayah Persekutuan itu, cuma diorang berpendapat ia tidak sesuai dilaksanakan dalam situasi sekarang. Projek ini boleh ditangguhkan sehingga ekonomi dan kewangan negara kembali stabil dan kukuh. Lagipun, kita dah ada Darul Quran bawah di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang boleh mainkan peranan dalam pengembangan ilmu berkaitan al-Quran dan meningkatkan lagi pengajian al-Quran di negara ini.

Kerajaan harus lihat masalah sebenar, bukan buat benda populis semata-mata

Salah satu tugas penting yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah melihat di mana masalah yang sedang dihadapi oleh negara. Apabila kita dapat melihat masalah ini dengan betul, barulah kita akan ada peluang untuk mencipta dasar untuk mengatasi masalah itu. Masalahnya sekarang, apa masalah yang dapat kita atas dengan projek ini? Sudah tentu takde kan? Kita harus fokus pada usaha untuk menyelesaikan masalah Covid-19 yang tengah berlaku sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *