Dengan isu perkauman yang semakin meruncing, kita perlukan MAPEN 2.0

F1

Malaysia menghadapi pelbagai masalah yang perlu diuruskan jika kita mahu negara ini bergerak lebih maju ke hadapan. Usaha itu pulak tak boleh hanya bersandar ucapan politik seperti “kami akan bawa perubahan” semata-mata, perlu ada tindakan cepat dan kelihatan jelas. Malaysia memiliki sejarah hitam 13 Mei yang akan kekal menjadi mimpi ngeri rakyat Malaysia yang terlibat ketika itu.

32
Produk yang lahir dari Peristiwa 13 Mei. Via Slideshare

Walaupun kita yakin kejadian seumpama itu sukar untuk berulang, ia tak bermaksud ia mustahil akan berlaku. Kita perlu melihat tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia terus dipelihara. Kalau kita mengimbau kenangan pahit 13 Mei, salah satu produk dari tragedi ini adalah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang diwujudkan untuk meneliti isu-isu perpaduan dan mencari solusi terhadap permasalah perkauman yang wujud di Malaysia.

Mungkin sudah masanya MAPEN 2.0 perlu diperkenalkan, tapi perlu ambik kira keadaan semasa

Kami fikir tidak salah jika kita melihat potensi untuk membawa MAPEN ini kembali. Cuma, jika MAPEN atau apa jua jenama yang ingin digunakan (yang penting mempunyai objektif yang serupa), ia perlu mengambil kira perubahan-perubahan yang telah berlaku. Sudah tentulah isu perkauman yang berlaku hari ni tak sama dengan apa yang dihadapi oleh mereka pada zaman dahulu. Semua ini perlu dianalisis secara mendalam, sebelum apa-apa program diwujudkan.

C1
Majlis Perundingan Negara. Via Blog Kami

Kita dapat melihat, keruncingan di antara kaum umpama “bom jangka” yang akan meletup pada bila-bila masa. Malangnya, kita lebih gemar ambil sikap – takde apa-apa pun yang terjadi, semuanya okay je, takde lagi perang berdarah di antara bangsa-bangsa yang ada di Malaysia. Mentaliti macam ni sebenarnya bahaya, seolah-olah kita menunggu berlakunya pertumpahan darah di antara kaum di Malaysia, barulah kita nak akui kita ada isu perkauman.

Mengakui kelemahan yang wujud dalam masyarakat kita bukanlah sesuatu yang memalukan. Apa yang lebih memalukan adalah berkata semuanya “okay” ketika hampir di setiap sudut orang bercakaran kerana isu berlainan bangsa. Apabila kita mengakui kelemahan dan masalah ini semakin perlu dibendung, barulah kita akan boleh bercakap dengan serius berkenaan langkah yang boleh diambil. Sebagai contoh, mewujudkan MAPEN 2.0 untuk menggandakan usaha perpaduan kaum dan menyelesaikan masalah di antara kaum yang berlaku di Malaysia.

32
Isu Adib adalah contoh bagaimana rasa “tidak senang” di antara kaum boleh mencetuskan situasi yang bahaya. Via KiniTV

Kewujudan MAPEN 2.0 juga akan memberi kesedaran untuk saling berkenalan dan mengetahui isu-isu yang dihadapi oleh kaum-kaum lain. Misalnya, kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berbangsa Melayu berpandangan masyarakat Cina semuanya kaya-raya. Hakikatnya ia tidak benar. Apabila masyarakat kita dapat memahami permasalahan yang dihadapi oleh bangsa-bangsa lain lebih kurang sama dengan apa yang mereka hadapi, sudah tentu mereka akan cuba menghadapi masalah ini bersama-sama.

Ini bukan cadangan yang baru, pernah diusulkan oleh Nazir Razak pada tahun 2016 lagi

Idea mewujudkan MAPEN 2.0 ni sebenarnya bukanlah idea yang baru, ia pernah dicadangkan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB ketika itu (2016), Datuk Seri Nazir Razak mengatakan Majlis Perundingan Negara (MAPEN), yang menjadi platform untuk penyatuan, perlu ditubuhkan di bawah naungan Majlis Raja-Raja. Kami rasa, ketika ini Nazir telah melihat ketegangan kaum semakin meruncing, dan ia perlu segera diselesaikan sebelum terlambat.

102373396 127536482320632 8701290850281833543 O
Nazir Razak ketika merasmikan buku. Via The Star

“Tubuhkan dengan mendapat sokongan daripada kerajaan, parti politik, masyarakat sivil, ahli akademik, pemimpin agama dan ahli perniagaan,” – Nazir Razak, seperti yang dilaporkan Astro Awani (30 September 2016)

Nazir kata ada keperluan untuk bincangkan secara sederhana dan tertutup, berkenaan pelbagai isu sensitif bermula dari sistem pendidikan, tindakan afirmatif, peranan agama dalam kehidupan nasional, integriti persekutuan, isu-isu rasuah dan persaingan politik, serta membina semula kepercayaan terhadap institusi negara. Beliau berkata sudah tiba masanya untuk mempersoalkan sama ada kebanyakan sistem yang direka pada 1970 masih lagi berfungsi dengan baik.

Hahhh…masuk akal. Via Giphy

Menyentuh mengenai kesederhanaan, Nazir berkata Malaysia negara yang ada kepelbagaian kaum, etnik, budaya dan agama serta sistem parti politik yang berasaskan kaum.

“Masa depan kita sentiasa akan bergantung kepada bagaimana kita mengamalkan kesederhanaan apabila kita terlibat dalam isu-isu dan menguruskan polariti”.

Menyentuh mengenai buku yang dirasmikan, Nazir berkata: “Saya berpendapat buku berkenaan meliputi sub teks terhadap kesederhanaan – melihat dengan jelas, mendengar dengan fikiran terbuka dan bercakap dengan perkataan yang baik – adalah definisi yang sangat baik untuk amalan kesederhanaan. Kita perlu melaksanakan kempen melalui definisi ini, demi untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia mengamalkan sifat yang mudah, namun sebenarnya amat berkesan.

C1
Via Berita Harian

Nazir turut mengulas mengenai kumpulan yang menggelarkan diri mengamalkan  kesederhanaan, tetapi berfikiran tertutup mengenai isu-isu yang mereka berselisihan berdapat. Kita perlu menjelaskan bahawa dengan mempunyai kawan dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak menyokong Daish, tidak semestinya menjadikan anda seorang yang sederhana. Sebenarnya, tingkah laku anda yang menentukannya.

Masa semakin suntuk, kita perlu lakukan sesuatu untuk pastikan keharmonian kaum terus terpelihara

Melihat situasi hari ini, ketika kebanyakan kes akan dilihat dari sudut perkauman (seperti isu kes Adib dan pemandu mabuk), amatlah wajar kita kita fikirkan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah perkauman yang kian meruncing. Kita tak boleh biarkan peranan itu cuma diberikan kepada ahli politik semata-mata, kerana mereka cenderung menggunakan sentimen perkauman sebagai alat untuk mendapat keuntungan politik.

Oleh itu, idea yang dicadangkan Nazir Razak (meletakkan badan ini di bawah Majlis Raja-Raja dan memiliki ahli yang meliputi semua pihak), perlulah difikirkan dengan mendalam. Ia boleh menjadi “penghalang” kepada “mimpi ngeri” yang mungkin akan terjadi jika keadaan ketegangan kaum pada hari ini dibiarkan begitu sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *