Isu lagu Negaraku dalam Mandarin dan Arab, ini pandangan Permaisuri Agong

S11
Isu lagu Negaraku dalam Mandarin dan Arab, ini pandangan Permaisuri Agong

Sejak akhir-akhir ni, banyak betul isu yang libatkan perkauman. Kami tak tahulah siapa yang suka sangat simbah minyak kat api yang tengah membara. Benda ni tak baik, sebab macam dalam artikel-artikel kami yang sebelum ni – kami selalu kata; perpaduan yang ada kat Malaysia ni kena dipertahankan dengan apa jua cara sekalipun.

Terbaru kes libatkan nyanyian lagu Negaraku dalam bahasa lain…

Nyanyian lagu Negaraku dalam Mandarin, ini penjelasan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Keluar je video nyanyian lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin ni, ramai yang mengamuk. Sebenarnya video yang menunjukkan murid sekolah nyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin tak dilakukan dalam mana-mana acara rasmi di sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Amin Senin kata perlakuan itu hanya berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Hasil siasatan dapati nyanyian tu berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah yang bertujuan untuk beri kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab semasa menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku.

“Ia tidak dilakukan semasa mana-mana acara rasmi di sekolah berkenaan. Walaubagaimanapun, KPM ingin mengingatkan kepada semua sekolah agar sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara-perkara asas terhadap lambang-lambang negara termasuk lagu kebangsaan Negaraku dalam PdP mereka agar tidak boleh disalah anggap oleh mana-mana pihak,” – Amin Senin, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

S1
Amin Senin. Via GPS Bestari

Dia juga ingatkan kepada semua sekolah bahawa lagu Negaraku tak boleh diubah atau dipinda dalam apa-apa bentuk semasa melaksanakannya dalam mana-mana acara rasmi sekolah dan hendaklah mematuhi Akta Lagu Kebangsaan 1968. Semakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968 tak dinyatakan dengan jelas berkaitan penggunaan bahasa ketika menyanyikan Negaraku.

Bukan setakat nyanyi dalam Mandarin je ada, tapi dalam Arab jugak…

Rupa-rupanya bukan murid nyanyi dalam bahasa Mandarin je ada, tapi dalam bahasa Arab pun ada weh. Polis tengah kenal pasti rakaman dan lokasi tiga klip video tular yang paparkan lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Arab.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid kata, pihaknya akan menyiasat kes tu mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang turut jelaskan larangan tak ubah lagu Negaraku.

“Kita masih belum dapat memastikan di mana kejadian itu dirakamkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk apa tujuan lagu kebangsaan itu dinyanyikan dalam bahasa lain,” – Mior Faridalathrash Wahid, seperti yang dilakukan Harian Metro

News

Rakaman tu masing-masing berdurasi antara satu minit dua saat hingga satu minit 28 saat, lokasi tempat tu terjadi, masih tak diketahui. Dua daripada klip video menunjukkan lagu Negaraku yang dinyanyikan sekumpulan remaja di dalam kelas dipercayai sekolah agama dan sekolah rendah.

Dalam kes ni, Raja Permaisuri Agong ada pandangan yang tersendiri…

Kes video ni dapat perhatian banyak pihak, termasuklah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Dalam entri kat akaun Twitternya, baginda memuat naik pandangan peribadinya berhubung isu tu. Menurutnya, tak jadi kesalahan untuk nyanyikan lagu Negaraku dalam apa bahasa sekalipun kerana keutamaan adalah semangat patriotisme.

S1
Via Sinar Harian

“Bagi saya, lagu kebangsaan kita ‘Negaraku’ dengan rasminya dinyanyikan dalam bahasa Melayu bahasa kebangsaan kita tetapi tidak salah kalau dinyanyikan dalam bahasa dialek Cina, Arab, Hindi, Tamil, Inggeris dan sebagainya, asalkan dinyanyikan dengan penuh semangat patriotik dan kebanggaan,” – Raja Permaisuri Agong, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Hantaran tu bagaimanapun mengundang respons netizen yang tak sependapat dengan baginda dan menekankan bahasa adalah satu elemen untuk menjalinkan muhibah antara masyarakat.

Via Giphy

“Ampun tuanku. Saya kurang setuju. Lihat Singapura, walaupun 90 peratus bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, lagu Kebangsaan tetap dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Jelas sekali, bahasa adalah satu elemen untuk menjalinkan muhibah, tuanku. Negaraku mesti bahasa Melayu. Wajib. Ampun tuanku. Kalau untuk menghayati, boleh saja diterjemahkan dan diajarkan tapi tidak patut dinyanyikan dalam bahasa lain. Ampun Tuanku, saya berbeza,” Respons netizen, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Hantaran tu sehingga kini dihujani pelbagai komen daripada netizen, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersependapat. Hasil semakan kami terhadap entri tu, nampaknya ia telah dipadamkan oleh Raja Permaisuri Agong.

Apa yang dikatakan Raja Permaisuri Agong ada benarnya, guru pula perlu berhati-hati

Kami rasa – apa yang dimaksudkan oleh Raja Permaisuri Agong membawa maksud nyanyian masa latihan atau tengah belajar kat kelas. Sebab takde larangan pasal benda tu, yang tak boleh adalah masa acara rasmi. Sebabnya yang penting adalah rasa semangat untuk nyanyikan lagu tu. Guru-guru pulak kena hati-hati; jangan suka upload benda yang boleh diambil di luar konteks.

Zaman serba canggih ni, ramai yang lebih suka kongsi tanpa tahu cerita sebenar. Akhirnya ia boleh sebabkan orang bergaduh.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top