Pencipta Keluang Man dan Usop Sontorian meninggal dunia, ramai bersedih

F2
Pencipta Keluang Man dan Usop Sontorian meninggal dunia, ramai bersedih

Tahun lepas dramai yang rasa sedih dengan kehilangan pencipta watak-watak yang ada dalam komik Marvel. Siapa lagi kalau bukan Stan Lee. Ramai yang sedih dengan pemergian pelukis komik power tu, lebih-lebih lagi watak-wataknya dah berjaya dihidupkan dalam filem-filem MCU. Ramai yang tak tahu sebenarnya kita ada je ‘Stan Lee’ Malaysia, dan dia pun baru je meninggal dunia…

Pengasas dua siri popular dan bekas Presiden Animas meninggal dunia…

Pengasas animasi digital yang pernah dinobatkan tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamaruddin Ismail, meninggal dunia kat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 4.15 petang semalam. Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail meninggal akibat serangan jantung dan komplikasi penyakit lain seperti buah pinggang.

S1
Via TMI

Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Amir Hamzah Hashim ketika dihubungi Harian Metro kata; Allayarham dah dapatkan rawatan lanjut di PPUM hampir dua bulan.

“Saya mewakili Amimas berasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang banyak berjasa dalam bidang animasi tanah air. Sepanjang pembabitan arwah dalam animasi, dia tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada era 90-an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian,” – Amir Hamzah Hashim, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Amir kata; Allahyarham pernah menggalas jawatan Presiden Animas kerana jasanya terhadap industri. Jenazah Allahyarham dimandi, kafan dan disolatkan di Masjid Assalam PJS 3, Petaling Jaya. Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, Petaling Jaya.

S1
Gigih benar! Via Astro Awani

Pada tahun 1997 Allahyarham pernah cipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D. Malah, animasinya juga pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melaui animasi KUMANG Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu.

S1
Via KOSMO!

Pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan Allahyarham sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia di malam kemuncak Anugerah Kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara.

Keluang Man, animasi yang angkat martabat pesakit mental…

Bagi generasi baru, diorang mungkin tak berapa nak kenal dengan Keluang Man. Keluang Man ni sebuah cerita yang tak amalkan konsep stereotaip seperti cerita adiwira yang sedia ada. Watak heronya tak guna kuasa ajaib. Masa tu Allahyarham bersama-sama 37 orang tenaga produksi tempatan yang kurang dari segi pengalaman dan pengetahuan khusus dalam bidang animasi hasilkan cerita ni.

Walaupun aplikasi yang digunakan agak ketinggalan, tapi jalan cerita dan konsep penceritaannya unik dan angkat martabat pesakit mental. Jalan ceritanya juga mampu beri kepuasan kepada penonton dan mudah dihayati. Keluang Man merupakan animasi tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3D.

S1
Filem yang tak jadi. Via CINEMA

Krisis ekonomi sekitar tahun 1997 hingga 1998 beri kesan yang agak ketara kepada seluruh warga penerbitan Keluang Man. Akhirnya, setelah lebih tiga tahun dibentuk, siri Keluang Man terpaksa dihentikan dan para karyawannya berhijrah ke syarikat animasi yang lain bagi meneruskan kesinambungan dalam kerjaya masing-masing.

Usop Sontorian dan kawan-kawannya yang bagi kita banyak pengajaran…

Bagi cerita Usop Sontorian pulak, ia adalah siri animasi Malaysia yang disiarkan di RTM dari tahun 1996 hingga 1998. Ia direka oleh Ujang dan Allahyarham, animasi ni diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd.

Siri animasi ni diadaptasi daripada watak kartun yang dicipta oleh kartunis Ujang yang dimuatkan dalam majalah Ujang. Animasi ni dapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai “Siri Animasi Pertama di Malaysia”. Ia juga telah disiarkan di beberapa negara di seluruh dunia. Pada tahun 2009, siri ini disiarkan semula di TV9.

S1
Via Sejarah MY

Usop Sontorian ni mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Usop; tinggal kat Kampung Parit Sonto, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya buat macam-macam benda, selalu jugak diorang gaduh. Usop ada beberapa orang kawan; Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Geng-geng ni kalau nakal diorang dah datang, memang pening sekampung!

Mungkin dah masanya watak-watak komik ni kita bawak ke layar perak?

Kami pernah jugak terfikir, memandangkan Malaysia ni ada je watak hero komik. Kalau kita tengok watak-watak hero yang baru macam Boboiboy dan Ejen Ali dapat sambutan yang hangat, kami rasa kalau watak-watak dulu ni dibawa semula ke layar perak, mesti gempak! Dulu ada je khabar angin – katanya Keluang Man nak difilemkan, tapi sayangnya tak jadi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top