Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
BeritaKesihatan Mental

Masalah mental, lelaki lebih cenderung untuk sembunyikan

By Editor
May 22, 2019 3 Min Read
Comments Off on Masalah mental, lelaki lebih cenderung untuk sembunyikan

Dulu kami pernah tulis pasal kesihatan mental, ramai jugak yang baca artikel tu. Sebabnya masalah kesihatan mental ni boleh dikira makin teruk jugaklah, ramai yang terperangkap dengan masalah ni, tapi tak tahu nak buat apa. Hari ni kami kongsikan beberapa perkara yang mungkin boleh membantu korang untuk memahami masalah mental dengan lebih menyeluruh.

Masalah mental untuk mereka yang berusia

Penampilan tidak lagi menarik, struktur kulit berkedut, putus haid atau menopaus dan gagal mendapat perhatian antara faktor mengundang gangguan emosi, terutama dalam kalangan individu menjangkau usia 50-an.

Antara lain kemungkinan mereka tiada kerja khusus atau bersara selain gagal mencapai impian dalam hidup yang diharapkan. Ketidakupayaan mencapai hasrat berkenaan, menyumbang kepada gangguan emosi membawa kepada kesan kemurungan. Tanpa kekuatan mental dan fizikal, individu tidak dapat mengharungi usia emas dengan sempurna.

Via Islampos

Pakar Psikologi Klinikal, Farah Putrinegara Ahmad Bahrom Titingan, berkata perubahan hormon antara sebab kebarangkalian seseorang mempunyai masalah emosi. Ia adalah faktor risiko, tetapi bukan penyebab.

Maksudnya, kebarangkalian mendapat gangguan emosi serius kepada individu yang mempunyai perubahan hormon secara mendadak.

“Terdapat empat jenis hormon di dalam otak yang mempengaruhi emosi kita iaitu dopamine, oxytocin, seratonin dan endorphin. Setiap ketidaksempurnaan membabitkan produksi hormon memberi kesan kepada emosi. Kesan lanjut usia, gangguan kesihatan fizikal, kecederaan pada bahagian badan tertentu menyebabkan gangguan berlaku pada emosi, – Farah Putrinegara, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Via Berita Harian

Apabila usia meningkat, tubuh merasa sakit kesannya menyebabkan badan tidak boleh menghasilkan hormon mencukupi atau mengganggu pengeluaran serta gabungan hormon, Farah Putrinegara berkata, statistik tidak rasmi menganggarkan satu daripada tiga individu dewasa di negara ini mengalami masalah berkenaan.

Lelaki lebih ramai alami masalah gangguan emosi, tapi malu nak beritahu

Berdasarkan laporan, lelaki lebih ramai mengalami masalah gangguan emosi berbanding wanita. Secara luaran, golongan ini tidak nampak jelas mengalami masalah kerana keperibadian mereka tidak mencerminkan sifat sebenar.

Lelaki lebih cenderung menyembunyikan kesusahan malah gangguan emosi dialami berbanding wanita lebih mudah dilihat pelbagai sudut seperti raut wajah, perilaku, percakapan dan gerak tubuh. Sebab tu lelaki sukar dikesan mengalami masalah gangguan emosi atau kesihatan mental kerana tidak mahu dianggap sebagai individu lemah. 

Via Wanista

Farah Putrinegara kata; gangguan emosi tidak mengenal usia, malah boleh berlaku kepada setiap individu seawal usia kanak-kanak. Golongan berusia lebih mudah mengalaminya namun bergantung kepada pengalaman hidup masing-masing selain cabaran tertentu yang terpaksa dihadapi.

Berkait rapat dengan kesihatan mental, gangguan emosi menjadi lebih parah dalam kalangan warga emas apabila tidak dikawal atau dirawat dengan sempurna. Masalah gangguan emosi juga babitkan kanak-kanak dan dewasa.

Via Giphy

Namun, kadar kejayaan mengatasi masalah gangguan bergantung kepada gabungan antara rawatan psikoterapi, ubat-ubatan dan gaya hidup sihat.

“Selain ego, antara punca utama menyebabkan individu tidak mendapatkan bantuan ialah stigma terhadap kesihatan mental. Ramai yang takut mendapatkan bantuan psikologi, masing-masing dilabel sebagai lemah atau gila. Hakikatnya, rawatan awal membantu menangani masalah sebelum menjadi lebih serius,” – Farah Putrinegara, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Farah Putrinegara berkata, sekiranya mereka tidak menangani masalah emosi dengan baik dengan mendapatkan rawatan, kesannya boleh menyebabkan berlaku masalah kebimbangan atau kemurungan serius.

Rawatan awal boleh dilakukan dengan berjumpa atau berunding dengan pakar psikologi atau psikiatri bagi mengenalpasti masalah sebenar, jenis dan tahap gangguan yang dialami. Lazimnya individu terbabit dibantu menerusi pelan kesihatan yang diberikan secara tepat selain kemahiran pengurusan menangani masalah secara positif.

Tiada apa yang diperlu dimalukan dengan gangguan emosi

Kalau satu hari nanti korang ada masalah emosi, atau memang tengah ada masalah emosi – kami cadangkan cepat-cepatlah korang dapatkan rawatan pakar. Sebabnya, kita dah berapa kali dengar orang bunuh diri sebab masalah gangguan mental ni. Baru-baru ni ada remaja bunuh diri kerana undian Instagram. Kami percaya dia tengah hadapi masalah gangguan emosi, tapi masyrakat kurang membantu.

Kalau korang ada kenal kawan-kawan yang ada masalah gangguan emosi ni, cepat-cepat minta dia dapatkan rawatan pakar. Sebab benda tu mungkin boleh selamatkan dia.

 

Artikel ni banyak merujuk laporan Berita Harian

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Nelson Mandela dan tiga lagi bekas banduan yang jadi pemimpin negara

Next

Dua misil dihalakan ke Mekah, cubaan untuk membunuh orang Islam?

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme