Bekas banduan merupakan individu yang selalu dipandang rendah oleh kebanyakan masyarakat, sebabnya diorang pernah lakukan jenayah dan dihukum penjara. Sebab tu kita selalu dengar bekas banduan kembali kepada kegiatan jenayah diorang sebab sukar nak diterima semula oleh masyarakat. Kalau nak bercerita pasal politik pulak, masa PRK Sandakan tempoh hari, hangat juga isu pasal pemimpin PAS kata Anwar Ibrahim tak boleh jadi Perdana Menteri sebab dia bekas banduan.
Kami bukan nak jadi macai Anwar pun, tapi ada juga hujah team Anwar yang kata dia dapat pengampunan penuh, so tak dikira banduan. Apa-apa pun, tak minat nak cakap pasal tu. Kami lagi minat nak kongsikan beberapa bekas banduan yang jadi pemimpin. Kalaulah ada bekas banduan yang baca artikel ni, kami nak beritahu – korang insya-Allah boleh berjaya kalau berusaha! Apa yang penting, korang sanggup untuk berubah…
1. Nelson Mandela, bukan setakat bekas banduan, tapi pernah dibuang pengajian
Korang semua mesti kenal dengan nama Nelson Mandela kan? Nelson Mandela adalah merupakan Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994 sehingga tahun 1999. Dia amat terkenal sebagai sebagai seorang individu yang telah berjaya menghapuskan sistem Apartheid di negara mereka. Sejak muda lagi Mandela memang sering terlibat dengan gerakan aktivis politik.
Dia telah dibuang daripada pusat pengajian setelah menyertai parti Kongres Nasional Afrika (ANC) pada tahun 1943 dan ditangkap buat pertama kalinya pada Disember 1956 atas dakwaan cubaan khianat bersama 156 aktivis lain dan dibicarakan tanpa berjaya dibuktikan bersalah.
Semasa berada dalam penjara, Mandela dibicarakan atas tuduhan lain iaitu melakukan sabotaj ke atas kerajaan yang berlaku di Johannesburg. Atas tuduhan itu serta semua tuduhan yang lain, Mandela akhirnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup bermula pada tahun 1964.
Pertukaran selepas itu tidak banyak membantu nasib Mandela sebelum era 80-an apabila rundingan bagi pembebasannya mula digerakkan dengan lebih kukuh hasil kerjasama daripada Presiden Afrika Selatan PW Botha dan timbalannya F.W. de Klerk.
Mandela berjaya dibebaskan selepas mendapat persetujuan kabinet pada tahun 1990 dan terus menggerakkan usaha membebaskan negaranya daripada dasar Apartheid yang mengganggu masyarakat mereka selama ini. Pada 10 mei 1994, Nelson Mandela telah mengangkat sumpah menjadi Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selama sepenggal.
2. Vaclav Havel, penulis yang keluar masuk penjara
Mula terkenal sebagai seorang penulis skrip teater, Vaclav Havel telah menyertai pemberontakan yang digelarkan sebagai Prague Spring pada tahun 1968 dalam usaha membebaskan mereka iaitu Czechoslovakia daripada terus didominasi oleh Kesatuan Soviet. Bakat menulis yang Havel ada telah digunakan untuk menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “The Power of The Powerless” yang penuh kritikan terhadap rejim pemerintah negara Chile.
Akibat daripada penulisannya, dia telah dipenjarakan selama 4 tahun setengah atas tuduhan terlibat dengan gerakan subversif yang mahu menggulingkan kerajaan yang sah.
Pada tahun 1983, dia telah dibebaskan namun dia telah masuk semula ke dalam penjara pada Januari 1989 selama 9 bulan atas tuduhan cuba menimbulkan kekacauan dan dibebaskan semula pada Mei 1989 selepas satu protes besar-besaran menuntut untuk Havel dibebaskan. Dia buat penjara tu macam hotel, main keluar masuk.
Havel yang telah mendapat sokongan orang ramai akhirnya diangkat menjadi Presiden Republik Czech selepas berjaya membentuk kerajaan. Dia telah memegang jawatan tersebut bermula pada 26 Januari 1993 sehingga Februari 2003. Lama tak?
3. Jawaharlal Neru, Perdana Menteri India yang pertama
Kalau korang semua nak tahu, Perdana Menteri pertama India iaitu Jawaharlal Nehru ni mempunyai peranan yang hampir sama dengan Tunku Abdul Rahman tau kalau kat negara kita. Pemberontakan yang berlaku pada tahun 1910 telah melonjakkan nama Nehru sebagai seorang calon pemimpin muda tau yang mana membuka ruang kepada dirinya untuk membawa agenda kemerdekaan India.
Nehru menyertai Barisan Kongres yang telah ditugaskan untuk membawa tuntutan kemerdekaan India ke peringkat antarabangsa namun tindakannya sangat kurang disenangi. Dia telah dipenjarakan kali pertama pada tahun 1921 dan telah dibebaskan pada tahun 1922. Dia telah dipenjarakan semula pada tahun 1923 selepas melanggar larangan mengunjungi beberapa kawasan tertentu.
https://www.youtube.com/watch?v=bQ-z1Mt8sSU
Setelah dibebaskan, dia telah dilantik sebagai presiden Kongres India namun telah dipenjarakan sekali lagi pada tahun 1930. Setelah tamat hukuman penjara, pada tahun 1947, Neru telah dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India selepas kerajaan British bersetuju memberikan tampuk pemerintahan kepada kerajaan yang berjaya dibentuk oleh Neru.
4. Michelle Bachelet, ditangkap dan diseksa bersama ibunya
Michelle Bachelet merupakan Presiden Chile selama 2 penggal iaitu pada tahun 2006 hingga 2010 dan pada 2014 hingga 2018. Untuk pengetahuan korang, Bachelet merupakan individu pertama yang berjaya menjawat jawatan Presiden Chile sebanyak dua penggal.
Ayahnya adalah merupakan Jeneral Alberto Bachelet Martinez telah didakwa melakukan pemberontakan terhadap kerajaan Chile semasa dibawah pimpinan diktator Jeneral Augusto Pinochet yang mana ayahnya telah dipenjarakan dan diseksa sehingga menyebabkan kematiannya pada tahun 1974.
Setahun berikutnya pula, Bachelet dan ibunya telah ditangkap dan diseksa pada Januari 1975 akibat daripada hubungan mereka dengan mendiang ayahnya. Diseksa dengan cara psikologi semasa siasatan, Bachelet telah dipindahkan ke pusat tahanan Cuatro Alamos. Bachelet bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh diplomat Argentina di Chile yang bernama Roberto Kozak. Bachelet akhirnya mendapat kebenaran untuk kembali ke Chile pada tahun 1978.
Semua orang ada masa silam, tapi begitu juga dengan masa hadapan
Sebagai manusia kita tak lari daripada melakukan kesilapan. Ramai je orang ada masa silam yang suram dan penuh kegelapan, tapi diorang berani untuk berubah untuk menjadi yang lebih baik. Jadi kalau korang ada nampak mana-mana bekas banduan yang betul-betul nak berubah, korang kenalah bantu dan beri kata-kata semangat. Sebabnya, bukan mudah untuk seseorang nak berubah.