Pencuri berbogel memasuki rumah dan akibatkan kerugian RM2,000

Pencuri berbogel memasuki rumah dan akibatkan kerugian RM2,000

*Featured image sekadar gambar hiasan

Apabila tiba bulan Ramadan, kita semua gembira kerana katanya para syaitan dan iblis akan dirantai. Dalam erti kata lain, sepatutnya bumi ni akan lebih aman dan selesa untuk orang beribadah. Tapi lain pula jadinya apabila sepasang suami isteri terkejut apabila rumah mereka di Seksyen 20 Shah Alam, dipecah masuk seorang lelaki dalam keadaan bogel pagi tadi.

Pada awalnya, mangsa fikir pencuri tu adalah suaminya

Suami mangsa, Masrizal Misran, 34, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika isterinya sedang menyusukan anak di dalam bilik utama sambil menidurkan anak ketiganya.

“Kali pertama suspek masuk ambil telefon bimbit, buka dua laci dan terus keluar. Dia cuba untuk masuk lagi kali kedua dan ketiga, dia intai melalui celah pintu dan isteri saya perasan ada kesan lampu suluh atas kepala, masa tu saya ada di bilik ketiga tidurkan anak pertama dan kedua kami, ” katanya, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Via Sinar

Katanya, isterinya yang pada mulanya menyangkakan itu adalah dirinya, terus keluar dari bilik untuk menyapanya. Bagaimanapun ketika keluar dari bilik, isteri saya ternampak susuk tubuh tinggi, berkulit gelap tanpa berpakaian sedang berada di dapur. Dia kemudiannya terus menjerit kuat.

Terkejut dengan jeritan isteri, saya mula terjaga dan terus mendekatinya. Si suami berusaha mengejar individu terbabit, namun dia berjaya melarikan diri. Menurutnya, kejadian tersebut mengakibatkan beberapa barangan berharga hilang.

Kerugian RM2,000 terpaksa ditanggung mangsa

Beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit, syiling emas dan wang tunai hilang, anggaran kerugian kami sekitar RM2,000. Selain tu keadaan bilik juga didapati berselerak, dia percaya ada unsur pukau sebab lampu dapur dan lampu bilik belakang memang dibukanya, tapi pencuri tu berani untuk masuk.

Jangan-jangan toyol tak? Via DR

Katanya, ekoran kejadian itu dia membuat laporan polis di Balai Polis Sri Muda. Isterinya masih terkejut dan mengalami trauma akibat kejadian, namun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian ini merupakan kali pertama berlaku, sebelum ini kasut di bahagian luar saja yang hilang, tak pernah pencuri masuk dalam rumah.

Sumber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top