Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Kesihatan

Kita belum menang perang melawan Covid-19, semalam ada TIGA KLUSTER baru

By Subeditor
July 20, 2020 4 Min Read
Comments Off on Kita belum menang perang melawan Covid-19, semalam ada TIGA KLUSTER baru

Salah satu benda yang kita perlu ingat; kita belum lagi menang dalam perang melawan Covid-19. Melihat keadaan yang berlaku hari ini, nampaknya semakin ramai masyarakat yang mula abaikan “normal baharu” dan mula hidup seperti biasa. Walaupun kami faham kebanyakan kita memang nak hidup secara normal semula, tapi ia tak bermaksud kita boleh abaikan langkah berjaga-jaga yang dah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sikap yang cuai dalam pencegahan wabak ni akan membawa kepada bencan yang besar. Walaupun jumlah kes dah kelihatan kurang, korang kena jugak terus berhati. Kami dah macam cikgu lah pulak, marah kat korang. Kami tak marah ye, ini nasihat.

Semalam KKM umumkan ada tiga kluster baru dikesan, saringan awal dah dilakukan kepada mereka yang terdedah

Semalam KKM ada umumkan tiga kluster baru penularan Covid-19 yang dikesan di Sepang, Selangor; Brickfields, dan Sarawak. Ia diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dia kata, setakat ni ada dua kes positif dalam kalangan bukan warganegara direkodkan dari kluster ‘Rumah Kongsi Sepang’ yang dikesan di sebuah tapak pembinaan dengan 96 pekerja dah disaring.

“Mereka terdiri daripada sembilan warganegara Malaysia dan 87 bukan warganegara. Daripada jumlah saringan ini, 96 orang telah disampel dan keputusan persampelan setakat ini adalah dua positif manakala 94 lagi negatif. Kluster ini melibatkan seorang warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini dan seorang warga Bangladesh yang merupakan kontak rapat kes dilaporkan hari ini. Punca jangkitan kluster masih dalam siasatan,” – Dr Hisham, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Kluster kedua pulak adalah kluster ‘Restoran Kuala Lumpur’ yang dikesan di sebuah restoran di Brickfields. Dr Noor Hisham kata, setakat 12 tengah hari semalam, 250 orang melibatkan 14 pekerja restoran dan 236 pelanggan dah disaring. Dia kata, ia adalah hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan dua kes positif libatkan dua warga India dikesan dalam kluster tu, manakala punca jangkitan kluster masih dalam siasatan.

PERINCIAN KES BAHARU (15 KES)WPKL – (1)1 kes BWN India kontak rapat kepada kes ke-8666. Kes tidak bergejala, positif…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Ahad, 19 Julai 2020

Untuk kluster ketiga; iaitu ‘Jeti Kuching’ di Sarawak, Dr Noor Hisham kata, seramai 25 nelayan disaring setakat 12 tengah hari semalam, dan dua warganegara Indonesia dikesan positif Covid-19.

“Keputusan persampelan bagi 23 yang lain adalah negatif dan punca jangkitan kluster masih dalam siasatan. Lima kes di Sarawak membabitkan satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-8743), satu kes saringan kendiri, satu kes saringan sebelum kembali bekerja dan dua kes saringan rawak di lapangan iaitu di pintu masuk utama Sarawak,” – Dr Hisham, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Semalam Malaysia catatkan kes kematian yang ke-123, babitkan warga emas yang ada penyakit kronik

Selain tu, di Selangor, ada satu kes saringan pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, satu kes di Sabah babitkan kes saringan prosedur di Hospital Queen Elizabeth 2 dan satu kes di Johor libatkan kes ‘Brought In Dead (BID)’. Kes ni juga merupakan kes kematian ke-123 di negara ini.

Jangan lupa untuk kerap basuh tangan. Via Giphy

Semalam ada jugak tiga kes jangkitan dalam negara yang babitkan bukan warganegara, masing-masing satu kes melibatkan kluster baharu iaitu Kluster Restoran Kuala Lumpur, Kluster Rumah Kongsi Sepang, Selangor dan Kluster Jeti Kuching, Sarawak. Mengenai kes kematian ke-123 (kes ke-8770), Dr Noor Hisham kata, ia libatkan lelaki warganegara berumur 72 tahun, dan ada penyakit darah tinggi kronik serta strok.

“Dia merupakan penghuni di pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai. Beliau dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, (Kluang) Johor pada 17 Julai dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan. Dia disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia pada 17 Julai, jam 12.51 malam. Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” – Dr Hisham, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Terus amalkan normal baharu, dan pakailah topeng muka tu dengan cara yang betul

Walaupun kes dah semakin menurun, semalam Malaysia kembali rekodkan dua angka kes baharu selepas sebanyak 15 kes baharu dilaporkan, berbanding sembilan kes baharu pada Sabtu. Keadaan ni sedikit sebanyak memberi kegusaran kepada rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi melihat situasi yang ada hari ni. Rakyat dah mula ambil ringan dengan kepentingan normal baharu.

Either you wear your mask properly or remove It completely.

Posted by Noor Hisham Abdullah on Ahad, 19 Julai 2020

Di antara nasihat yang datang dari Dr Noor Hisham adalah pakai pelitup muka dengan betul atau tanggalkan sepenuhnya. Poster yang dimuatnaik oleh Dr Noor Hisham menyarankan orang ramai supaya tanggalkan pelitup muka dengan sepenuhnya apabila makan, minum atau buat sebarang aktiviti yang perlukan seseorang itu untuk tanggalkan topeng muka. Hal ini kerana apabila pelitup muka tersebut dipakai di dagu, bahagian dalam pelitup muka akan tercemar. Apabila dipakai semula di bahagian muka, mulut dan hidung akan terdedah kepada bakteria atau virus.

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Konsesi import BERNAS tamat pada 2021, ada gesaan untuk hentikan dominasi mereka

F1
Next

Mural yang paparkan gambar Yang Di-Pertuan Agong diconteng, CCTV rakam dua suspek

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme