Mural yang paparkan gambar Yang Di-Pertuan Agong diconteng, CCTV rakam dua suspek

F1
Mural yang paparkan gambar Yang Di-Pertuan Agong diconteng, CCTV rakam dua suspek

Semalam kita dikejutkan dengan isu lukisan mural beberapa tokoh terkenal negara telah diconteng dan situasi ni telah membangkitkan kemarahan orang ramai. Yalah, kami pun tak faham mengapa orang pergi conteng mural yang mengambil masa dan usaha yang keras untuk disiapkan ni. Kalau seseorang tu tak bersetuju dengan seseorang atau mana-mana tokoh politik, dia boleh je berhujah. Cuma dalam politik, benda ni tak semudah tu; sebabnya tak semestinya orang yang tak bersetuju dengan pemimpin-pemimpin yang diconteng mukanya akan lakukan benda-benda nakal macam ni, boleh jadi penyokongnya.

Babi
Via XTRA

Contohnya, pada awal bulan ni, seorang lelaki rakyat Singapura berusia 34 tahun yang gunakan nama samaran “Sharon Liew”didakwa di mahkamah pada Khamis (2 Julai) kerana cetuskan ketegangan perkauman di ruang siber. Zainal Abidin Shaiful Bahari dikenakan empat tuduhan, kesemuanya berkaitan dengan tindakan yang boleh cetuskan permusuhan antara kumpulan berbeza berasaskan agama atau kaum dan melakukan perbuatan yang menggugat keharmonian.

Pada 18 April lalu, polis ada terima aduan mengenai seorang pengguna Twitter yang memuat naik kandungan ofensif terhadap para pekerja asing warga India menggunakan nama akaun @sharonliew86. Faham tak apa yang kami cuba sampaikan? Kadang-kadang ada pihak yang sengaja cetuskan isu perkauman atau menanamkan kebencian terhadap sesuatu pihak. Oleh sebab itu kami selalu kata; benda-benda macam ni, kita bagi je polis buat kerja, pandai-pandailah diorang cari siapa penjenayah tu.

Mural gergasi diconteng, orang ramai marah disebabkan ia adalah wajah tokoh penting negara

Mural gergasi pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, diconteng dengan kata-kata kesat. Saksi di lokasi kejadian yang enggan dikenali kata, dia terkejut dan kesal melihat karya seni anak muda itu diconteng.

“Jam 7 pagi tadi, masa lalu tepi bangunan ini, lukisan gergasi ini sudah diconteng. Saya terkejut dan terus hubungi pelukis. Pelukis tiba setengah jam kemudian, begitu juga polis dan orang awam pun ada ambil gambar. Saya sebagai orang awam, kecewa dengan sikap tidak bertamadun orang yang mencontengnya. Ini kerugian yang besar, sepatutnya pandanglah lukisan itu sebagai karya seni bukan dari sudut lain,” – Seperti yang dilaporkan Mymetro

Salah eorang daripada tiga pelukis mural itu, Muhamad Firdaus Nordin, 26 tahun, yang turut berada di lokasi memaklumkan saksi beritahunya berhubung kejadian itu. Sebaik sahaja dia dapat tahu, dia terus ke lokasi kejadian selepas tengok gambar dan video dari group WhatsApp. Lukisan tu dah juga ditutup dengan kanvas dan pita kuning larangan masuk.

Unnamed
Polis dan orang awam tengah meninjau lokasi. Via Sinar Harian

Semasa mural ni siap dulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat mural gergasi ni.  Agong masa tu tiba diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Istana Negara juga berkenan untuk kurniakan surat penghargaan dan cendera kenangan kepada tiga pelukis mural ni.

Kini mural tu dah dicat untuk elakkan isu ni jadi semakin panas, setakat ni ada bukti rakaman CCTV

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengecat semula dinding yang paparkan lukisan mural pemimpin negara yang telah diconteng di kawasan komersial Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 hari ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad kata, pihaknya pandang serius tindakan pihak tak bertanggungjawab yang conteng dengan kata-kata kesat mural pemimpin negara tu.

Whatsapp Image 2020 07 20 At 15.28.47
Via Suara Merdeka

“Pihak MBSA telah mengambil langkah segera untuk mengecat semula dinding tersebut dengan cat berwarna putih. Dalam masa sama, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 berhubung contengan di mural tersebut,” – Seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata, tindakan vandalisme itu dikesali sebab mural tu diabadikan sebagai menghargai peranan dan sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang telah bekerja keras dan komited dalam menangani wabak Covid-19. Selain potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diconteng dengan kata-kata kesat.

Melalui rakaman CCTV yang tengah tular, kelihatan 2 orang yang kelihatan seperti wanita di dalam rakaman sedang menconteng mural yang kami sebutkan tadi. Semasa kejadian, kelihatan suspek berhenti dan keluar dari kereta yang diletakkan di bahu jalan. Pihak polis sekarang tentunya tengah jalankan siasatan rapi berhubung kes ni, sebabnya ia semakin hangat diperkatakan.

Apa-apa pun, kita perlu serahkan kes-kes macam ni kepada pihak polis

Macam pesanan yang kami buat tadi, adalah lebih kita serahkan semua ni kepada polis. Kami faham je, apabila ada isu yang menyentuh sensitiviti; lebih-lebih lagi melibatkan bangsa, agama atau raja, ia akan mencetuskan kemarahan orang kita. Cuma, dalam kita marah-marah ni, kita tak boleh letakkan tuduhan kepada sesiapa secara melulu, rakaman CCTV pun dah ada kan, biarlah polis pergi cari.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top