Virus Wuhan, ini keputusan empat orang Malaysia yang dikaitkan dengan wabak tu

F1

China dah catatkan 17 kematian akibat wabak penyakit koronavirus manakala lebih 571 lagi kes jangkitan turut disahkan di sana. Atas sebab tu, kerajaan China kenakan perintah kuarantin di Wuhan dan menggantung sementara semua perkhidmatan pengangkutan awam.

https://twitter.com/PDChina/status/1220060879112282117?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1220060879112282117&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-dunia%2Fkoronavirus-angka-kematian-meningkat-17-perintah-kuarantin-di-wuhan-228778

Penduduk Wuhan seramai 11 juta tak dibenarkan keluar atau meninggalkan daerah itu buat sementara waktu untuk bendung penularan virus tu. Pengangkutan awam termasuk bas, kereta api, subway dan feri digantung bermula semalam.

Malaysia ambil langkah berjaga-jaga, tempatkan pegawai di KLIA

Pasukan bertindak Malaysia ditempatkan di semua pintu masuk antarabangsa dan kemudahan kesihatan di seluruh negara terutama Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Diorang sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan penularan wabak coronavirus di Wuhan, China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah kata; alat imbasan haba dan pusat kuarantin kesihatan di terminal KLIA kini diletakkan pada pemantauan tahap yang tertinggi. Dia kata, pelbagai unit kesihatan ditempatkan di lapangan terbang KLIA dan pintu masuk antarabangsa yang lain berperanan bagi melindungi negara daripada pelbagai penyakit berjangkit yang lain dari kawasan berisiko tinggi.

Ptj01 240819 Klia Bn201908239042
KLIA. Via BERNAMA

Macam yang kami kata tadi, media antarabangsa laporkan dah ada 571 kes berhubung dengan coronavirus dikesan pada hujung minggu lepas sejak virus tu dikesan Disember 2019 di Wuhan.

Ada cerita tular mengatakan empat individu Malaysia dijangkiti virus Wuhan, ini keputusannya

Ujian makmal terhadap empat individu yang disyaki dijangkiti coronavirus baru dikenali sebagai 2019-nCoV, disahkan negatif. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan terima laporan empat kes, dua di Sabah dan Selangor.

S1
Via Twitter

Katanya, empat individu itu dimasukkan ke wad pengasingan sebaik dikesan, bagi membolehkan rawatan dan siasatan dijalankan.

Ujian makmal pada sampel tiga pesakit pertama didapati negatif bagi jangkitan 2019-nCoV. Seorang lagi pesakit baru dikesan dan dimasukkan ke wad pengasingan di Sabah semalam, sebelum sampelnya dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV atas kes terbabit turut mengesahkan beliau negatif bagi jangkitan coronavirus baharu itu. Gejala yang dialami oleh beliau adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A. Beliau kini beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil,” – Dr Noor Hisham, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Beberapa kes di luar Wuhan mula dikesan kemudian, termasuk di Beijing, Shanghai dan Guangdong, selain Thailand, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat. Sebuah pasar makanan laut dan haiwan eksotik di Wuhan dipercayai jadi punca wabak tu, manakala beberapa media antarabangsa laporkan ia berkemungkinan tersebar kepada manusia dari ular, yang turut dijual di pasar tu.

Mengulas langkah siap siaga dilaksanakan Kementerian Kesihatan selaras saranan WHO, Dr Noor Hisham maklumkan, aktiviti saringan di pintu masuk antarabangsa kini diperkukuh dan individu disyaki akan dirujuk untuk pemeriksaan lanjut.

S1
Dah makin banyak kes. Via Devex

Sementara tu, dia turut nasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke Wuhan, China bagi mencegah penularan wabak 2019-nCoV, kalau dah tak dapat elak, korang perlu elak mengunjungi tempat tumpuan umum atau bergaul rapat dengan individu yang memiliki gejala wabak tu.

Jelasnya, mereka juga perlu mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, selain membawa penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan untuk digunakan apabila perlu.

“Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada melawat ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan serta mengelak memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna. Mereka juga perlu segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun sukar bernafas, dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan itu,” – Dr Noor Hisham, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Bagi yang terpaksa ke Wuhan, kena ambil langkah berjaga-jaga

Nampaknya penularan wabak ni semakin serius, kita harap Malaysia terlindung daripada penyakit ni. Macam yang disarankan oleh Dr Noor Hisham, kalau korang atau member korang pergi Wuhan, pastikan diorang ambil langkah berjaga-jaga. Apabila diorang pulang dari sana pulak, pastikan diorang ni lakukan pemeriksaan kesihatan untuk pastikan diorang bebas dari virus Wuhan ni.

Untuk korang yang tak ke mana-mana pulak, kalau rasa ada masalah kesihatan, cepat-cepat lakukan pemeriksaan kesihatan. Orang selalu kata – penyakit yang dikesan awal tu lebih baik, sebab lebih mudah untuk diubati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *