Ini EMPAT sebab mengapa orang tak nak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri

F1

Semalam kami lakukan undian tentang pandangan korang pasal peralihan kuasa Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim. Sebab beberapa hari lepas kami ada tulis pandangan kami – tentang mengapa kami rasa tarikh peralihan kuasa ni penting untuk bawak kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi kepada Malaysia. Seperti biasa, korang boleh tak setuju dengan artikel tu, cuma kami harap korang baca dulu.

Kami pun cubalah bincang-bincang; mengapa ada orang tak nak peralihan kuasa ni berlaku. Kami pun datanglah dengan beberapa sebab, dan kalau semalam korang undi peralihan kuasa ni tak akan beri kestabilan pada Pakatan Harapan, korang barangkali boleh check korang berada kat kumpulan yang mana. Sedia? Kita mulakan dengan…

1. Sebab yang paling klise, korang memang tak suka dengan Anwar Ibrahim

Dalam dunia ni, apabila kita tak suka sesuatu atau seseorang, tak kiralah dia buat apa; kita pasti tak suka. Contoh paling simple, kalau korang tak suka dengan ayam. Apabila dah benci dengan ayam ni – tak kiralah ayam tu dimasak apa sekali pun, mulut korang tetap tak boleh terima dan perut tak mahu hadam.

S1
Anwar Ibrahim. Via MStar

Cuma, benci sesuatu ni ada cabarannya yang tersendiri. Apabila korang tak suka seseorang – korang ada kecenderungan untuk berlaku tak adil kepadanya. Ini tak kiralah siapa – ahli politik, agamawan, keluarga, kawan atau jiran sebelah rumah. Apa yang paling penting apabila tak suka seseorang, cuba dengar dulu hujah yang dia berikan, lepas tu, tolaklah dengan hujah.

Dalam isu transisi kuasa ni, elok kalau kita tengok hujah kedua-dua pihak. Kita kena tengok kenapa ada kelompok yang nak push peralihan kuasa ni supaya berlaku dengan segera, dan kenapa ada orang yang macam tak nak peralihan kuasa ni berlaku.

Korang bolehlah mula berfikir macam kedua-dua mamat ni. Via Giphy

Lepas tu, barulah korang boleh dapat penilaian yang lebih menyeluruh, jangan sebab benci seseorang – korang terus buat kesimpulan, tak best hidup macam tu.

2. Takut hilang kesenangan dan jawatan yang ada di bawah kepimpinan Tun Mahathir

Satu benda yang kami perasan, gerakan yang marah apabila ada orang push untuk tarikh peralihan kuasa ni adalah geng-geng yang tengah sedap, tengah ada kuasa. Orang apabila dah sedap, mana dia nak berhenti. Dia nak pastikan kesenangan yang dia ada tu dapat bertahan, dan untuk mempertahankan kesenangan tu, macam-macam dia sanggup buat.

Tengah sedap kira duit, takkan nak hilang semua tu? Via Giphy

Terutamanya menteri-menteri yang prestasinya suam-suam kuku, dan dapat jawatan disebabkan membodek Tun Mahathir, sudah tentulah diorang akan rasa gusar. Secara logiknya, jika peralihan kuasa ni berlaku maka mereka ada keberangkalian akan digantikan dengan orang yang lebih sesuai. Siapa yang tak mahu hilang kesenangan, iye dok?

Ia bukan tertumpu pada menteri-menteri je, ia termasuklah jugak pegawai-pegawai, kawan-kawan, saudara-mara mereka yang dapat kesenangan ketika Tun Mahathir masih jadi Perdana Menteri kita. Mereka jugak pastinya akan berusaha untuk pastikan peralihan kuasa ni tak berlaku.

3. Seteru politik kepada Anwar, semakin sukar untuk jatuhkan Anwar

Kami rasa semua orang yang ambik port pasal politik dah tahu kot, Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada dua team. Satu team Anwar dan satu lagi team Azmin. Ada orang bagi hujah yang Anwar tak boleh jadi PM sebab tak dapat stabilkan PKR yang berpecah kepada dua kem. Kami rasa ‘perpecahan’ ni memang tak akan selesai pun, selagi ada pihak yang nak tentang Anwar secara tak sihat dalam PKR.

Kalau perasan, dalam kem Azmin ada menteri yang menonjol; paling dikenali ramai Azmin dan Zuraida. Sejak beberapa bulan ini – Azmin dan Zuraida kelihatan semakin berani kritik Anwar secara terbuka. Jika peralihan kuasa berlaku, tentunya mereka berdua akan rasa tergugat. Kami rasa benda ni pun boleh jadi motif mengapa diorang selalu kecam orang yang nak push peralihan kuasa.

S1
Azmin dan Zuraida. Via MalaysiaKini

Anwar sebagai Perdana Menteri bermakna pengukuhan kuasa untuk dirinya. Kena faham, dalam game politik ni, prinsip tak penting mana pun. Maknanya, orang selalu akan cenderung berpihak kepada orang yang berkuasa. Kalau hari ni nampak ramai pemain politik ada kat belakang Tun Mahathir, tunggulah bila Anwar jadi PM nanti, ramai akan berbaris untuk duduk di bawah payungnya.

Benda ni akan jadi malapetaka untuk musuh atau seteru politik Anwar. Sebab tu diorang mati-mati nak pastikan peralihan kuasa tak berlaku.

4. Tak faham konsensus yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan

Prestasi PH yang sering dikritik rakyat bukan semata-mata berpunca daripada sikap sesetengah pemimpin menolak manifesto mereka, atau masalah komunikasi yang sering diperkatakan oleh pemerhati politik. Ia juga sedikit sebanyak berpunca daripada kaki pembodek yang semakin tumbuh di sekeliling pemimpin PH.

Mengambil contoh Syed Saddiq yang marah apabila ada sebahagian ahli Parlimen PH minta tarikh peralihan kuasa diumumkan supaya peralihan tu akan berlaku dengan lebih baik dan teratur, ia jelas mahu membodek Tun mahathir. Tun Mahathir berulang kali mengatakan dia bersedia untuk melepaskan jawatan, dan seperti yang kami telah tulis sebelum ini – ia adalah hal yang logik untuk menetapkan tarikh.

Untuk ahli PH yang menolak proses transisi ini, ia jelas memperlihatkan mereka kurang faham tentang konsensus yang telah dipersetujui oleh pimpinan utama PH. Ia adalah rancangan, dan sesebuah rancangan telah dipersetujui bersama harus dilaksanakan. Aneh, jika ada ahli yang tak menurut keputusan pimpinan.

Penetapan tarikh akan buatkan kita fokus pada benda lain, kami pun dah penat tulis benda ni…

Kami sebenarnya nak mengelak tulis pasal isu peralihan kuasa ni, sebab nanti ramai kata kami dibayar ofis Anwar Ibrahim. Kalau diorang nak bayar, boleh PM kami. Okay, isu ini bukan pasal peralihan kuasa di antara dua individu semata-mata. Ia lebih kompleks daripada itu, ia melibatkan kestabilan koalisi PH, buang keraguan pelabur dan masa hadapan negara yang jelas.

Kalau dah ada penetapan tarikh peralihan kuasa di antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, kita boleh relaks, dan bincang benda-benda lain. Kita cuma tunggu dan tahu bila transisi kuasa berlaku, takdelah kalut macam sekarang. Sebabnya kalau kerajaan kalut, rakyat lagilah pening dan takut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *