7 jenis durian popular kat Malaysia yang wajib diketahui hantu durian

Du

Buah-buahan adalah salah satu sumber makanan yang berikan pelbagai nutrisi kepada manusia. Korang suka tak makan buah durian? Di Asia Tenggara, buah durian sangat terkenal dengan gelaran sebagai “raja buah”. Kalau kat Malaysia, musim buah durian ni lah yang sangat kita nanti-nantikan sebab mesti akan ramai penjual yang menjual buah durian kat tepi-tepi jalan. Harga untuk sekilo durian ni pun boleh tahan mahal juga sebab boleh sampai mencecah puluhan ringgit juga tau. Betul tak? Tapi korang semua tahu tak yang durian ni ada pelbagai jenis? Kalau korang ni seorang hantu durian, korang wajib baca kat bawah ni.

1. D197 – Musang King, king of durianlah gitu…

Kalau korang nak tahu, Durian Musang King ni adalah merupakan durian yang paling digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Nama lain bagi Durian Musang King ni adalah Butter Durian, Rajah Kunyit (bukan kunyit antara lelaki dengan lelaki tau) dan Cat Mountain King. Ciri-ciri buah durian Musang King ni adalah ulasnya berwarna kuning terang dengan rasanya yang manis dan pahit tetapi sangat berkrim dan menjadi pilihan utama para penggemar durian di Malaysia.

Via: Nursery kebun bandar

Selain tu,  untuk pengetahuan korang saiz buah durian musang king juga adalah sederhana besar, bulat dan kulitnya berwarna hijau keperangan. Ia juga mempunyai corak berbentuk seakan-akan bintang pada bahagian bawah buah serta biji buah durian musang king juga lebih kecil berbanding baka lain. Pada bahagian pangkal tangkainya pula tidak berduri dan garisan pangsa jelas kelihatan pada kulit durian.

2. D198 – Golden Phoenix, durian yang banyak di Johor

Nama lain bagi Durian Golden phoenix ni adalah Durian Golden Pillow. Durian jenis Golden Phoenix ni kebanyakannya boleh korang dapati di dusun-dusun durian yang berada di negeri Johor. Untuk pengetahuan korang, pada kebiasaannya durian jenis ini tumbuh daripada pokok lama dan bukannya melalui proses hibrid. Oleh sebab itulah durian jenis ini menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain kerana mempunyai rasa yang asli.

Via EZTakaful

Antara ciri-ciri yang terdapat pada Durian Golden Phoenix adalah ulasnya yang berwarna kuning pucat dan sedikit keputihan. Teksturnya pula yang sedikit berair selain mempunyai bau yang sangat tajam berbanding yang lain membuatkan durian jenis ini mempunyai peminat yang tersendiri. Saiz buah Durian Golden Phoenix ni adalah sederhana besar, bujur dan mempunyai pangsa yang nipis.

3. Durian Udang Merah bukan durian kat lauh eh.

Korang pernah tak makan durian udang merah (red prawn)? Kalau korang nak tahu, keunikan durian jenis ni adalah tekstur warnanya yang sedikit oren kemerahan. Rasa durian udang merah ni manis dan sedikit melekit menjadikan durian ni antara salah satu jenis durian yang diminati dekat Malaysia. Untuk pengetahuan korang semua, nama lain bagi durian ni adalah Hong Xia dan Ang Hay. Durian udang merah ni juga sangat terkenal di Pulau Pinang namun bagi korang yang hantu durian, korang semua dah boleh dapatkan durian jenis ni di Pahang serta beberapa kedai durian yang terdapat di sekitar Lembah Klang.

Via Tokopedia

4. Durian XO, bukan durian KPOP…

Durian XO? Dah macam nama artis kumpulan kpop pulak kan? Durian jenis ni sangat mudah untuk korang dapati di mana-mana gerai durian. Ciri-ciri yang terdapat pada buah Durian XO ni adalah mempunyai tekstur isi yang sangat lembut dan ulas yang lebih kecil tetapi isi kat dalamnya sangat tebal tau dan ini merupakan salah satu punca yang menjadikan durian jenis ni antara durian yang menjadi buruan bagi hantu-hantu durian. Mustahil korang tak suka makan durian yang mempunyai isi tebal kan?

Via EZTakaful

Selain tu, Durian XO juga merupakan durian yang mempunyai harga jauh lebih murah jika korang hendak bandingkan dengan lain-lain jenis durian. Pada kebiasaannya, anggaran harga Durian XO ni adalah sekitar RM20 untuk setiap sekilogram. Murah tak?

5. Durian D24, Durian Sultan, ampun tuanku.

Nama lain bagi buah durian D24 ini adalah Durian Sultan. Korang semua pernah dengar tak nama Durian Sultan? Ciri-ciri yang terdapat pada durian jenis D24 ni adalah warnanya yang kuning pucat dengan sedikit rasa pahit tetapi berkrim. Isi bagi durian jenis ni juga agak tebal dan semestinya ia akan menjadi salah satu daya tarikan buat korang yang jenis hantu duriankan?

Via bibit bunga

Selain tu, antara cara yang korang boleh praktikkan untuk mengenal pasti jenis durian D24 ni ialah korang boleh lihat terdapat ruangan tidak sempurna di tengah-tengah pangsa. Harga bagi jenis durian D24 ni untuk sekilogram biasanya korang boleh dapati dalam RM20 dan ke atas. Satu-satunya ‘Sultan’ yang murah.

6. Durian Black Thorn, lebih mahal dari Musang King

Korang semua pernah tak dengar nama Durian Black Thorn? Korang jangan pulak nak kaitkan durian ni dengan geng Avengers ye disebabkan nama durian ni ada iras-iras dengan nama Thor. Durian Black Thorn atau Orchi ni adalah merupakan satu klon terbaharu durian dari Sungai Bakap, Pulau Pinang. Warna durian adalah kuning dan isinya penuh berkrim serta tebal. Untuk pengetahuan korang sema. durian black thorn ni adalah meruapakan durian yang mempunyai harga termahal tau di Malaysia berbanding dengan harga Durian Musang King pada masa kini.

Via Durian Info

7. Durian black pearl

Durian Black Pearl ni adalah merupakan salah satu durian premium. Untuk pengetahuan korang, isi buah durian jenis Black Pearl ni berwarna kuning pucat dan rasanya yang sedikit pahit menjadikannya digemari oleh sebahagian penggemar durian yang ada kat negara kita ni. Selain daripada tu, biji buah Durian Blackpearl ni juga kecil serta mempunyai isi yang tebal serta rasa yang berlemak dan boleh membuatkan korang sangat kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit. Harga bagi Durian Black Pearl ni adalah sekitar RM50 dan ke atas.

via: EZTakaful

Lepas dah makan durian tu, jagalah alam sekitar kita bersama…

Korang yang hantu durian tu kenal tak dengan semua jenis-jenis durian yang kami senaraikan kat atas tu? Kalau korang tak kenal maka korang belum boleh digelar sebagai hantu durian. Makan tu makan juga, tapi korang jangan pula melantak durian banyak sangat lepastu buang sampah kulit durian tu merata-rata tau. Siapa lagi yang nak jaga alam sekitar kita ni kalau bukan kita sendiri kan. Betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *