Kerana selamatkan pelarian, Kapten kapal ni ditahan oleh kerajaan Itali

Pelarian

Ketika perang melanda sesebuah negara, rakyatlah yang menjadi mangsa. Ibarat ‘Gajah sama Gajah bertarung, Pelanduk mati kat tengah-tengah’. Jadi rakyat dari negara perang akhirnya terpaksa menjadi pelarian. Begitulah nasib pelarian dari Libya. Sejak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi digulingkan dari tampuk kekuasaan negara, nasib rakyatnya semakin parah dengan tercetusnya perang saudara.

Libya War
Libya, setelah Muammar Gaddafi digulingkan. – via wheatonw.wordpress.com

Nasib para pelarian ini sekuranng-kurangnya dibela oleh NGO Kemanusiaan pada peringkat antarabangsa. Lebih mengharukan, baru-baru ini (Julai 2019), seorang kapten kapal telah ditahan oleh kerajaan Itali semata-mata demi menyelamatkan nyawa pelarian perang dari Libya. Namanya, Carola Rackete.

Kapten Carola Rackete telah ditahan oleh kerajaan Itali dengan perintah tahanan rumah

Carola Rackete
Inilah dia Kapten Arola Rackete – via rmx.news

Kapten ni bawa sebuah kapal untuk NGO Sea Watch 3, yang bertanggungjawab menyelamatkan para pelarian perang. Menurut akhbar The Guardian, kapal yang dikemudi oleh Kapten Rackete ni bawa seramai 42 migrant yang diselamatkan dari Libya untuk dibawa ke Pulau Lampedusa. Ketika memasuki perairan Itali, kapten ini telah menghubungi pengawal pantai untuk memaklumkan kapalnya terpaksa berlabuh demi menyelamatkan nyawa pelarian di atas kapal.

Walaupun dah dimaklumkan kapalnya perlu berlabuh kerana keadaan pelarian yang sangat kritikal dan perlukan rawatan segera, tapi sampai 2 minggu permintaannya tak dilayan. Dalam kapal tu, ada pesakit PTSD (Post Traumatic Stress Disorder) sebab didera dan dilanyak oleh tentera di Libya, ada yang beberapa kali nak bunuh diri dan tak kurang juga yang perlukan rawatan segera. Takkan dalam keadan macam ni dia nak tunggu lagi, kan? Takkan nak tengok ada yang terjun dari kapal sebab dah hilang harapan? Kerana terdesak, dia berlabuh juga kat Itali.

Sea Watch
Kapal Sea Watch 3 – via The Conversation

Akhirnya, selepas berlabuh (29 Jun 2019), Kapten Carola Rackete telah ditahan oleh kerajaan Itali dengan perintah tahanan rumah. Kerajaan Itali melalui Menteri Dalam Negerinya, Matteo Salvini siap tuduh Kapten Rackete sebagai ‘penjahat dari Jerman’. Kapten ini dilabel sebagai berbahaya kepada keselamatan negara Itali dan Menteri Salvini desak kerajaan Itali perintah halau kapten ni dari Itali.

Tapi, hukuman sebegini tidaklah menjadi kudis pun padanya. Katanya;

“Aku tak ada rumah,

Aku tak ada kereta,

Aku tak kisah tak ada pendapatan tetap,

dan aku tak ada keluarga.

Tak ada benda yang mengikat aku untuk beri komitmen dalam hidup.

Aku cuma harap undang-undang akan berubah.

Tapi kalau tak berubah pun, aku tak ada masalah untuk ulangi misi ini lagi.

Penahanan Kapten Carola Rackete ini telah mencetuskan sebanyak 2 kempen solidariti atas talian di group Facebook Italian Anti-Fascist dan saluran televisyen terkenal di Jerman. Hasil kempen ini berjaya mengutip sebanyak lebih 1 Juta Euro untuk membiayai kos guaman Kapten Rackete.

Kemanusiaan adalah sesuatu yang mahal, dia adalah contoh orang yang pentingkan kemanusiaan

 

Pada 2 Julai 2019, Kapten Rackete telah dibebaskan dari tahanan rumah. Namun, dia akan berhadapan pula dengan perbicaraan di mahkamah Itali. Dia disabitkan dengan kesalahan menentang halangan untuk berlabuh di pelabuhan Itali dan membawa masuk pendatang asing secara haram.

Kapten Carola Rackete adalah salah satu contoh dari sekian ramainya aktivis kemanusiaan yang berhadapan dengan ketidakadilan dan penafian hak asasi manusia. Tentu kita juga tidak lupa bagaimana aktivis Palestin seperti Rachel Corrie terkorban akibat digilis oleh bulldozer Israel.

Semoga Tuhan akan membalas jasa mereka yang menjunjung tinggi nilai kemanusiaan dengan sebaik-baik ganjaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *