Bosan di rumah? Ini 5 games pasal wabak yang korang patut cuba…

F1

Dah habis layan Netflix, habis buat kopi Dalgona tu… nak buat apa lagi eh? Memandangkan kita hanya dapat berhibur dalam rumah je, korang boleh cuba 5 permainan atas talian yang bertemakan wabak. Lebih menarik, semua permainan ni percuma dan hanya perlukan Wi-Fi korang!

Via Giphy

Selain tu, game ni pun sesuai untuk semua peringkat umur, khususnya untuk para pelajar sekolah yang tengah sakan cuti sekolah tu. Kami dah cuba semua game ni, dan paling penting gajet atau browser korang boleh support Adobe Flash Player. Kejap je pasang… dah boleh main. Laptop buruk pun masih boleh main jugak.

1. Boleh ke korang selamatkan dunia dari virus selesema dengan bajet 2 billion Euro?

Dalam senario game The Great Flu, korang adalah ketua World Pandemic Control dimana peranan utama korang adalah cari jalan bagaimana nak selamatkan dunia dari sebuah pandemik virus selesema.

Game The Great Flu
Antara tangkap layar game The Great Flu…Via Fastcompany.com

Kat sinilah korang kena bijak nak pilih kaedah mana yang paling berkesan untuk mengekang dan seterusnya mematikan virus tersebut dari terus mengorbankan lebih ramai nyawa (dalam game je ye!). Selain dari tu, korang turut diberi bajet yang terhad. Takde suntikan kewangan ke apa… bak kata orang putih, win it or lose it.

Sebenarnya game ni pun dicipta oleh sekumpulan pengkaji Belanda untuk meningkatkan kesedaran terhadap selesema H1N1 dulu. Bila hanya tayang statistik je, orang ingat senang nak urus kawalan penyakit ni. Tapi dengan peluang bermain game ni, barulah korang rasa sendiri betapa sukarnya nak rangka strategi terbaik untuk mengekang penularan penyakit tu.

2. Korang ditugaskan siasat dan selesaikan tiap jenis penyakit dalam tiga bidang utama…

Kalau korang nak ajar anak atau adik korang agar suka menyiasat dan selesaikan masalah, game seterusnya mungkin sesuai nak didik kefahaman pasal penyakit. Dalam game MedMyst: Reloaded/ Disease Defenders ni, stail gamenya lebih berbentuk point-and-click, jadi korang boleh gerak sikit-sikit dan berinteraksi dengan objek lain kat dalam game tu.

Game Med Myst
Via On Serious Games

Dalam game ni jugak, korang disuruh siasat dan selesaikan penyakit-penyakit dalam tiga bidang iaitu epidemiologi, mikrobiologi, and veterinari. Benda ni hanya boleh main sorang je, dan boleh siap kira-kira dalam 45 minit gitu. Kalau korang memang nak buang masa je, haa bolehlah cuba.

Game ni sebenarnya dibangunkan oleh Rice University di Houston, di bawah projek MedMyst II: Middle School Infectious Disease Materials pada 2006 hingga 2008. Mereka dapat geran pendidikan dari National Institute of Health, dimana projek ni akhirnya dimasukkan dalam bahan pengajaran sekolah menengah di Amerika Syarikat.

Game Medmyst Pendidikan
Sesuailah untuk peringkat pelajar nak kenal bidang sains… Via Common Sense Media

Kalau ada guru-guru yang minat nak gunakan sebagai bahan pendidikan korang bila buka sekolah nanti, bolehlah cuba ye…

3. Bina virus korang yang tersendiri dan cuba lenyapkan dunia dari virus ciptaan korang tu…

Mungkin korang pernah dengar game bertajuk Plague Inc. kan? Haa… game Pandemic 2 ni lebih kurang sama dengan Plague Inc. Korang kena bina sifat, ciri-ciri dan cara penyebaran paling berkesan (bagi korang). Benda ni kena ikut strategi dan kebijaksanaan korang supaya lenyap manusia kat bumi.

Game Pandemik 2
Masing-masing ada kelemahan tersendiri, jadi kena fikir panjang kejap…Via Google Chrome Store

Walaupun misi korang adalah nak lenyapkan manusia, cabaran korang adalah manusia pun akan cuba sedaya upaya nak lawan penyakit korang tu… tak kiralah korang pilih virus ke, bakteria ke ataupun parasit.

Ada pulak yang main game ni sebagai satu ‘simulasi’ kepada perkembangan COVID sekarang ni. Kalau game pertama tadi fokus nak selamatkan dunia, korang pulak berperanan sebagai perancang virus tu kena banyak fikir strategi terbaik sebab tak semua negara tu miliki ciri geografi dan teknologi fasiliti perubatannya.

4. Korang sebagai mikrob kecil kena bertarung dengan mikrob lain, siapa lebih power…

Kalau korang nak game yang lagi simple, Tentacle Wars: The Purple Menace mungkin sesuai untuk korang. Kali ni, korang kena tumpukan bertarung dengan mikrob lain dimana tiap peringkat, cabarannya akan lebih sukar.

Game Tentacle Wars
Via Free Games News

Tentacles War ni popular juga kat stor aplikasi, tapi biasanya benda ni kena bayar. Tapi game yang kami pautkan di sini percuma je sebab ni versi Flash game. Menurut deskripsi ulasan laman lain terhadap game tersebut, Tentacle Wars ni sebenarnya perlukan korang (sebagai antibodi) bertarung dengan mikrob dari makhluk asing.

Menarik jugak ideanya kan? Kalau game-game sebelumnya fokus pada manusia, kali ni pasal makhluk asing pulak. Nak layan kat telefon pintar korang, boleh je korang cari kat stor aplikasi masing-masing.

5. Orang yang suka puzzle mesti suka game Virus 3, kena sebarkan virus ikut kod warna…

Satu lagi game yang kami layan adalah Virus 3, dimana korang sebagai ‘virus’ kena sebarkan sayap korang ke seluruh ruang puzzle yang pelbagai warna tu. Nampak senang tapi kalau salah langkah, boleh terkandas jugak.

Game Virus 3
Nampak mudah je, tapi orang power je boleh layan ni…

Semakin tinggi level korang, semakin sikit gerakan yang korang boleh buat untuk pastikan korang berjaya ‘sebarkan’ virus tu hingga memenuhi keseluruhan ruang kotak. Kami rasa korang pun boleh faham agak cepat sebab ye lah, game ni memang khusus untuk mereka yang nak berfikir secara relaks…

Korang boleh set sendiri bentuk puzzle tersebut, termasuklah jumlah warna yang korang nak. Ketetapan dan matlamat permainan tu masih lagi sama, iaitu korang kena ‘sebarkan’ sel virus (noktah hitam kat tengah sel warna tu).

Game Virus 3 Kotak
Korang boleh set sendiri, tapi reka letak tu masih ‘random’

 

Apa lagi, boleh mula main game kalau dah mula ‘pishang’ dekat rumah…

Kami sengaja tak senaraikan game yang perlukan kad grafik dan kapasiti RAM yang tinggi sebab tak semua ada apa yang korang mungkin ada. Jadi kami hanya kumpulkan apa yang mudah untuk sesuai pada peringkat umur kanak-kanak hinggalah orang tua, dan boleh main kat web browser biasa-biasa je.

Sentiasalah patuhi perintah kawalan pergerakan, dan arahan kerajaan ketika ni. Jaga jarak korang bila keluar beli barang. Bila korang duduk rumah, korang mungkin boleh selamatkan orang lain atau terselamat dari jangkitan dari orang lain pula.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *