Pengasas kicap Cap Kipas Udang meninggal dunia, ini sejarah penubuhan syarikatnya

F1

Semalam kita terima khabar duka, apabila pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia di kediamannya di Larkin Jaya. Jenazah Allahyarham Lambak yang berusia 100 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari semalam, menurut cucunya Amiza Abdul Aziz.

Ketika dihubungi Bernama, Amiza kata arwah takde komplikasi penyakit, malah dia sihat je sebelum ini. Produk yang dikeluarkan syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 ni, tak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara kita, terutama produk kicap Habhal’s yang disukai ramai.

Dia mulakan perniagaan dengan modal RM40,000, kini syarikatnya ada jualan berjuta-juta sebulan

Ramai yang tak tahu sejarah syarikat power ni, sebenarnya kicap jenama Kipas Udang ni dah bermula 25 tahun lalu. Masa tu, pengasasnya; Allahyarham Datuk Hj Lambak Mohamad mulakan perniagaan dengan menubuhkan Zara Food Industries yang mengeluarkan kicap secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenamanya kicapnya di sekitar Johor Baharu.

96577897 234893687793103 4382635481251184640 N
Datuk Hj Lambak Mohamad. Via The Vocket

Dengan modal RM40,000, dia kerja keras untuk pastikan jenama kicap Kipas Udang ni diterima. Kini jenama ni bukan setakat dikenali di Johor je, satu Malaysia dah guna. Di antara faktor yang sebabkan syarikat ni berjaya adalah kawalan mutu produk yang baik, komitmen pekerja yang tinggi dan ada visi yang sama dalam kalangan pekerja. Hasilnya, produk tu dah catat jualan bulanan yang tinggi.

Keuntungan syarikat yang diorang dapat digunakan untuk perbelanjaan promosi termasuk promosi kat TV dan penyelidikan untuk tingkatkan kualiti produk diorang. Kita dapat lihat hasil daripada kajian ni apabila proses pembungkusan jenama kicap yang ada pada penutup botol kicap tu semakin moden dan selamat.

96577897 234893687793103 4382635481251184640 N
Mesti korang pernah rasa kan? Via Pinterest

Allahyarham dah kembangkan kepelbagaian produk makanan seperti sos, kaya dan lain-lain lagi. Pasaran jenama Kipas Udang ni dah langkaui ke Asia Barat dan ASEAN. Dengan jualan syarikat yang cecah RM82 juta setahun, syarikat ni dah maju setapak lagi dengan penubuhan bangunan syarikat yang bernilai RM35 juta di bandar perindustrian Larkin, beberapa tahun lepas.

Bukan biasa-biasa syarikat ni, nampaknya tiga tahun lepas diorang nak tembusi pasaran Nigeria

Tiga tahun lepas, ada laporan akhbar yang katakan syarikat ni dah mula pasarkan produk diorang ke Nigeria. Pengarah Pemasaran ZFI masa tu, Hasnah Abdul Rahman kata langkah memasarkan produk ke Nigeria jadikannya syarikat berasaskan produk makanan pertama menembusi pasaran negara tu.

96577897 234893687793103 4382635481251184640 N
Via Berita Harian

Sebagai permulaan, tiga kontena produk ZFI akan dihantar ke Nigeria mulai Januari 2018 dan akan ditingkatkan berdasarkan permintaan.

“Permintaan pasaran antarabangsa kita sentiasa meningkat. Kita sudah membuat kajian pasaran dan usaha memasarkan produk ZFI terutama kicap ke Nigeria sejak tiga tahun lalu. Permintaan produk ZFI di Nigeria agak tinggi berikutan cara pemakanan yang hampir sama dengan negara ini, sekali gus membolehkan produk kicap dan sos diterima penduduk negara itu,” – Hasnah, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Selain tu, Hasnah kata, pihaknya sasarkan untuk tembusi pasaran Jepun dan Korea pada masa depan. Katanya, pasaran antarabangsa meliputi kira-kira 30 peratus daripada pasaran keseluruhan ZFI dan sepanjang tahun 2016, pihaknya catat nilai eksport RM16 juta.

“Walaupun sudah beroperasi 30 tahun, kami lebih menumpukan kepada pasaran tempatan merangkumi 70 peratus daripada hasil keseluruhan. Bagaimanapun, pada masa sama, kami tetap mengeksport produk ke pasaran antarabangsa yang sentiasa mendapat permintaan tinggi,” – Hasnah, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Hasnah kata, sejak ditubuhkan pada 1987, ZFI terus komited hasilkan produk berkualiti tinggi dan menerima pelbagai kejayaan inovasi, sekali gus membuktikan syarikat Bumiputera mampu bersaing dalam pelbagai industri yang setaraf dengan syarikat antarabangsa.

96577897 234893687793103 4382635481251184640 N
Via The Iskandarian

Dia turut akui, diorang hadapi saingan hebat dalam pasaran terutama di peringkat domestik tetapi menganggapnya sebagai sesuatu yang positif. Persaingan ni bagus kerana dengan persaingan, diorang akan lebih berusaha meningkatkan kualiti dan jumlah produk. Hampir setiap tahun diorang ada produk baharu di pasaran, sebab tu diorang perlu sentiasa meningkatkan produk termasuk dari segi label.

Kadang-kadang idea yang simple kalau dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan lebih berjaya

Sudah tentu Allahyarham Datuk Lambak Mohamed dah jadi idola untuk mereka yang baru nak mulakan perniagaan. Benda ni menunjukkan seseorang tu tak perlu pun idea yang terlalu bombastik untuk mulakan perniagaan, macam syarikat ni – diorang mulakan dengan menjual kicap je, akhirnya dah mampu untuk tembusi pasaran antarabangsa.

Apa yang penting adalah usaha yang konsisten untuk memperbaiki produk dan rebut peluang yang ada. Kalau korang pun teringin nak berniaga, korang bolehlah jadikan cerita-cerita macam ni sebagai inspirasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *