5 anak menteri yang selalu bagi komen pasal politik

Tak semua anak ahli politik join politik tapi kadang-kadang tu diorang pun tak tahan agaknya nak menampakkan diri. Kalau dah masuk dalam kancah politik, semua benda kehidupan boleh dikira untuk tatapan umum. Jadi biasalah kalau orang nak judge suami, isteri, anak sampai ke cucu ahli politik ni, lagi-lagi yang berjawatan menteri.

Kita senaraikan beberapa anak menteri dari dulu sampai sekarang yang menonjol dalam arena politik, walaupun dia sendiri bukanlah ahli politik.

1. Ameer Azmin anak Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Image result for ameer azmin
Via Twitter

Paling hangat diperkatakan dalam media sosial sekarang ni, anak kedua Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali bukanlah baru sekarang nak menonjol. Sejak sebelum Pakatan Harapan menang pilihanraya lagi Ameer selalu menggunakan Twitter dia untuk menyuarakan pendapat. Kebanyakan masanya dia promote ayah sendiri sebagai calon Perdana Menteri, pada masa yang sama mengkritik lawan ayahnya termasuklah yang dalam PKR sendiri.

Image result for mohamed ameer azmin ali twitter

Tapi kebelakangan ni warganet lebih tertarik dengan gaya hidup Ameer dan anak beranak lain Menteri Ekonomi tu, yang dikatakan agak mewah dengan jam tangan dan beg mahal, kerap bercuti ke luar negara, termasuklah satu trip ke Las Vegas untuk menonton perlawanan tinju. Sekurang-kurangnya kita tahu walaupun mempunyai nilai aset antara yang terendah di kalangan Menteri Kanan kabinet, keluarga Azmin Ali pandai mengurus kewangan sendiri sehingga mampu hidup bergaya.

2. Nedim Nazri anak Nazri Aziz, bekas Menteri Pelancongan

Image result for nedim nazri
Via The Coverage

Sebelum Ameer, kita ada Nedim. Senarai ni takkan lengkap kalau tak sertakan Bosned sebenarnya sebab nama Bosned ni menjadi kebiasaan bila bincangkan anak Menteri. Nedim selalu juga menjadi bahan berita beberapa kali sama ada berita politik, mahupun gossip hiburan.

Selain menampakkan gaya kehidupan mewah dan bergelar suami kepada aktres berprofil tinggi Nora Danish, dia juga selalu bergaduh online dengan mak tiri sendiri, Haflin Saiful.

Dagu senget, syaitan, flat face witch… Via klick.my

Nama Nedim juga dah beberapa kali dikaitkan dengan kes jenayah termasuklah kes pukul. Tapi yang memalit Bosned dengan politik adalah lantikannya sebagai ‘pegawai khas’ Menteri Pelancongan, dibangkitkan oleh Rafizi Ramli dulu.

3. Nurul Hidayah anak Ahmad Zahid Hamidi, bekas Timbalan Perdana Menteri

Image result for nurul hidayah ahmad zahid
Via mstar

Sebagai anak TPM, Nurul Hidayah boleh dikatakan agak lantang bersuara terutamanya dalam mempertahankan ayahnya dan juga kerajaan Barisan Nasional dulu. Dia mula menjadi bahan berita apabila dikatakan berminat untuk bertanding di pilihanraya kecil Kajang pada tahun 2014 dan kemudian menyuarakan pendapat tentang demonstrasi Bersih 4, yang dikatakan kerja sia-sia dan bodoh.

A screengrab of Nurulhidayah's Facebook post.
Via The Star

Sewaktu ayahnya TPM, dia juga pernah menjadi Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan sering dikritik kerana kemahiran bahasa Inggerisnya yang lemah. Setelah BN ditundukkan dan ayahnya sendiri didakwa dengan hampir 50 tuduhan jenayah di mahkamah, Nurul sekali lagi terima kecaman apabila menyiarkan video anaknya yang berumur sembilan tahun ‘memberi amaran’ kepada musuh politik datuknya di Instagram.

4. Nooryana Najwa anak Najib Razak, bekas Perdana Menteri

Related image
Via The Coverage

Seperti Nurul Zahid, Nooryana Najwa juga lantang bersuara dalam arena politik. Tapi kehadiran Nooryana agak baru kerana sebelum kekalahan BN pada PRU-14, dia tak banyak menyatakan pendapat dan hanya dikenali sebagai anak Najib yang berkahwin dengan anak saudara Presiden Kazakhstan dalam satu majlis perkahwinan yang serba mewah.

Tetapi selepas BN tewas, dan Najib pula semakin ditekan akibat kes 1MDB, Nooryana mula menonjol. Sebagai seorang anak, sudah pasti dia akan mempertahankan bapanya. Rayuan dia kepada orang ramai untuk ‘mengingati (ayahnya) dalam masa yang dia amat memerlukan ini’ juga mendapat kritikan orang ramai. Dia turut menyuarakan kemarahan apabila ibunya, Rosmah Mansor, ditahan dan disoal siasat oleh pihak SPRM.

5. Marina anak Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 dan Ke-7

Image result for marina mahathir
Via Facebook

Paling veteran dalam senarai ni, Marina Mahathir dah lama menonjol sebagai seorang aktivis sosial dan komentar politik yang berpengaruh. Kelantangan Marina dalam menegakkan hak asasi manusia kadang-kadang dilihat bertentangan dengan pendirian ayahnya sendiri yang dulunya lebih dikenali sebagai seorang pemimpin yang berkuku besi.

Antara perjuangan yang ditegakkan termasuklah dalam isu LGBT, hak wanita, Islam dan advokasi berkenaan HIV/AIDS sehingga pernah mendapat pengiktirafan sebagai Malaysian United Nations Person of the Year pada tahun 2010 dan penghormatan tertinggi Perancis, Chevalier de Legion d’Honneur pada tahun 2016.

Tapi Marina juga banyak memberi pendapat dalam hal politik negara termasuk mengkritik semua pihak sama ada Kerajaan mahupun pembangkang. Tak lupa dia juga menyebabkan Lim Kok Wing delete akaun Twitter selepas cubaan membodek bapanya ditegur dengan tegas.

Anak mencerminkan mak ayah

Sebenarnya ramai lagi anak-anak ahli politik dan menteri yang ada hala tuju sendiri dalam hidup, sama ada join ayah jadi ahli politik macam Nur Jazlan Mohamed Rahmat, jadi ahli bisnes macam Nazir Razak, atau jadi DJ/penyanyi macam Dafi Ismail Sabri, apa yang penting diorang ni kena sedarlah yang ayah atau mak tu ahli politik dan sentiasa diperhati orang ramai, jadi janganlah lebih-lebih sangat.

Kadang-kadang anak mencerminkan mak ayah juga, jadi kalau jenis yang ada ketokohan macam Izzah Anwar tu okay lah. Tapi kalau jenis rosakkan reputasi mak bapak tu tolonglah beringat sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *