Ahli Parlimen PH kritik kerajaan berkenaan kenaikan gaji minima yang rendah

Wong Chen2
Ahli Parlimen PH kritik kerajaan berkenaan kenaikan gaji minima yang rendah

Isu gaji minima ni memang dah jadi isu yang besar sejak dari dulu, sebabnya hampir semua orang tahu kos sara hidup kita hari ni dah semakin meningkat. Disebabkan benda tu; individu perlu dapat gaji yang lebih besar untuk menyara hidup. Pertama sekali kita mungkin boleh ucap terima kasih kat kerajaan yang ada pada hari ni sebab tingkatkan gaji minima ke RM1,200 dalam pembentangan belanjawan diorang.

A1
Via Sinar Harian

Cuma, peningkatan gaji ni dapat kritikan sebab ia meningkat terlalu sedikit. Sebelum ni selalunya kita dengar pihak pembangkang yang lontarkan kritikan kepada apa-apa polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan. Tapi, kali ni ada ahli Parlimen kerajaan yang kritik keputusan kerajaan…

Kalau menteri dapat hidup dengan RM1,200 teruskan. Kalau tak dapat sila naikkan gaji…

Ahli Parlimen Subang Wong Chen kritik kerajaan Pakatan Harapan sebab tingkatkan gaji minima hanya RM100. Bagi mereka yang tak tahu lagi, bermula tahun hadapan gaji minima adalah RM1,200. Pada pandangan Wong Chen, peningkatan ni terlalu kecil dan ia adalah isu prinsip.

“Pada pendapat saya, peningkatan ini terlalu kecil. Ini adalah mengenai isu prinsip, iaitu untuk menghapuskan penderitaan ekonomi rakyat Malaysia yang termasuk dalam golongan miskin. Sekiranya menteri kita boleh bertahan pada RM1,200, maka lakukannya. Kalau tidak boleh, naikkan kadar gaji itu itu,” – Wong Chen, dipetik dari sidang medianya selepas pembentangan belanjawan

Wong Chen juga kecam tindakan kerajaan untuk tingkatkan kadar cukai pendapatan bagi mereka yang memperoleh RM2 juta setahun dari 30% kepada hanya 32%. Dia berpendapat benda ni adalah dasar cukai yang tak cukup substansif dan kelihatan seperti wayang je. Wong Chen kata kenaikan kadar cukai pendapatan bagi orang kaya hanya terpakai kepada 2,000 individu, dengan setiap satu dijangka menyumbang RM20,000.

A2
Via FMT

Secara keseluruhan, peningkatan dana kepada kerajaan hanya RM40 juta setahun. Sedangkan RM40 juta setahun sangat sedikit.

Tapi dalam masa yang sama, Wong Chen puji kerajaan kerana berjaya kurangkan perbelanjaan, untuk makluman korang ia dah berkurang daripada RM316 bilion pada 2019 kepada RM299 bilion pada tahun 2020.

Dia akui bajet kali ni lebih baik dari tahun sebelumnya, cuma dia harap kritikannya didengar…

Apabila diorang keluarkan jumlah RM37 bilion yang merupakan pembayaran rebat GST dan rebat cukai pendapatan khas tahun lepas bagi syarikat korporat dan kaya, Belanjawan 2020 meningkat kepada 7% secara keseluruhan.

Wong Chen juga ada timbulkan kebimbangan mengenai peruntukan peningkatan kerajaan untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan pada tahun 2020 berbanding tahun 2017.

Z123
Via MySumber

Dia kata di bawah pentadbiran Barisan Nasional, ada 1.6 juta penjawat awam dengan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan pada RM34.7 bilion, yang diterjemahkan kepada kira-kira RM21,700 setiap penjawat awam.

Sebaliknya, kerajaan Pakatan pada tahun 2020 mempunyai 1.4 juta penjawat awam dengan perbelanjaan sebanyak RM38.5 bilion, yang bermakna perbelanjaan purata sebanyak RM27,500 setiap kakitangan awam.

“Ini lebih tinggi daripada pentadbiran Barisan. Saya menuntut penjelasan terperinci mengenai perkara ini. Jika tidak, saya rasa PAC akan bersidang selama lebih daripada 100 hari tahun depan untuk prosiding rasuah dan kebocoran,” – Wong Chen, dipetik dari The Star

Pada akhir ucapan Wong Chen, akui Belanjawan pada tahun 2020 adalah bajet yang lebih baik daripada tahun 2019. Dia kata; sebagai backbencher, dia akan menyokong sepenuhnya kerajaan. Cuma dia harap kerajaan akan dapat terima pandangan dan kritikannya.

“Jika anda tidak berpuas hati, sila minum kopi dengan saya. Jangan mengadu kepada Ahli Parlimen Port Dickson. Ia tidak berguna, Ahli Parlimen Port Dickson akan memberitahu saya untuk terus bercakap benar,” – Wong Chen, dipetik dari The Star

Tak masalah pun untuk ahli Parlimen kerajaan kritik kerajaan, yang salah kalau jadi kaki angguk…

Salah satu masalah berfikir yang ada dalam masyarakat kita hari ni adalah; kebanyakan orang fikir ahli politik yang ada dalam blok pembangkang kerja diorang perlu membangkang jeee. Dan kalau ahli politik tu adalah ahli politik dari blok kerajaan; dia perlu menyokong je. Benda ni salah. Untuk jadikan demokrasi kita lebih subur, kita perlu bagi ruang untuk ahli politik kerajaan kritik kerajaan dan ahli politik pembangkang sokong polisi baik kerajaan.

Mungkin satu hari nanti kita akan lihat undian rang undang-undang tak berdasarkan koalisi parti tapi pandangan individu. Cuma, benda tu mungkin hampir mustahil akan berlaku.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top