Nurul Izzah menang saman, bekas Ketua Polis Negara kena bayar RM400K

Lolo1

Salah satu cara ahli politik dapat duit adalah dengan menang saman. Mungkin korang masih ingat masa BN jadi kerajaan dulu, berapa banyak entah diorang ‘menderma’ sebab kalah saman. Dan kes yang kami nak sembang hari ni muncul pada zaman kerajaan BN lah.

Via Giphy

Bukanlah nak anti dengan BN, kami cuma tak minatlah dengan kaki-kaki fitnah ni, ia buatkan kami rasa rimas. Benda politik ni sepatutnya dihiasi dengan perdebatan yang berisi, bukan hujahan fitnah atau merapu.

Nurul Izzah Anwar terima ganti rugi sebanyak RM850,000 dalam kes saman fitnah…

Semalam ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terima ganti rugi sebanyak RM850,000 dalam kes saman fitnah terhadap bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung pertemuannya dengan puteri Sulu, Jacel Kiram, empat tahun lepas.

Mk
Persetujuan kat luar mahkamah. Via MalaysiaKini

Peguam Nurul Izzah, Ranjit Singh maklumkan kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ni yang anak guamnya dan Ismail Sabri dah capai penyelesaian.

Dia kata kedua-dua pihak dalam saman tu dah setuju dengan rayuan Ismail Sabri terhadap liabiliti untuk dibatalkan dan juga untuk bayar jumlah kuantum ganti rugi yang lebih rendah kepada Nurul Izzah daripada RM600,000 kepada RM450,000.

Ranjit kata Ismail Sabri akan turut mohon maaf secara peribadi kepada Nurul Izzah. Peguam K Ragunath, yang wakili Ismail Sabri, sahkan penyelesaian kes saman tu.

Untuk bekas Ketua Polis Negara pulak, dia kena bayar RM400,00…

Sementara tu, Khalid pulak tetap kena bayar ganti rugi RM400,000 selepas rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membayar jumlah itu ditolak oleh mahkamah dengan kos sebanyak RM15,000.

Sidang hakim terdiri daripada Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, Datuk Wira Kamaludin Md Said dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendengar rayuan Khalid selepas dia gagal capai penyelesaian jumlah kuantum tu dengan Nurul Izzah.

Mk2
Tan Sri Khalid Abu Bakar. Via Borneo Post

Hamid Sultan kata mahkamah dapati ada liabiliti terhadap Khalid. Ranjit beritahu mahkamah bahawa Khalid tak setuju dengan cadangan anak guamnya bagi kurangkan jumlah kuantum kepada RM300,000.

Peguam Kanan Persekutuan, Zureen Elina Mohd Dom, mewakili Khalid, minta pihak berkenaan kes tu menyokong hujahannya bahawa kuantum ganti rugi seharusnya lebih rendah daripada jumlah yang dicadangkan.

Bila tengah dengar orang menang saman dengan jumlah yang besar. Via Giphy

Pada 18 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi perintahkan Ismail Sabri dan Khalid masing-masing bayar ganti rugi RM600,000 dan RM400,000 kepada Nurul Izzah selepas putuskan kenyataan dibuat oleh mereka pada dua sidang akhbar berasingan, dalam makna semula jadi dan biasa memfitnah Nurul Izzah.

Nurul Izzah saman dua orang tu kerana dakwa diorang gambarkan dia sebagai seorang pengkhianat kepada negara dan perancang pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013.

Korang rasa, lepas ni ada tak ahli politik kerajaan akan kena saman?

Memandangkan kita dah bertukar kerajaan tahun lepas, menarik jugak untuk lihat – agaknya akan ada tak ahli politik pembangkang hari ni akan saman ahli politik kerajaan sebab fitnah diorang.

Bukan apa – selalunya kerajaan akan punya pengaruh pada media utama. Media-media ini pulak akan digunakan untuk mengkritik pembangkang. Kadang-kadang dalam kritikan tu, terselit fitnah jahat. Setakat ni macam takde lagi, baguslah, kami harap akan kekal macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.