Bersatu tinggalkan PH, tapi di satu negeri tu diorang masih bercinta…

F1
Bersatu tinggalkan PH, tapi di satu negeri tu diorang masih bercinta…

Ramai yang fikir krisis politik yang tengah melanda Malaysia hari ni akan hasilkan keputusan yang sama di peringkat negeri. Maksudnya, apabila Bersatu umumkan keluar dari Pakatan Harapan, kerajaan negeri yang lain pun akan menyaksikan perpisahan di antara Bersatu dan PH. Nampaknya benda tu tak terjadi. Sebab ada negeri yang PH dan Bersatu berpisah, dan masih ada tempat PH dan Bersatu masih bercinta.

Via Giphy

Benda ni tunjukkan betapa kompleksnya politik ni. Selain daripada ramai ahli politik yang takde prinsip, isu politik yang kompleks selalu buatkan orang malas nak fikir pasal politik. Jadi macam biasa, kami kat ORANGKATA cuba ringkas apa yang tengah jadi di bebeberapa negeri. Kali ni kami ambik tiga negeri yang ada situasi yang berbeza.

Walaupun Bersatu dah berpisah dari PH, di Kedah mereka masih bercinta…

Di Kedah, kerajaan kekal ditadbir oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebab dia dapat sokongan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

Mukhriz kata, kesemua 18 ADUN PH dan Bersatu sepakat bahawa kerajaan negeri Kedah dikekalkan agar urusan pentadbiran lancar.

“Kerajaan negeri hari ini adalah gandingan PH dan Bersatu, dan mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah,” – Mukhriz, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Mukhriz kata, keputusan mesyuarat di peringkat negeri telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kepimpinan tertinggi parti. Sultan Kedah dah  dimaklumkan mengenai situasi semasa politik negara, dan dipersembahkan warkah penzahiran sokongan terhadap Mukhriz daripada 18 ADUN PH dan Bersatu kepada baginda. Baginda memperkenankan agar Mukhriz terus memegang jawatan Menteri Besar.

PH dan Bersatu di Kedah. Via Giphy

Diorang berharap rakyat meletakkan kepercayaan terhadap kemampuan pentadbiran ini dan bersikap rasional sebab pentadbiran negeri tidak terjejas oleh situasi politik peringkat Persekutuan. Moga jodoh diorang berpanjangan.

Johor lagi seronok, pagi kata PH dah tumbang, malam PH katanya hidup semula

Istana Johor semalam pulak mengisytiharkan Umno dan PPBM Johor wujudkan gabungan baru dan memperolehi bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru. Benda ni berlaku pada belah pagi, korang kena ingat ye. Sebab cerita belah pagi dan belah petang tak sama.

Istana Johor buat pengumuman itu selepas Sultan Ibrahim Ismail berpuas hati gabungan Umno-PPBM di Johor mempunyai majoriti cukup, dengan 28 ahli Dewan Undangan Negeri memilih gabungan baru berbanding 26 memilih Pakatan Harapan.

“Oleh yang demikian, gabungan parti baru berhak untuk memberikan cadangan nama calon menteri besar, sebelum susunan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru dilantik. Tuanku berharap agar pentadbiran kerajaan negeri segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat,” – Dipetik dari kenyataan rasmi Sultan Johor

S1
Sultan Johor. Via Iam Lejen

Menurut kenyataan tu, Menteri Besar Saharuddin Jamal bersama Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammed menghadap Sultan Johor untuk maklumkan satu gabungan baru diwujudkan bersama beberapa ADUN Johor dan berjaya memperolehi bilangan majoriti mudah.

Bagi mengesahkan sokongan tu, Sultan Ibrahim arahkan setiap seorang wakil rakyat datang menghadapnya untuk ditemubual bagi mendengar sendiri sokongan yang diberikan.

Pada belah malamnya pula, Pakatan Harapan (PH) Johor dakwa diorang dah dapat sokongan daripada 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan kata jumlah terkumpul itu diperoleh melalui DAP, PKR dan AMANAH

Dia kata macam tu ketika sidang media yang turut dihadiri ADUN Simpang Jeram yang juga Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub. Majoriti mudah bagi bentuk kerajaan baru di Johor ialah 29 kerusi, manakala 34 kerusi pulak diperlukan untuk dapatkan majoriti dua pertiga kerusi DUN.

Benda ni mengelirukan kita, sebab katanya Bersatu tak nak bergabung dengan UMNO

Benda ni sebenarnya mengelirukan kita – di sebelah Johor Bersatu memang dan chaw dari Pakatan Harapan – dan telah menubuhkan kerajaan perpaduan dengan BN dan Pas. Pelik kan? Sebabnya Tun Mahathir ada kata yang diorang tak akan bergabung dengan koruptor dari UMNO. Masalahnya kata Johor ni ada je ADUN UMNO.

Di Kedah pulak, walaupun Bersatu dan PH dan berpisah, diorang masih menjalinkan hubungan percintaan. Situasi politik ni akan sebabkan kita berteka-teki tentang apa yang akan jadi pada negeri-negeri lain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top