Dokumen sulit PAS nak jatuhkan Umno dari dalam, PAS kata itu dokumen sampah je

pasleak f2

Tahun-tahun ni, kita dah hadap macam-macam gerakan dan pakatan politik demi merangkul kuasa di Putrajaya. Kalau tengok PAS misalnya, diorang dilihat dah lebih aktif untuk terus mengekalkan kuasa yang diorang tengah ada sekarang ni. Umno pulak terus yakin bahawa diorang dah boleh menang PRU15 manakala Bersatu masih lagi mencuba kukuhkan kuasa.

Sekiranya dulu isu PAS ni selalu berlegar pada agama je… kali ni, kita dapat lihat PAS dan aksi diorang untuk survivaliti politik diorang. Jangan disangka ‘lebai’, takde bisa ye. Dokumen sulit PAS baru-baru ni mendedahkan banyak perkara yang mengejutkan kita. Salah satunya, campur tangan orang politik terhadap institusi kehakiman dan senang-lenang je cadangkan pengampunan kepada kluster mahkamah.

pru15 umno pas
Via Iluminasi

Dokumen sulit PAS tular, laporan strategi tersebut libatkan pemimpin kanan

Macam kami katakan tadi, usaha dan strategi PAS ni turut ditulis dan dilaporkan dalam satu dokumen sulit bertajuk ‘Laporan Political Engagement PAS Pusat’. Ia didedahkan oleh Tan Sri Shahrir Samad menerusi Facebooknya, di samping terselit desakan kepada PAS untuk menafikan atau mengakui dokumen tu sah atau tak.

Dokumen tersebut merupakan keratan minit mesyuarat berhalaman lima muka surat dan dikatakan tersebar dari WhatsApp. Ia memuatkan butiran-butiran dalaman perihal beberapa tokoh politik utama negara seperti Ismail Sabri, Muhyiddin Yasin, Zahid Hamidi, Najib Razak, Ahmad Samsuri Mokhtar, Takiyuddin Hassan, Azmin Ali, Hamzah Zainuddin dan beberapa lagi.

taki samsuri1
Takiyuddin dan Samsuri dikatakan operator utama pertemuan ni.. -Via Malaysia Dateline

Salah sorang anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek, Pas kena jelaskan dokumen ni lagi-lagi apabila ada jugak beberapa pemimpin parti bersama kerajaan disebutkan dalam laporan ni. Menurut Shahrir Samad, dia bimbang kalaulah betul laporan ni sah… ni bermakna berlaku kerosakan sistem kehakiman negara.

Ni berikutan salah satu hasil minit mesyuarat tu ada sebut bahawa Muhyiddin Yassin dah setuju dengan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara untuk pastikan Zahid Hamidi dan Najib Razak jatuh hukum. Walau bagaimanapun, ada jugak dinyatakan bahawa diorang akan diberi pengampunan kelak.

zahid hamidi najib razak afp
Via Malaysianow

Menurut dokumen tu lagi, dua pemimpin kanan Pas iaitu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar (Naib Presiden Pas & Menteri Besar Terengganu) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli) ni dah bertemu dengan semua pemimpin. Antaranya;

  • Datuk Seri Azmin Ali (24 Mac)
  • Tun Dr Mahathir (27 Mac)
  • Datuk Dr. Ahmad Masrizal (4 April)
  • Datuk Seri Hamzah Zainudin (4 April)
  • Datuk Seri Hishamuddin Husein (7 April)

PAS kata ada enam pilihan jalan lain, ini lapan kesimpulan yang tercatat dalam dokumen sulit tu

Oleh sebab dokumen tu dikatakan adalah keratan mesyuarat parti, kita dapat teka butiran-butirannya jugak takkan lari dari menyebut nama-nama para pemimpin kanan parti lain. Jika rakyat biasa hanya mengetahui isu-isu dalaman politik apabila ia ‘bocor’ di alam maya; orang politik pula biasanya ada pengetahuan yang lebih mendalam tentang situasi sebenar pakatan politik antara parti.

Memandangkan kami tak berpeluang memperoleh fail sebenar dokumen tersebut, kami hanya merujuk dengan apa yang dilampirkan menerusi hantaran tokoh Umno seperti Shahrir Samad dan Ahmad Shabery Cheek. Dalam hantaran Facebook Shahrir Samad, halaman 4-5 je yang dimuatnaik. Manakala dalam portal Cinca News, barulah dokumen lengkap dapat dibaca.

shahrirsamad pasleak1
Tangkap layar hantaran Shahrir Samad.. -Via Facebook

Mengikut pemahaman kami, setiap pertemuan antara operator (Dr. Samsuri Mokhtar dan Takiyuddin Hassan) dan ‘sasaran’ tokoh yang kami senaraikan awal tadi… dicatatkan setiapnya mengenai kesimpulan dari sesi perbincangan antara Pas dan ‘sasaran’ diorang. Misalnya dalam pertemuan 4 April bersama Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Tajuddin diharapkan membantu buat gerakan politik dalam Umno. Malah, ada jugak komplot lain seperti isu Zahid dan Najib ni lah yang menghalang 15 lagi kerusi lompat untuk kekalkan dominasi, jadi diorang mesti dihalang atau dipenjarakan.

pasleak hamzah
Dokumen sulit PAS-PN yang bocor.. -Via Cinca

Begitu jugak dalam pertemuan antara PAS dan Hishamuddin Hussein – Ismail Sabri diakui diletakkan sebagai poster boy semata-mata dan harus teguh menyakinkan orang ramai bahawa Zahid dan Najib takkan pegang kuasa dalam Umno meskipun jadi Presiden dengan perjanjian pengampunan. Bahkan, kalau takde pertandingan dalam pemilihan nanti, Hishammudin setuju jadi Presiden Umno.

pasleak hishamuddin
Via Cinca News

Antara kesimpulan yang turut disebutkan adalah analisis diorang terhadap percaturan politik dengan pemimpin kanan lain. Ni ringkasannya:

  • PRU15 akan berlaku pada tahun ni
  • Team Ismail Sabri berusaha jadikan Ismail Sabri poster boy dan calon PM selepas PRU, namun Ismail Sabri ada masalah inferiority – menyebabkan team Ismail Sabri perlahan dan tak produktif. Ismail Sabri tak popular dan takde idea baru. Teamnya lemah dan ‘begineer’ dalam gerakan politik
  • Zahid Hamidi mesti segera jatuh hukuman dan buka kes Mohammad Hassan. Zahid dan Najib akan terbukti bersalah, dapat pengampunan nanti.
  • Muhyiddin akan berhadapan dengan pimpinan yang tak setuju dengan kerjasama longgar bersama PKR dan DAP. Azmin boleh terima kerjasama dengan PKR, dengan syarat takde Anwar, Saifuddin, Rafizi.
pkr rafizi saifuddin
Rafizi dan Saifuddin nampaknya dah lain ‘kem’ dalam PKR.. -Via Malaysiakini
  • Kelompok Hamzah lebih kuat pengaruh dalam Bersatu, tapi lebih suka tunggu dan lihat. Ada jugak kelompok Bersatu yang tengah cuba kembali ke Umno.
  • Tun M dan Pejuang takde pengaruh, dan ambil sikap tunggu dan lihat serta terokai peluang.
  • Peluang terbaik PAS: manfaatkan kedudukan dalam kerajaan untuk kepentingan PAS. Terus bincang dengan Umno dan Bersatu supaya tak tertinggal maklumat dan peluang. Kembali berunding dengan PKR, DAP dan Amanah sebelum Bersatu ‘hentikan’ kerjasama dengan PAS serta sokong calon PM dari PH.
  • Usahakan cari jalan yang beri keuntungan kepada PAS dan Ummah, dan terus berunding dengan Ismail Sabri.
pasleak conclusion2
Via Cinca News

Bila difikirkan pulak… mesti ada sebab kenapa dokumen sulit ni terbongkar hingga ke pengetahuan umum. Isu-isu yang dibangkitkan dalam dokumen pertemuan ni boleh dikatakan sangat terperinci dan mungkin kurang diterima baik oleh segelintir penyokong parti lain kerana melibatkan para pemimpin kanan parti diorang. Salah satu soalan yang wajar dikemukakan selepas kebocoran maklumat ni: apa kata PAS tentang hal ini?

Ahmad Samsuri kata tu semua dokumen sampah, tetap akui ada pertemuan

Ahmad Samsuri menjelaskan, Pas nafikan dakwaan wujud agenda untuk jatuhkan beberapa nama pemimpin Umno sebagaimana yang dinyatakan dalam dokumen tersebut. Dokumen tu tak benar dan disebarkan oleh individu yang tak bertanggungjawab. Memetik Sinar Harian;

“Dokumen sampah macam itu pun ada orang percaya juga kah? Saya gelak saja, eja nama saya pun tidak betul…. Pertemuan itu ada tapi dalam kapasiti berbeza dan juga dicampur-campur. Dia tahu ada pertemuan maka dibuatlah naratif.- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

samsuri
Via Sinar Harian

Ditanya sama ada Samsuri nak ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar dokumen palsu tu, dia kata dia pun taknak buat apa-apa. Baginya, proses tu rumit dan akan ambil masa yang banyak. Yang penting, tak perlulah layan dokumen tu.

“Kita pun tidak tahu siapa sebar, proses undang-undang juga rumit sebenarnya. Kalau tidak, tiap-tiap hari kena buat laporan polis dan pergi mahkamah sampai tidak ada kerja lain kerana viral benda tidak betul ini. Pada saya tidak wajar dilayan,”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Memandangkan dah keluar kenyataan penafian dari wakil PAS, ni bermakna kita dah boleh ragui sejauh mana kesahihan dokumen yang tular tu. Bagi kami, segala permainan politik yang berniatkan nak pegang kuasa dan perkukuhkan pengaruh semata-mata takkan membantu kita untuk menjadi negara yang bersatu. Kita baru je nak melangkah aman ke suku awal tahun baharu selepas meniti 2 tahun penuh cabaran bersama-sama. Kami harap sekiranya betul PRU15 akan dilaksanakan pada tahun ni.. moga ia membawa kepada negara yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *