Kenapa tiba-tiba ramai orang guna DP warna biru? Ini sebabnya

Kenapa tiba-tiba ramai orang guna DP warna biru? Ini sebabnya

Bagi mereka yang lebih banyak habiskan masa di media sosial daripada lepak di tandas, kemungkinan besar dia akan perasan kenapa tiba-tiba ramai orang tukar gambar profile mereka ke imej warna biru. Masa awal-awal kami tengok dulu pun, soalan tu bermain di kepala. Ada sesuatu ke terjadi dekat lautan? Sebab warna birukan selalu dikaitkan dengan laut, atau blue, iaitu – korang tahulah apa maksud kami. Rupa-rupanya ada satu insiden yang telah menyebabkan diorang ni beramai-ramai menjadi ‘blue’.

Beberapa perkara yang korang kena tahu pasal Sudan…

Presiden Omar al-Bashir yang memerintah selama 30 tahun digulingkan tentera diorang pada 11 April 2019. Apabila Presiden Sudan tu dah digulingkan, tentera ambil alih pemerintahan. Sudan kini berada kat bawah pemerintahan Majlis Peralihan Tentera (TMC) yang diketuai Abdel Fattah al-Burhan dan timbalannya Mohamad Hamdan Dagalo atau lebih dikenali sebagai Hemedti. Si Hemedti ni berhasrat gantikan Omar al-Bashir sebagai presiden.

Abdel Fattah pada awalnya setuju dengan Deklarasi Merdeka dan Perubahan Kuasa (DFCF) ke arah peralihan kerajaan dalam tempoh tiga tahun. Tapi dia tiba-tiba menggesa supaya diadakan pilihan raya dalam tempoh sembilan bulan dan langsung tak beri peluang kepada parti pembangkang untuk letakkan calon.

Via Hidayatullah

Apa lagi, rakyat pun bertindak keluar ke jalanan dengan menunjuk perasaan mendesak ke arah pemerintahan kerajaan pro-demokrasi. TMC mendakwa negara tu harus berada di bawah pemerintahan kerajaan junta atas faktor keselamatan. Tapi, Hemedti bertindak keras terhadap protes dan mengarahkan pasukan Rapid Support Forces (RSF) untuk menyerang Khartoum.

Via Awani

Tindakan kerajaan junta itu didakwa mendapat sokongan negara-negara sekutu Amerika Syarikat seperti Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Mesir. Sejak 3 Jun, 118 kematian dilaporkan namun kerajaan junta mengesahkan hanya 61 kematian termasuk tiga membabitkan anggota keselamatan.

Fenomena DP biru ni bermula kerana ada warga Sudan yang dibunuh…

Punca orang menukar DP secara berjemaah disebabkan seorang rakyat Sudan dibunuh dan berita kematiannya tersebar ke seluruh dunia, dan mendapat simpati ramai orang. Benda ni menarik perhatian pengguna sosial dan mula bersolidariti dengan meletakkan gambar berwarna biru sebagai tanda memperingati mangsa. Warna biru dipilih sebab ia merupakan warna kegemaran mangsa bunuh terbabit.

Bagi yang tengah pening sebab tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kat Sudan, dalam bulan ini, ada krisis yang  melanda Sudan. Krisis ni telah menyebabkan sekurang-kurangnya seramai 100 orang terkorban, baca betul-betul, SERATUS, banyak gila tu. Akibat daripada krisis yang berlaku ni, perkhidmatan internet dihentikan oleh kerajaan Sudan atas alasan bagi mengelakkan sebarang informasi yang boleh menggugat keselamatan kerajaan Sudan.

Cuma bayangkan kalau satu hari nanti kerajaan Malaysia tutup internet, agak-agaknya korang akan mengamuk ke? Boleh dikatakan kehidupan kita hari ni amat bergantung dengan internet – bermula dari telefon bimbit, komputer dan sekarang ni TV. Semuanya akan kurang berfungsi dengan baik kalau internet down. Kami pun tak dapat tulis artikel ni internet takde, sedih.

Langkah tu dikatakan tidak berjaya dengan adanya pelbagai akaun sosial berpengaruh boleh dijumpai di internet yang menyebarkan kempen untuk bangun bersama Sudan. Ia bermula dari salah seorang rakyat Sudan yang berumur 26 tahun dikenali sebagai Mohamed Mattar yang dibunuh oleh pihak keselamatan Sudan.

Benda ni menarik perhatian seorang penulis blog yang menetap di New York dan mempunyai akaun sosial berpengaruh sebanyak lebih dari 10 ribu pengikut. Shahd Khidir, memuat naik berita kematian Mattar kat laman sosialnya dengan niat ingin menyampaikan kempen kesedaran ini keseluruh dunia. Berikutan dari hal itu, tanda pagar #BlueForSudan membanjiri Twitter dan seterusnya ke platform-platform yang lain.

Power. Via The Atlantic

Isu ini membuka mata pengguna sosial termasuk selebriti-selebriti terkenal di dunia dan mereka mengambil inisiatif menukar gambar profil mereka ke warna biru atau memuat naik kandungan kempen ini di story mereka.

Kempen media sosial sebenarnya mampu bawak perubahan

Ramai yang fikir kalau berkempen kat media sosial ni, tak akan dapat apa-apa hasil. Salah tu. Orang sekarang lebih banyak habis masa kat media sosial dari di masjid (saja bagi sentap lol), jadi apa yang orang baca kat media sosial akan membina naratifnya terhadap sesuatu isu. Jadi kalau rasa nak bersolidariti boleh menukarkan DP sosial media anda kepada biru.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print