Laporan polis Dr Zakir Naik, lima individu dipanggil termasuk Kulasegaran

121
Laporan polis Dr Zakir Naik, lima individu dipanggil termasuk Kulasegaran

Bulan lepas, Dr Zakir Naik buat laporan polis terhadap lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran kerana didakwa memfitnahnya. Dia kata, fitnah tu adalah berdasarkan kenyataan dalam ceramahnya di Kota Bharu. Selain Kulasegaran, laporan polis hari tu babitkan empat individu lain.

Via Sinar Harian

Individu tu adalah; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan bekas duta Malaysia, Datuk Dennis Ignatius. Dalam laporan yang ditulis oleh Dr Zakir, dia turut letakkan beberapa pautan laporan berkaitan dakwaan semua individu yang kami sebutkan tadi.

Dr Zakir naik terpalit dengan kontroversi kata orang India di Malaysia lebih taat pada PM India…

Dr Zakir dakwa; laporan tu dibuat bagi meminta polis siasat semua individu yang dia sebutkan mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana akta berkaitan fitnah yang dibuat terhadapnya. Kalau korang masih ingat, hari tu – orang ramai ada buat demonstrasi aman solidariti unttuk Dr Zakir Naik selepas dua dituduh boleh guggat keamanan dan keharmonian Negara kat perkarangan Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan.

Via Berita Harian

Pada bulan lepas jugak, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan menerima laporan berkenaan. Antara kontroversi yang melekat kat Dr Zakir adalah dia dikatakan berkata; adalah malang kerana masyarakat India di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi berbanding Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zakir juga didakwa membandingkan nasib masyarakat beragama Hindu di Malaysia yang menikmati hak sepenuhnya berbanding orang Islam kat India.

What?!! Via Giphy

Sebelum ini dua menteri Kabinet iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, dan Kulasegaran mahu penceramah bebas, Zakir, tidak lagi dibenarkan mengadakan ceramah dan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum serta ketenteraman awam di negara ini selain pelbagai pihak daripada kerajaan mendesak untuk dia dihantar pulang ke India.

Semua penama yang ada kat laporan Dr Zakir Naik akan dipanggil pihak polis…

Semalam ada laporan media yang katakan polis akan merakam kenyataan daripada individu yang namanya dinyatakan dalam laporan polis pendakwah Dr Zakir Naik, minggu depan.

“Kita akan panggil mereka. Mereka dah dimaklumkan (untuk hadir beri keterangan) tapi mereka belum datang. Minggu depan kita akan pastikan mereka akan datang,” – kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Via Metro

Macam yang kami dah cerita tadi, Dr Zakir menuduh lima individu berkenaan memfitnahnya dalam kenyataan dan artikel mereka. Mengulas artikel yang dimaksudkan, Dr Zakir kata;

“Siaran akhbar dan artikel telah memesongkan dan membingungkan orang ramai secara keseluruhan terhadap niat sebenar ucapan saya (di Kelantan) dalam menyebarkan ‘dakwah’, keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat. Individu-individu berkenaan telah memetik kata-kata saya dengan konteks yang salah semasa saya menjawab salah satu soalan yang diajukan kepada saya selepas ucapan saya mengenai topik ‘Kesalahfahaman tentang Islam’,” – Dr Zakir Naik, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Sementara tu, Ramasamy ketika dihubungi oleh MalaysiaKini kata dia tak pernah dipanggil hadir untuk beri keterangan sebelum ni.

“Saya tidak ingat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ada panggil kami tampil sebelum ini. Saya sedia beri keterangan, kami tak lari dari undang-undang di Malaysia, bukan seperti Zakir,” – Ramasamy, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Siasatan ni bukti PDRM tak dikawal oleh mana-mana pihak…

Salah satu benda positif yang kita kena akui dalam kes Dr Zakir dan lima individu yang dia tuduh ni adalah; pihak PDRM dah berani panggil orang-orang yang ada jawatan penting dalam kerajaan untuk beri keterangan. Salah seorang tu Menteri weh. Kalau sebelum ni, susah gila nak nampak Menteri kena panggil oleh polis untuk beri keterangan.

Kami harap kes ni segeralah selesai dan keadilan dapat ditegakkan, kerana polemik Dr Zakir Naik ni, banyak benda penting yang tak dapat dibincangkan atau dapat perhatian ramai. Kita kena cepat ‘move on’ dari isu Dr Zakir ni, supaya kita boleh fokus untuk isu-isu yang lebih penting.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top