Gaya kerja terbaru, digital nomad mungkin akan jadi pilihan ramai

Asa
Gaya kerja terbaru, digital nomad mungkin akan jadi pilihan ramai

Pernah tak korang terfikir nak pusing dunia tanpa susah hati nak fikir pasal duit? Atau korang rasa korang dah fed up nak tersekat dalam traffic jam sampai dah nipis semangat kerja di pejabat? Idea buka kedai sendiri pun macam menarik juga kan, sampailah korang teringat:

Habuk pun takdak. Via Giphy

Jadi korang terpaksalah hadap kerja bertimbun-timbun tu macam biasa. Ye lah, nak cari duit punya pasal. Kecualilah… kalau korang rasa diri korang sesuai jadi seorang digital nomad.

Jadi digital nomad pun boleh hidup bebas ler…

Masa sekarang ni, semua dah di hujung jari. Internet pun dah makin laju, sekelip mata pun dah boleh tahu apa jadi kat Alaska, Amerika. Laptop pun pelbagai jenis, saiz dan fungsi – daripada tablet yang dah boleh bertukar jadi laptop, hinggalah laptop tebal dan berat yang khas untuk para pemain permainan komputer.

Produk dari GPD HK yang dah hampir separuh jalan nak siap guna sumbangan ramai. Sesuai sangat untuk orang yang selalu travel. Via Indiegogo

Samalah dengan namanya, digital nomad ni adalah gelaran untuk seseorang atau sekelompok yang bekerja dari jauh atau terasing daripada majikan. Ertinya, korang memang kerja dengan majikan dan dapat gaji. Cuma tak macam kerja yang biasa korang tahu, tak semestinya proses buat kerja tu kena dalam pejabat atau suatu tempat khas. Tapi ada juga yang majikan yang nak pekerjanya berada di kawasan yang sama, macam Cik Lisa ni.

Jam kerja pun ikut suka hati korang je; nak bangun petang pun boleh. Tak nak tidur sampai esok, lusa pun boleh. Sebab tu digital nomad pun biasanya buat kerja di mana-mana saja. Mereka boleh duduk sebulan kat Turki, sebulan lagi kat Vietnam, sebulan lagi duk kat Cambodia. Yang penting, hasil kerja korang tu berkualiti tinggi dan majikan pun puas hati.

 Ape je kerja digital nomad ni? Macam senang je, boleh kerja sambil santai…

Jangan keliru dulu. Digital nomad cuma gelaran je. Kerja hakiki korang tertakluk pada apa bidang atau niche kepakaran korang. The Balance Careers senaraikan 10 kerja menarik yang boleh korang lakukan dari jauh. Yang penting ada Internet je. Kami tengok dalam senarai ni, ada beberapa kerja yang perlukan lebih banyak skil teknikal seperti pereka web/grafik dan pembangun aplikasi Android/iOS.

Via HubSpot

Kerja seorang digital nomad juga selalunya bersifat kontrak atau freelance. Jadi bukan suatu yang pelik kalau-kalau seorang digital nomad ni ada lebih dari satu projek dalam satu-satu masa. Ye lah, nak tinggal di negara orang bukan senang. Nak tinggal lama pun kena ada duit untuk simpanan sendiri yang boleh digunakan sewaktu kecemasan, kan?

Ni haa beza dia. Paling penting, digital nomad ni biasa kerja dari pelbagai tempat. Bukan kat Starbucks mall korang je. Kredit: Smartsheet.com

Lebih menarik, pemilik bisnes dalam talian pun boleh dianggap sebagai digital nomad. Dah bisnes pun dalam talian, nak buat apa duduk kat rumah kalau boleh pusing satu dunia? Tambah lagi, bisnes dalam talian yang boleh masuk pasaran antarabangsa kena ada banyak kawan dan kenalan seluruh dunia. Secara tak langsung, networking digital nomad adalah salah satu cara pemasaran bisnes yang bagus.

Seronok jadi digital nomad, boleh jumpa ramai kenalan baharu dari seluruh dunia…

Daripada korang hadap lampu brek yang merah menyala berjam lamanya, korang boleh duduk depan skrin sambil tengok matahari terbenam kat Cape Town.

Ada orang kata nak tengok sunset kat Cape Town, Afrika Selatan ni lagi cantik dari sunset di California. Korang bandinglah sendiri depan mata! Via Cape Town ETC.

Di samping timba pengalaman hidup kat tempat orang, korang boleh jumpa ramai kenalan baharu dari seluruh dunia. Korang boleh bercerita-cerita dengan orang sekeliling. Boleh juga bertukar pandangan dengan kawan digital nomad yang lain. Tinggal di sesebuah tempat dalam jangka masa yang agak lama buatkan minda kita terbuka untuk hargai perbezaan budaya dan buah fikiran orang lain. Shane Snow (tak, bukan keluarga Jon Snow) dari Harvard Business Review pun setuju pasal ni.

Oleh sebab takde bos yang akan menyelinap belakang korang waktu kerja, korang boleh tentukan sendiri berapa jam korang nak siapkan kerja tu. Kerja 4-5 jam sehari pun boleh! Bebas tentukan macam mana pendekatan korang tanpa dipersoal ketua atau penyelia adalah kelebihan besar untuk sesetengah orang.

“Bos, nak buat kerja 3 jam je boleh ke?” Via Giphy

Kena jauh dari yang tersayang, tak macam orang yang kerja waktu pejabat…

Tak adil kalau kami cerita sisi yang baik semata-mata. Digital nomad, seperti karier yang lain, juga ada cabarannya yang tersendiri. Antara cabaran yang dihadapi oleh digital nomad adalah kehidupan yang agak terasing dengan keluarga dan kawan-kawan di negara sendiri. Nampaknya orang tua tak salah bila ada puisi lama berbunyi:

“Pisang emas jangan ditebang,
Batang lain banyak lagi,
Hujan emas negeri orang,
Tidak sama negeri sendiri.”

Walaupun seronok melihat negara orang, kadang-kadang kita pandai rindu dengan negara sendiri. Lebih besar cabarannya bila korang masih ada keluarga dan teman tersayang di tanah kelahiran.

Beginilah kadangkala orang tua. Terpaksa tahan sedih tak nak lepas, supaya anaknya gembira. Hmm. Via Gfycat

Johannes Volkner, seorang digital nomad juga mengakui betapa penatnya jadi seorang penggembara dari segi mental. Tulisnya, “even a digital nomad needs a home base” dalam laman peribadinya Webworktravel.com. Gigi Griffis, seorang ‘digital nomad sepenuh masa’ juga menetap (secara sah ye) di Switzerland sebelum berpindah ke tempat lain lagi.

Digital Nomad bukan jalan hidup yang mewah…

Hanya kerana korang nampak Instagram sorang digital nomad ni hebat belaka, tak semestinya mereka kaya ye! Semua orang kini boleh jadi digital nomad, dengan syarat korang bijak urus dan rancang kewangan. Sedangkan orang kerja kerajaan pun boleh isytihar diri bankrap, apatah lagi seorang digital nomad yang secara asasnya merupakan seorang freelancer. Eva C. Reder menulis dalam Entrepreneur.com:

“The same study shows that remote workers don’t actually make as much money as many people think. The majority of them make less than $50,000 per year. Freedom comes at a cost. Only the top 10 percent of remote talent can count on an income of over $100,000 per year.”

Kalau duduk kat Malaysia atau Asia Tenggara, $50,000 tu mungkin boleh tampung hidup selama beberapa tahun. Kalau kat Eropah, Amerika Utara atau negara-negara Pasifik, barangkali ni tak cukup untuk nak duduk lama sangat. Secara realistiknya, korang tetap kena berusaha sekuat boleh untuk capai $50,000 setahun.

Kena kerja keras untuk kekalkan hidup digital nomad. Via Giphy

Selain dari korang kena sedia duit untuk kegunaan di masa susah, korang kena rancang sebaiknya mengenai destinasi, kos hidup di negara destinasi dan tempoh nak duduk kat sana. Insurans juga seharusnya korang ketahui supaya memudahkan korang juga jika ada apa-apa buruk berlaku pada diri anda. Digitalnomadsoul.com terangkan beberapa aspek kewangan peribadi yang harus korang jangkakan bila ingin jadi digital nomad. Spoiler alert: korang kena hidup gaya minimalis.

Kena terima risiko jadi digital nomad

Risiko yang kami maksudkan ni berkisar pada aspek undang-undang. Kami dah kata awal tadi bahawa digital nomad ni secara asasnya adalah seorang freelancer.

Kat Malaysia, ekonomi gig jadi pilihan yang semakin memenangi hati orang muda khususnya yang inginkan fleksibiliti kerja ataupun sebagai nak top-up duit sara hidup. Digital nomad kena terima risiko kerja seperti seorang freelancer, khususnya dalam soal kontrak pekerjaan.

Namun begitu, masih ada juga beberapa syarikat yang menawarkan kelebihan tertentu untuk pekerja di bawah mereka. Weworkremotely.com misalnya menyenaraikan banyak syarikat yang terbuka untuk sesiapa saja yang boleh bekerja dari jauh. Kebanyakan tawaran kerja ni dibuka oleh syarikat luar negara, jadi ia boleh menjadi isu apabila timbul persoalan cukai pendapatan pula.

Bingung nak fikir, cukai pendapatan kena bayar ke tak… kalau nak bayar, kat siapa pula? Via Giphy

Ignacio dari Micropreneur.life berkongsi solusi masalah ni dengan satu tips: “183 days rule”. Secara teorinya, jika korang tak duduk di sana selama 183 hari, anda tak dipertanggungjawabkan untuk bayar cukai. Beberapa tips lain boleh didapati dalam artikelnya. Walaupun begitu, tips ni terpakai untuk kawasan Eropah, jadi korang terpaksa kaji lebih pasal undang-undang tiap negara yang korang nak duduk sebagai digital nomad.

Digital nomad, alternatif kerja yang baik?

Kami dah jelaskan sedikit sebanyak pasal digital nomad kalau korang rasa alternatif gaya hidup ni sesuai untuk korang. Sepertimana kata-kata orang pasal garis masa setiap individu ni berbeza; gaya hidup yang berbeza pun terletak di tangan korang.

Jika korang tak tahan kerja pejabat, tak tahan kena maki bos, boleh bekerja sendiri dan berdisiplin tinggi serta masih single… mungkin digital nomad boleh jadi pilihan karier yang bagus.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top