Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Najib
Politik

Najib dilantik penasihat Barisan Nasional, pemimpin UMNO kritik Zahid

By Subeditor
July 15, 2019 4 Min Read
Comments Off on Najib dilantik penasihat Barisan Nasional, pemimpin UMNO kritik Zahid

Baru-baru ni, Barisan Nasional (BN) mengumumkan lantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat gabungan tu. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan beritahu, keputusan pelantikan Najib tu dilakukan Dewan Tertinggi BN. Najib dilantik sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN yang telah bermesyuarat dan bincangkan hal ni. Dia akan menjalankan tugas membantu BN untuk kembalikan kepercayaan rakyat, dan cuba nak jadi kerajaan semula pada PRU15.

Apabila benda ni diumumkan, kami teringat dengan satu meme tentang Thanos. Dalam kes ni, nampaknya Najib dah macam Thanos…

Via Redd.It

Nazri kata kesetiaan ahli UMMO bukan kepada individu tapi kepada parti

Bukan semua tokoh Barisan Nasional yang gembira dengan kembalinya Thanos, eh Najib. Ada dua individu yang menonjol dalam lancarkan kritikan terhadap pelantikan Najib ni. Salah satunya, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang kata pelantikan tu dibimbangi akan menjejaskan kerjasama antara UMNO dan PAS yang sedang dijalinkan sekarang.

Via Malaysiakini

Dia kata, apabila dia buat kenyataan tak setuju, ramai orang marah kat dia kerana budaya UMNO masih tak sedar dan masih lagi dengan sistem malu alah, mungkin termakan budi banyak dengan mantan presiden hingga tak dapat buat kesimpulan. Dia ingin ingatkan kesetiaan ahli UMNO bukan kepada individu tapi kepada parti dan dia setia pada Najib sebelum ni sebab dia merupakan presiden masa tu. Mohamed Nazri kata jugak – pelantikan Najib tak dirunding bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan mendapatkan persetujuan daripada Pas.

“Saya nak beritahu kepada Zahid bahawa perwakilan memilih kamu menjadi Presiden UMNO maka buat kerja untuk kepentingan parti yang telah menjalinkan kerjasama dengan Pas. Teruskan usaha ini tetapi jangan jadi ‘Setiausaha Politik’ kepada Najib dan kami mahu Zahid jaga kepentingan parti tak boleh buat sesuka hati, mesti runding dahulu,” – Mohamed Nazri, dipetik dari Astro Awani

https://www.youtube.com/watch?v=NA41IFzZII4

Katanya Zahid perlu bawak bincang benda ni dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebelum buat keputusan berkenaan namun beliau tidak berbuat demikian. Sebenarnya kritikan Nazri ni logik je, sebabnya jawatan penasihat BN ni bukan jawatan yang main-main, kalau diorang tak lakukan analisi dengan betul, pelantikan Najib tu boleh calarkan imej BN – memandangkan dia tengah hadapi pelbagai tuduhan rasuah kat mahkamah.

KJ turut sokong, minta Zahid jadi Presiden UMNO bukan pegawai kepada Najib

Ucapan ni disokong oleh KJ. Menurut Khairy, dia menyokong ucapan Mohamed Nazri pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas. Dia setuju yang Ahmad Zahid perlu bertindak sebagai presiden dan bukan pegawai kepada Najib. Pedas betul ucapan KJ ni.

KJ. Via Malaysiakini

“Saya masih bersama UMNO, tak lari walaupun banyak tawaran saya terima. Tapi saya mohon pada pucuk pimpinan jangan buat keputusan tak masuk akal. Maksud kegilaan ini apabila kita mengulangi perkara yang sama dan kita harapkan keputusan yang baik, buat benda yang sama ambil balik pula Datuk Seri Najib. Bagi saya, saya setuju dengan Datuk Seri Nazri, presiden perlu bertindak sebagai presiden jangan seperti pegawai kepada Datuk Seri Najib kerana kita perlu buka satu lembaran baharu untuk UMNO,” – KJ, dipetik dari Astro Awani

Khairy jugak turut ingatkan pemimpin UMNO supaya tak jadikan parti tu sebagai perisai dalam menghadapi pertuduhan di mahkamah. Dia kata, bukan dia tak hormat pada Datuk Seri Najib, dia yang angkat dirinya jadi menteri, mestilah dia sedikit sebanyak saya terhutang budi. Tapi KJ merayu – jangan gunakan parti untuk perisai diri sendiri kerana yang ada di bawah tidak berdosa. Jutaan ahli UMNO tidak berdosa.

Jom makan pop corn. Via Giphy

Khairy turut nafikan tanggapan sebelum ini yang mengatakan bahawa dia hanya mendiamkan diri dan mengikut telunjuk Najib dengan berkata ‘yes bos’ ketika berada dalam kabinet BN. Dia kata, dia bersama Nazri dah banyak kali tegur isu 1MDB ni dalam jemaah Kabinet.

Nampaknya UMNO tengah bergoncang ni, Najib selamber suruh Nazri ganti tempatnya

Najib yang ada banyak waktu free selepas dah tak jadi Perdana Menteri beri respon terhadap kritikan terhadap dirinya. Najib dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi Facebooknya – dia beritahu dia bersedia serahkan jawatannya tu kepada Mohamed Nazri jika itu adalah kehendaknya. Dalam pada itu, Najib turut menyatakan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu perlu menjadi seorang pembangkang yang proaktif serta kritikal terhadap kerajaan. Nampaknya, banyak juga drama yang berlaku dalam UMNO ni yee.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Aa
Previous

Penggusti berhijab Malaysia menitiskan air mata sebab kena buka topeng

61563026402 Nabil Mls Mohon Maaf
Next

Baru-baru ni Nabil dikecam sebab baling tanjak, ini jenis-jenis tanjak di Malaysia

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme