Pengiktirafan Statut Rome jejaskan kedudukan SULTAN di Malaysia?

Sekarang tengah kecoh tentang Statut Rome yang dikatakan boleh menggugat kedudukan Sultan yang ada di Malaysia. Ni bukan ORANGKATA yang kata, tapi Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang kata  melalui Twitter peribadinya. TMJ dakwa  raja-raja Melayu mungkin tidak lagi relevan selepas Malaysia bersetuju dengan Statut Rome ni. Dia menambah lagi – di mana letaknya kedaulatan YDPA kalau YDPA boleh masuk ke mahkamah? Benda ni katanya akan langgar Perlembagaan kita.

Tapi…Statut Rome ni apa sebenarnya? Kenapa TMJ cakap macam tu?

Statut Rome untuk Jenayah Antarabangsa (sering disebut sebagai Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa) ni adalah perjanjian yang membentuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Ia telah diterima pakai pada persidangan diplomatik di Rom pada 17 Julai 1998 dan ia mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2002. Sehingga Mac 2019, 124 negeri meratifikasi undang-undang ini.

Statut ni membina undang-undang untuk menetapkan fungsi, bidang kuasa dan struktur mahkamah. Statut Rome ni boleh membicarakan empat jenayah antarabangsa utama: genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang, dan jenayah pencerobohan. Ingat ye, cuma empat jenayah antarabangsa utama ni saja yang boleh dibicarakan – kalau kes-kes pasangan suami isteri gaduh, tak boleh.

Via Tenor

Jenayah itu “tidak akan tertakluk kepada mana-mana statut batasan”. Di bawah Statut Rome, ICC hanya boleh menyiasat dan mendakwa empat jenayah antarabangsa utama dalam keadaan di mana negeri-negeri “tidak dapat” atau “tidak bersedia” untuk melakukannya sendiri.

Tapi, betulkah yang Statut Rome ni akan jejaskan YDPA? Habislah…

Baru-baru ni Malaysia putuskan untuk menyertai Statut Rome ni. Bermula dari situlah timbul cerita-cerita yang YDPA akan terggugat sebab boleh dibawak dan dibicarakan ke mahkamah. Selain daripada ulasan TMJ yang kami bagi awal-awal tadi, ada seorang pensyarah dari USIM yang kata kedudukan YDPA mungkin terancam apabila Malaysia mula ambik port sekali dalam Statut Rome ni. Dia kata;

Pertuduhan jenayah (atau saman sivil) ke atas  Agong (atau mana-mana Raja Melayu) hanya boleh dilakukan atau berjalan atas kapasiti persendirian (personal capacity) dan bukan atas kapasiti atau jawatan rasmi (official capacity) Agong (atau mana-mana Raja Melayu).

Via KOSMO

Sejak penubuhan Mahkamah Khas ini pada 1993, kes-kes yang telah dihadapkan di hapadan Mahkamah Khas ni kesemuanya adalah berkenaan tuntutan sivil sama ada ke atas Agong atau mana-mana Raja-Raja Melayu yang lain.Ini kerana Seri Paduka Baginda atau mana-mana Raja-Raja Melayu akan hilang kedudukan mereka sebagai Agong dan raja pemerintah bagi negeri-negeri di dalam Persekutuan jika disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah.

Justeru, kekebalan Seri Paduka Baginda (dan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang lain) atas kapasiti atau jawatan rasmi adalah tidak tergugat. Jika benda ni berlaku, pihak berkuasa tempatan atau mahkamah dalaman negara ini akan dilihat sebagai tidak mampu atau tidak mahu (unable or unwilling) untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Biar betul? Via Giphy

Maka, Malaysia akan diminta oleh pihak ICC untuk menangkap dan menyerahkan Ketua Negara dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia kepada ICC, seperti mana yang berlaku kepada Presiden Sudan dan Libya.

Tapi…Wisma Putra dah kata yang Statut Rome tak jejaskan kedudukan Agong dan Raja-Raja Melayu

Yang macam kami dah cakap, Malaysia dah kemukakan instrumen kesertaan Malaysia tu kepada Setiausaha  Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari yang sama. Menurut Saifuddin Abdullah yang merupakan Menteri Luar kita;

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan semua Negara Pihak dalam menegakkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan dan kebertanggungjawaban,” – Saifuddin Abddulah

 

Apa yang lebih menarik, Saifuddin dah maklumkan keputusan Jemaah Menteri pasal benda ni kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah  Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah pada 15 Januari lalu.

“Ini adalah lanjutan kepada warkah daripada Perdana Menteri kepada pemangku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Disember 2018 yang lalu, atas perkara yang sama,” – Saifuddin Abdullah

Chill, nampaknya kedudukan Agong dan Raja-Raja Melayu tak terjejas

Ada juga tulisan seorang netizen yang bernama Lukman Sheriff jelaskan yang kedudukan YDPA bukanlah sebagai ketua langsung kepada tentera dan boleh didakwa (kecuali JMF di Johor, sebab dia tak tahu struktur kenteraan diorang macam mana). Dia kata;

Saya rasa Peguam Negara akan mendakwa bahawa tentera bukan dibawah kawalan “efektif” YDPA. Benar bahawa YDPA ketua turus angkatan tentera tetapi AG mungkin berhujah bahawa angkatan tentera adalah di bawah kawalan efektif eksekutif. Maka dengan itu tidak akan tertakluk kepada Mahkamah antarabangsa ICC tersebut. Saya rasa ini juga fair argument. Jadi pada saya, Rome statut ini juga boleh di hujah tidak akan membuat YDPA kita tertakluk kepada mahkamah antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *