Dokumentari Formula 1 masuk Netflix, tapi ramai tak puas hati. Ini sebabnya

Suatu masa dahulu sukan tinju ‘heavyweight’ profesional menjadi kegilaan seluruh dunia. Selepas 45 tahun, setelah lebih 1,000 pertarungan yang menghasilkan pelbagai keputusan kontroversi serta keuntungan yang lumayan, HBO memutuskan untuk tidak lagi memberikan fokus kepada sukan tersebut.

Aksi-aksi kental Muhammad Ali, George Foreman, Joe Frazier dan Mike Tyson kini sekadar menjadi kenangan.

Via Tenor

Pada 2018, satu syarikat promoter tinju, Matchroom Boxing, menandatangani perjanjian sebanyak $1 billion dengan DAZN (disebut sebagai “Da-Zone”), sebuah platform baru digital, untuk menyiarkan pertarungan tinju selama 8 tahun.

Banyak syarikat yang terkena tempias platform digital

Namun, bukan hanya tinju yang terkena tempias platform digital. Sukan Formula Satu telah menjalinkan kerjasama dengan gergasi atas talian, Netflix untuk menarik minat generasi muda, dengan menerbitkan dokumentari sebanyak 10 siri, berkenaan kejohanan dunia 2018 sukan tersebut, meskipun tidak mendapat sokongan penuh Mercedes dan Ferrari.

Menurut Ketua Komunikasi dan Pemasaran F1, Ellie Norman, matlamat utamanya adalah untuk membawa F1 ke dalam ‘popular culture’ yang tular dalam jiwa sekalian generasi muda hari ini. Siri pertama dokumentari bertajuk “Formula 1: Drive to Survive” tersebut disiarkan pada 8hb Mac 2019.

Kereta terbang? Voa Redbull

Ia dilihat sebagai langkah badan tersebut untuk menjadi pemain penting dalam media sosial, dan dalam pada masa sama, meluaskan capaiannya kepada masyarakat umum. Antara yang ditampilkan adalah siaran percuma untuk beberapa perlumbaan F1, selain kerjasama dengan Snapchat serta sokongan terhadap sebuah kejohanan eSport.

Perkembangan ini digerakkan oleh US group Liberty Media, pemilik baru F1 sejak Januari 2017, selepas mereka mengambil alih daripada Bernie Ecclestone.

“Ini adalah contoh perubahan yang akan berlaku dalam F1″, sejak kami memulakan era baru ini, ramai peminat yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang para pemandu F1. Falsafah F1 kini adalah untuk membuat jaringan dengan perkara tersebut, dan menjadikan sukan ini lebih istimewa berbanding sekadar apa yang berlaku di dalam litar lumba.”  – Pengarah Sukan F1, Ross Brawn.

Berbanding sekadar memaparkan apa yang berlaku sepanjang 21 buah perlumbaan dalam kejohanan F1 2018, siri Netflix ini memfokuskan kepada kisah serta pandangan para pemandu, pemilik pasukan serta mereka yang terlibat di balik ‘paddock’, sepanjang kejuaraan musim itu.

Siri-siri tersebut membuat liputan berkenaan kehidupan seharian mereka serta kehidupan di atas litar. Sebagai contoh, episod kedua, memaparkan kekaguman serta perseteruan di antara pelumba Sepanyol, Carlos Sainz Jr, 24, dengan senior senegara beliau, Fernando Alonso, 37, yang telah menjadi juara dunia pada 2005 dan 2006.

Tapi, tak semua orang menyenangi dokumentari Netflix ini, sebabnya…

Mercedes enggan membuka pintunya kepada kamera untuk membuat rakaman, sementara Ferrari, yang menjadi ikon kepada F1, hanya muncul dalam episod pertengahan dokumentari tersebut, iaitu selepas Grand Prix Itali.

Ketiadaan kedua-dua pasukan gergasi ini menyebabkan para penonton terlepas untuk menyaksikan persaingan kejuaraan dunia antara juara dunia bertahan dari Mercedes, Lewis Hamilton dan pesaing beliau dari Jerman, Sebastian Vettel.

Kenal tak? Via Skysport

Apapun, rakaman siri kedua dokumentari tersebut bermula dengan sesi ujian musim sejuk di Barcelona dan akan diteruskan dengan perlumbaan pembuka musim di Grand Prix Australia pada 15-17hb Mac. Dalam dokumentari tersebut, para penonton akan berpeluang menyaksikan apa yang perlu dilakukan untuk menjadi juara dalam sukan-perniagaan bernilai berbilion-bilion dolar ini.

Namun, ketiadaan Mercedes dan Ferrari menyebabkan penerbit eksekutif dokumentari ini, Paul Martin menuduh kedua-dua pasukan iti sebagai sengaja mengecewakan para pengikut setia F1.

“Mereka seperti tidak menghargai para peminat serta sukan F1 sendiri, dengan tidak mengambil bahagian. Sekiranya syarat dan terma perjanjian dipersetujui 8 buah pasukan F1 lain, Ferrari dan Mercedes seharusnya bersetuju juga.” – Paul Martin

Perseteruan Vettel dan Hamilton yang menjadi tumpuan peminat F1

Persaingan Vettel dan Hamilton telah menjadi tumpuan utama F1 sejak 5 tahun lepas. Justeru, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila musim 2018 menyaksikan pertarungan dua pasukan gergasi ini menjana kenaikan 10% tontonan di seluruh dunia, dan menjadikan F1 sebagai sukan paling pantas berkembang di media sosial.

Seorang jurucakap Mercedes menyatakan bahawa, “Bersaing dalam kejohanan dunia F1 merupakan urusan yang menuntut perhatian penuh daripada seluruh pasukan; kami memberikan perhatian kepada prestasi kami dalam setiap keputusan yang dibuat,”

Via Giphy

Memandangkan kedua-dua pasukan ini merupakan ‘wajah’ F1, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempromosikannya.

Membenarkan para peminat melihat bagaimana mereka bekerja, bersama segala cabaran dan dugaan untuk bersaing dalam sukan permotoran aras paling tinggi sepertinya, akan mengubah pandangan sesetengah pengkritik, bahawa sukan F1 bersifat terlalu elitis dan hanya diraikan dalam tempoh yang singkat.

Aksi di balik tabir dalam dokumentasi Netflix ini memaparkan pelbagai babak yang tidak biasa dilihat oleh para penggemar F1.

Di Malaysia, orang tengah berdebat tentang kewajaran F1 diadakan semula sebab kosnya tinggi

Namun, dalam konteks Malaysia, ramai yang membincangkan kewajaran untuk penganjuran semula F1 di Litar Sepang, selepas kali terakhir penganjurannya pada 2017. Dengan kos penganjuran yang terlalu tinggi serta pulangan terhad, ramai yang melihat belum ada kewajaran untuk menyaksikan deruman spektakular kereta-kereta F1 beraksi di Sepang.

Peningkatan kos, selain banyak negara lain yang sudah mempunyai litar sendiri, akan menjadikan pelaburan dalam bidang ini tidak lagi menguntungkan. Mengikut statistik, hanya 60% sahaja tiket yang biasanya habis dijual. Terdahulu, pada 1999, Malaysia merupakan satu-satunya negara Asia yang menganjurkan Formula 1. Kini, Jepun, Singapura dan negara Teluk turut menganjurkan pertandingan ni.

Via F1

Penarikan diri oleh Bahrain dan Rusia sebelum ini juga menunjukkan ada keutamaan lain yang boleh diberikan oleh Kerajaan Malaysia pada hari ini. Justeru, ramai yang mencadangkan agar fokus lebih diberikan kepada penganjuran MotoGP. Selain mempunyai pelumba tempatan yang bersaing termasuk dalam Moto2 dan Moto3, jumlah penonton tempatan seeta antarabangsa yang hadir turut memberikan pelaburan yang menguntungkan.

Dunia sedang bergerak, sukan pulak akan terus berevolusi

Sesungguhnya, sukan sentiasa berevolusi bersama kepesatan perkembangan serta kemajuan teknologi masa kini. Selain penggunaan platform digital yang betul, strategi penganjuran sesuatu sukan itu hendaklah juga mengambil kira pulangan pelaburan buat negara secara tuntas, dan bukan dibuat atas perkiraan keuntungan sesuatu kelompok sahaja.

Wajarkah Formula 1 dianjurkan semula di Malaysia?

View Results

Loading ... Loading ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *