“Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan semua Negara Pihak dalam menegakkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan dan kebertanggungjawaban,” – Saifuddin Abddulah

 

Apa yang lebih menarik, Saifuddin dah maklumkan keputusan Jemaah Menteri pasal benda ni kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah  Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah pada 15 Januari lalu.

“Ini adalah lanjutan kepada warkah daripada Perdana Menteri kepada pemangku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Disember 2018 yang lalu, atas perkara yang sama,” – Saifuddin Abdullah

Chill, nampaknya kedudukan Agong dan Raja-Raja Melayu tak terjejas

Ada juga tulisan seorang netizen yang bernama Lukman Sheriff jelaskan yang kedudukan YDPA bukanlah sebagai ketua langsung kepada tentera dan boleh didakwa (kecuali JMF di Johor, sebab dia tak tahu struktur kenteraan diorang macam mana). Dia kata;

Saya rasa Peguam Negara akan mendakwa bahawa tentera bukan dibawah kawalan “efektif” YDPA. Benar bahawa YDPA ketua turus angkatan tentera tetapi AG mungkin berhujah bahawa angkatan tentera adalah di bawah kawalan efektif eksekutif. Maka dengan itu tidak akan tertakluk kepada Mahkamah antarabangsa ICC tersebut. Saya rasa ini juga fair argument. Jadi pada saya, Rome statut ini juga boleh di hujah tidak akan membuat YDPA kita tertakluk kepada mahkamah antarabangsa.