Ramai nak batalkan keahlian MUDA, AMK persoalkan jadi ‘musuh’ PRN Johor

mudapkr 1
Ramai nak batalkan keahlian MUDA, AMK persoalkan jadi ‘musuh’ PRN Johor

Sejak tahun lalu, Parti Ikatan Malaysia (Muda) yang dipimpin  oleh Syed Saddiq membuka jalan baharu buat anak muda yang nak berpolitik. Sebelum ni kalau tengok, kebanyakan anak muda yang berminat nak masuk politik terdahulu perlu serta sayap pemuda atau pemudi sesebuah parti. Tapi dalam Muda, diorang dakwa diorang bawa pembaharuan yang baharu apabila anak muda sendiri aktif berpolitik dan diletakkan dalam tunjang pucuk pimpinan parti. Dari segi budaya demokrasi, ni merupakan suatu kejayaan bagi anak-anak muda dan Undi18.

Namun begitu, aspirasi Muda yang nak jadi parti anak muda ni dikatakan dah tak sama dengan tindakan dan langkah politik yang diorang tengah buat. Memandangkan PRN Johor adalah pentas pertama ujian Muda, semua memerhatikan Muda lagi-lagi bila diorang ‘bertembung’ di Larkin dengan satu lagi sayap pemuda parti nasional iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK).

muda
Via WartaRakyat

Muda mulanya kata nak fokus kerusi yang dimenangi UMNO dan Bersatu, tiba-tiba beralih arah?

Macam kami katakan sebelum ni, ramai tengah perhatikan langkah Muda dalam ujian pertama diorang semasa PRN Johor ni. Setelah berteka-teki diorang nak turunkan jumlah calon dan peletakan kerusi diorang dalam rundingan agihan PH, akhirnya Syed Saddiq kata diorang hanya akan fokus letak calon dalam kerusi tradisi BN dan Bersatu.

Pada 21 Februari lepas, Astro Awani melaporkan Syed Saddiq mengesahkan bahawa meskipun rundingan agihan kerusi dengan PKR gagal capai kata sepakat, Syed Saddiq kata dia komited nak pastikan takde pertindihan kerusi dengan parti pembangkang.

“Saya telah lihat kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan senarai 20 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan mewakili parti itu pada PRN nanti.

Apa pun komitmen saya sebagai Presiden Muda adalah untuk memastikan bahawa Muda tidak akan bertanding di kerusi yang dimenangi oleh PKR yang mana kalau dilihat kerusi kita tandingi hari ini juga adalah kerusi UMNO dan Bersatu kerana kita mahu bawa perubahan jangka masa panjang, bukan sekadar pada pilihan raya semata-mata,”- Syed Saddiq, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Tambahnya lagi, Muda turut komited untuk tak bertanding di kerusi penyandang PH, tak kira DAP, Amanah ataupun PKR. Diorang jugak memilih untuk guna logo sendiri semasa bertanding. Setakat ni ada 7 calon yang diletakkan oleh Muda:

  • Lim Wei Jit – calon kerusi DUN Tenang
  • Nurafiqah M Zulkifli – calon kerusi DUN DUN Bukit Kepong
  • Azrul Rahani – calon kerusi DUN Bukit Permai
  • R Sangaran – calon kerusi DUN Machap
  • Rasid Abu Bakar – calon kerusi DUN Larkin
  • Fikri Musa – calon kerusi DUN Parit Raja
  • Amira Aisya – calon kerusi DUN Puteri Wangsa

Selepas kontroversi lantik katak politik jadi AJK Pusat, Muda kini dikatakan tak pegang kata-kata sendiri

Sebelum ni, pelantikan Nurainiee Haziqah ke dalam Ahli Jawatankuasa Pusat Muda mencetuskan sedikit kontroversi dalaman antara anggota Muda. Untuk pengetahuan korang, sebelum ni Muda kata diorang tolak katak politik yang nak masuk muda… namun diorang dikatakan tak ‘cakap serupa bikin’ apabila melantik Nurainiee Haziqah.

Nurainiee Haziqah ni dahulunya merupakan calon Exco Wanita PKR Pusat 2018, dan merupakan Ahli Jawatankuasa Srikandi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2021. Penglibatannya dalam 2 parti berbeza ni buatkan sesetengah pihak pandang serong dengan niat sebenar nak masuk Muda seterusnya dilantik jadi AJK Pusat.

nurainie haziqah shafii pkr bernama 05032020
Pernah berada di 2 parti berbeza sebelum masuk Muda.. -Via FMT

Syed Saddiq membidas kritikan Shahril Hamdan, Ketua Penerangan UMNO yang sebelum ni persoalkan tindakan Muda janji nak politik bersih namun tetap terima Nurainiee:

“Ketua Penerangan UMNO yang cakap macam itu, saya nak ingatkan kepada UMNO ya, yang dalam UMNO, mereka telah pun menjatuhkan beberapa kerajaan negeri melalui politik katak yang tidak ada pengakhirannya

Muda daripada awal telah mencadangkan Akta Lompat Parti diusulkan dan diluluskan secepat mungkin, supaya politik katak ini dapat diperangi.

Pada masa yang sama Muda telah menerima keahlian daripada pelbagai latar belakang, daripada kepimpinan juga ada bekas pemimpin Pas, UMNO malah ada kawan baik Ketua Penerangan UMNO itu sendiri dan ada kawan-kawan daripada parti yang lain juga,”- Syed Saddiq, seperti yang dilaporkan Utusan

muda nurainee
Via The Rakyat Post

Ingatkan panas sepanjang hari, rupanya ada gerimis mengundang. Sekali lagi, Muda dilihat tak ‘cakap serupa bikin’ apabila diorang letak calon Muda dalam DUN Larkin. DUN Larkin dah ada calon PKR, iaitu Dr. Zamil Najwah Arbain. Ni tak selari dengan apa yang dinyatakan dahulu iaitu komitmen Muda taknak bertembung dengan PH. Hal ni dikriitk hebat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Akmal Nasrullah, Ketua AMK kata:

“Keputusan Muda mencetuskan pertembungan sesama pembangkang di Larkin tidak akan ganggu fokus PKR. Tindakan mereka ini hanya mengesahkan tanggapan ramai yang menyifatkan gaya politik Muda masih dangkal dan tidak matang.

Walaupun Muda mempunyai hak demokrasi meletak calon di mana-mana kerusi yang mereka ingin, tetapi kami tertanya-tanya apa motif sebenar Muda?”- seperti yang dilaporkan Utusan

akmal prn johor larkin
Via Utusan Digital

Setakat ni, DUN Larkin menyaksikan pertembungan enam penjuru termasuklah calon Muda di sana. Langkah ni, mengikut Akmal Nasrullah, akan dilihat beri keuntungan kepada UMNO-BN walaupun kerusi tersebut dahulunya disandang oleh Bersatu. Bagaimanapun, langkah Muda tu disifatkan takkan sukarkan gerak kerja PH kerana diorang mesti letakkan kepentingan PH lebih utama. DAP dan Amanah mesti nyatakan komitmen bahawa diorang angkat semangat PH jika Muda masih nak bertembung di Larkin kerana tu merupakan hak demokrasi.

Terdahulu, PKR dikatakan dah tawarkan 3 kerusi kepada Muda pada PRN Johor nanti. Ketua AMK Selangor, Chua Wei Kiat kata pihaknya takde masalah dengan keputusan tersebut. Malah, dia rasa adil untuk beri peluang kepada Muda bagi membuktikan kekuatan diorang di kerusi-kerusi tertentu. Keputusan agihan 3 kerusi tu dilaporkan turut  dipersetujui Amanah dan DAP. Diorang pun ada tawarkan 6 kerusi kepada Muda iaitu di Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Puteri Wangsa, Machap dan Bukit Permai. Menurut Malay Mail, PKR tawarkan Tanjung Surat, Sri Medan dan Semarang.. tapi Muda nak Gambir, Kempas dan Larkin.

Oleh disebabkan kontroversi ni, dikatakan ramai anggota Muda di Twitter luahkan rasa tak puas hati diorang mengenai pertembungan DUN Larkin. Sohor kini tanda pagar #BatalKeahlianMuda, memaparkan tangkap layar diorang tulis e-mel kepada Setiausaha Muda untuk batalkan keadilan diorang dari Muda. Ketidakpuashatian yang tengah sohor kini di Twitter walau bagaimanapun tak dapat diulas oleh mana-mana anggota tertinggi Muda.

Kontroversi ni diharapkan tak mengugat tumpuan Muda pada ketika ni, namun kami berharap atas nama ketelusan dan integriti… perlu menjelaskan situasi Muda kepada para penyokong parti tersebut. Imej Muda akan terus tercalar dalam kalangan anak Muda sekiranya kontroversi-kontroversi ni tak dapat diselesaikan, sehingga Muda akhirnya ditanggapi hanyalah sebuah parti politik kaum elit berpendidikan yang akhirnya tak jauh beza dengan mana-mana parti politik ‘orang tua’ yang dahulunya pernah dikritik oleh anak-anak muda lain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top