KPM harap SPR pertimbang tak guna sekolah menengah jadi pusat mengundi, takut kacau SPM

pusatmengundi1

Setelah bubarnya DUN Johor, PRN Johor menjadi satu lagi arena gelanggang ‘perebutan’ mandat yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Sebelum ni, kami dah kupas beberapa isu baharu yang muncul dalam PRN Johor dan menjadikan peristiwa pilihan raya kali ni lebih istimewa – Undi18, percaturan pertama Warisan di Semenanjung Malaysia dan arena yang dapat buktikan sekali lagi kekuatan BN selepas PRN Melaka.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pulak dah suarakan kegusaran diorang mengenai cadangan sekolah sebagai pusat mengundi. Ni kerana PRN Johor ni berlangsung serentak dengan peperiksaan besar SPM. Bukan setakat sekolah.. pihak ibu bapa pun gusar jugak sekiranya sekolah tetap dijadikan pusat mengundi.

student spm sop covid19 smk dato onn fmt 21012021 4
Via FMT

KPM minta SPR tak guna sekolah menengah sebagai pusat buang undi kerana SPM

Kementerian Pendidikan secara terbuka minta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tak guna sekolah menengah (SM) di seluruh Johor sebagai pusat pembuangan undi semasa PRN nanti. Ni kerana semua SM di seluruh negara termasuklah Johor akan digunakan bagi peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan pihaknya dah hantar surat rasmi kepada SPR bagi menjelaskan perkara tersebut. Ia jugak berdasarkan maklum balas dan maklumat diterima pada sesi libat urus selama 3 hari bersama guru, warga pendidik dan pentadbir sekolah di Johor baru-baru ni.

kelasprn
Via Harian Metro

Hampir keseluruhan kelas di SM akan digunakan untuk calon SPM, membabitkan bilik peperiksaan utama, khas, alternatif, pengasingan dan lain-lain; berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Tambahnya lagi, setiausaha peperiksaan di setiap sekolah dah buat susun atur segala proses peperiksaan termasuklah SOP baharu yang belum pernah digunakan sebelum pandemik.

“Dalam konteks SOP baharu ini, hampir keseluruhan bilik darjah (kelas) di sekolah digunakan. Pertama sekali sebagai bilik peperiksaan utama, namun begitu kita ada juga bilik alternatif sekiranya murid perlu dipindahkan, ke manakah mereka akan dipindahkan? Maka mereka akan dipindahkan ke bilik alternatif.

Pada masa sama, kita mempunyai bilik khas ‘just in case’ (sebagai persediaan) sekiranya ada keadaan tertentu yang memerlukan murid diasingkan daripada murid lain. Ini belum bilik isolasi (pengasingan) dan bilik lain.

Secara umumnya, hampir kesemua bilik di sekolah ini (SM) atau bilik darjah (kelas) di sekolah digunakan bagi tujuan peperiksaan SPM.

Pada Khamis, sebelum pengundian (PRN Johor) nanti akan ada peperiksaan (subjek) Matematik dan ini akan membabitkan semua calon SPM di seluruh negara, termasuklah di Johor,”- seperti yang dilaporkan Harian Metro

petugas
Via Ismaweb

Sebarang gangguan terhadap penyusunan proses atau tatacara SPM dikhuatiri akn beri kesan kepada keputusan atau susun atur penyelarasan keputusan peperiksaan nanti. Untuk pengetahuan korang, susun atur dan penyelarasan yang dibuat merangkumi barkod dan susunan indeks yang lengkap. Oleh demikian, sebarang gangguan terhadap susunan ni boleh merencatkan kelancaran peperiksaan SPM diadakan.

Masih terpulang kepada SPR untuk buat keputusan, akan sambung bincang kemudian

Pendirian tegas KPM ni walau bagaimanapun, sebenarnya bergantung kepada budi bicara SPR jugak. Berikutan makluman pihak SPR bahawa diorang akan guna 151 sekolah menengah bagi PRN Johor pada 12 Mac nanti, KPM masih cuba berunding dengan SPR untuk kecualikan sekolah menengah dalam senarai pusat pembuangan undi. Akan tetapi, pihaknya terpaksa akur dengan keputusan SPR sebab SPR ada akta yang membolehkan sesebuah sekolah tu dijadikan sebagai tempat mengundi sekiranya didapati perlu.

kelas prnjohor
Via Utusan Digital

Selain dari tu, Radzi Jidin jugak memohon kepada SPR agar kecualikan guru yang jadi pengawas peperiksaan, petugas peperiksaan atau pemeriksa markah daripada menjadi petugas PRN.

“KPM sedar bahawa ini adalah tempoh penting dan perlu menumpukan sepenuhnya dalam pelaksanaan SPM. Kita perlu jalankan dalam keadaan teratur dan sebab itu kita memohon supaya SPR ini kecualikan guru ini daripada menjadi petugas.

Oleh itu, guru terbabit perlu memaklumkan kepada wakil SPR di kawasan masing-masing dan maklumkan sekiranya mereka ada pengganti. Sekiranya tiada pengganti, guru ini perlu maklumkan kepada wakil SPR,”- seperti yang dilaporkan Harian Metro

Selain KPM, ibu bapa jugak turut membantah cadangan menjadikan sekolah sebagai pusat pembuangan undi. Kegusaran ibu bapa jugak ada kaitan dengan risiko penularan Covid-19 apabila ramai pengundi yang turun ke kawasan sekolah. Ada jugak yang risau seandainya SPR akan buat proses nyah kuman di sekolah. Proses ni jugak boleh ganggu kelancaran peperiksaan utama berlangsung.

“Mengapa kita harus mencari masalah sedangkan Kementerian Pendidikan kerap menekankan keselamatan, keselesaan dan kebersihan sekolah.

Sekiranya calon SPM terdedah kepada jangkitan Covid-19, mereka mungkin tidak dapat menduduki peperiksaan sepenuhnya dan ia menimbulkan pelbagai kesulitan.

Seramai 150 calon bakal menduduki SPM di sekolah ini dan kami berharap mereka dapat menduduki peperiksaan tanpa sebarang permasalahan,”- Naib Dipertua PIBG SMK Aminudin Baki, Shamsudin Baharon, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Susulan suara kebimbangan ni, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin kata pertemuan akan diadakan antara Menteri Pendidikan dan pihak SPR di Putrajaya. Turut mengulangi prinsip yang sama; sekiranya SPR memang nak jugak buat di sekolah… KPM tak dapat halang.

“Kita memahami ketika PRN Johor nanti ada sebahagian bangunan sekolah termasuk bilik darjah akan digunakan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun kita akan pastikan keadaan selamat.

Kita di KPM juga akan meminta semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya berkenaan termasuk SPR untuk membantu memastikan tiada sebarang risiko terutama kepada calon SPM,”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

pusat mengundi
Via Sumberkini

KPM jugak minta pihak terlibat dalam proses pengundian semasa PRN Johor untuk bantu pastikan kelancaran peperiksaan SPM yang akan mula dari 2 hingga 29 Mac depan. Prosedur operasi standard (SOP) dipertingkat supaya cegah penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan calon SPM. Kami harap SPR boleh mempertimbangkan cadangan KPM ni dan tak guna sekolah menengah sebagai pusat pembuangan undi.  Mungkin ada tapak awam yang lain boleh dipertimbangkan bagi menggantikan sekolah menengah supaya tak ganggu SPM. Namun gitu, ini tetap terpulang kepada keputusan akhir SPR dan KPM kelak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *