Ustaz Wan Ji ditahan di bawah Akta Hasutan, bila PH nak mansuh akta kuno ni?

Ustaz Wan Ji ditahan di bawah Akta Hasutan, bila PH nak mansuh akta kuno ni?

Hari ni seorang penceramah bebas dan aktivis politik, Ustaz Wan Ji Wan Hussin dimasukkan kat dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu. Bukan setakat rayuan ditolak, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

Ustaz Wan Ji. Via MMO

Ustaz Wan Ji, menerusi peguamnya, Mohd Radzlan Jalaludin ada lakukan permohononan penangguhan perlaksanaan hukuman atas sebab diorang nak failkan rayuan kat Mahkamah Rayuan. Tapi Hakim memerintah peguam memfailkan permohonan penangguhan tersebut secara rasmi. Atas sebab ini, Ustaz Wan Ji kena masuk penjara, sebab permohonan rasmi akan ambik sedikit masa.

Ada yang salahkan Pakatan Harapan yang lambat mansuh Akta Hasutan, sampai ada individu yang jadi mangsa

Pengarah pendidikan politik Damansara, Vince Tan hari ni menyalahkan Pakatan Harapan (PH) atas hukuman penjara Wan Ji Wan Hussin selepas dia disabitkan dengan hasutan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah dari Selangor. Dia kata, Wan Ji sepatutnya bebas jika PH telah hapuskan undang-undang tahun 1948 seperti yang dijanjikan dalam janji PRU diorang.

“Kesalahan hasutan seharusnya tidak lagi dalam buku statut kerana PH telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan undang-undang tersebut. Bagaimanapun, walaupun lebih daripada satu tahun berkuasa, tiada apa yang telah dilakukan dan keputusan yang mensabitkan Wan Ji datang sebelum Parlimen boleh memansuhkan Akta Hasutan,” – Vince Tan, dipetik dari kenyataan rasminya

Dia ada juga kata – Mahkamah Tinggi patutnya ambil kira rancangan kerajaan untuk menghapuskan Akta Hasutan. Wan Ji merupakan aktivis politik terkenal dan ahli PKR, dia tak sepatutnya menjadi mangsa kepada politik di sebalik pemansuhan Akta Hasutan.

Via Utusan

Betul lah apa yang Vince ni kata, patutnya tak boleh ada alasan untuk tak mansuhkan Akta Hasutan, ia bukanlah kewajiban untuk perkembangan hak ekonomi, budaya dan sosial, yang memerlukan masa dan wang. Kita tak perlu kot tunggu ekonomi stabil atau hutang negara yang asyik disembangkan tu berada dalam keadaan yang baik baru nak mansuhkan Akta Hasutan.

PH mesti tunaikan janjinya untuk mansuhkan Akta Hasutan 1984 dan tak mengecewakan lagi penyokong dan pengundi diorang. Kerajaan perlu mempercepat usahanya untuk mansuhkan undang-undang tersebut bagi memastikan kebebasan bersuara yang termaktub di bawah Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Bila nak mansuh ni?! Via Giphy

Sebelum ni, memang dah banyak gesaan supaya Akta Hasutan ni dimansuhkan…

Salah satunya gesaan tu dilakukan oleh Eric Paulsen. Dia  menggesa supaya Akta Hasutan dimansuhkan sepenuhnya, tanpa perlu digantikan dengan undang-undang baru. Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) Eric Paulsen kata, undang-undang tu dah lapuk, menekan dan “merupakan sampah sejarah bersama-sama undang-undang era kolonial yang lain”.

“Ia simbol kehinaan bagi mana-mana negara merdeka yang terus mempunyai perundangan era kolonial seperti Akta Hasutan yang digunakan untuk menekan pejuang kebebasan dan hak sivil,” – Eric Paulsen

Eric. Via Berita Harian

Paulsen kata, walaupun kebebasan bersuara tak bersifat mutlak, namun aras kebebsannya juga seharusnya tinggi. Apa-apa sekatan mestilah benar-benar perlu, munasabah, sesuai dan diperuntukkan oleh undang-undang atas alasan yang sah. Paulsen cakap macam ni bila dia beri respons terhadap laporan yang memetik menteri undang-undang Liew Vui Keong yang kata akta berkenaan dijangka dimansuhkan tahun ini berikutan keputusan Kabinet yang meluluskannya. Lepas tu kata Liew, satu formula baru akan diperkenalkan bagi menggantikannya.

Pemansuhan Akta Hasutan ni dah tertangguh lama, dan ia juga (pemansuhan) merupakan antara janji manifesto Pakatan Harapan (PH). Sebenarnya ramai pemimpin PH dan juga orang lain dah jadi mangsa Akta Hasutan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu. Jadi, memang tak masuk akal kalau PH mengekalkan akta ni.

Perkataan menghasut ni patutnya diberikan perincian yang jelas…

Dalam sistem demokrasi, perkataan ‘menghasut’ dan ‘menghina’ tak wajar disalahgunakan, kita sepatutnya bebas kritik walaupun kadang-kadang bunyinya macam menghina. Sebab tu perincian dalam ‘penghinaan’ tu amat penting. Kalau ia amat menggugat keselamatan awam, barulah pihak berkuasa boleh ambil tindakan. Dalam demokrasi moden wujudnya konsep ‘negative freedom’ – seseorang tu bebas melakukan apa sahaja selagi tak menganggu kebebasan dan mengancam keselamatan orang lain.

Via Giphy

Raja Berpelembagaan dalam demokrasi mungkin sepatutnya macam tu. Sesiapa je wajar kritik sesiapa, contohnya kat UK, rakyat boleh kritik monarki sehingga ada perbahasan tentang kerelevanan menggunakan duit cukai rakyat untuk menampung hidup monarki kat sana. Lagipun, sebenarnya lebih baik hujah digunakan untuk melawan hujah, itu akan menunjukkan kebijaksanaan yang sebenar – lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan isu-isu yang sensitif seperti agama, bangsa dan raja-raja.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print