Tak tahu nak kemana selepas gagal permohonan UPU? Korang wajib baca ni

Tak tahu nak kemana selepas gagal permohonan UPU? Korang wajib baca ni

Korang ada tak adik-beradik ataupun rakan-rakan yang dah habis SPM tapi tak tahu nak melanjutkan pelajaran kemana selepas ni? Ataupun dah apply UPU tapi tak lepas? Korang jangan fikir lepas dah tak dapat tawaran UPU, masa depan korang  dah musnah tau. Banyak lagi alternatif lain sebenarnya selain dapat tawaran UPU. Korang boleh tengok kat bawah ni.

kredit gambar : afterschool.my

1. Masuk tingkatan enam dan ambil STPM, dah tak perlu pakai baju sekolah

Kalau korang semua nak tahu, STPM ni dianjurkan oleh Majlis Pelajaran Malaysia (MPM) tau yang mana STPM ni menawarkan dua aliran iaitu kesusasteraan dan sains. Korang boleh lah pilih aliran mana yang korang semua minat. Tempoh pengajiannya pun tak lama, hanya satu tahun setengah sahaja dan kemudian korang dah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Yuran pengajian pun murah tau.

Tingkatan 6 dah tak pakai baju sekolah dah. Via GCarian

Kaedah pengajiannya juga terbahagi kepada dua dan bukan hanya berfokus kepada intensif peperiksaan je tau. STPM juga ada penilaian yang berorentasikan tugasan. Alah, lebih kurang macam kat universiti lah katakan. Ramai orang kata yang kalau ambil STPM ni, sebelah kaki korang dah ada kat Universiti tau. Takkan korang tak nak kan?

2. Masuk ke Politeknik, ramai majikan nak pekerja yang ada kemahiran

Korang mesti tahu apa tu politeknikkan? Kebanyakan pelajar lepasan SPM hari ni lebih cenderung memasuki politeknik. Ramai yang kata masuk politeknik ni tak ada masa depan. Tapi, kalau korang nak tahu keluaran politeknik ni lah yang sangat laku dalam pasaran kerja pada hari ni sebab diorang lebih mempraktikkan tugasan secara praktikal dan kemahiran. Di politeknik, ada pelbagai kursus diploma yang ditawarkan dengan berfokuskan kepada kemahiran contohnya seperti kejuruteraan, perakaunan, perekaan, perhotelan dan macam-macam lagi lah.

kredit gambar : contohbanner.com

Walaupun tempoh masa pengajian kat politeknik ni agak lama sedikit, tapi korang kena tahu yang pasaran dan market student lepasan politeknik ni sangat hangat kat pasaran sebabnya sangat ramai pemain industri sedang mencari pekerja yang ada kebolehan daripada segi kemahiran. Selain tu, korang boleh juga mempraktikkan segala ilmu kemahiran yang korang dah belajar tu apabila korang nak membuka perniagaan sendiri tau. Tak lah korang sibuk nak cari pekerja sangat kan?

3. Masuk ke IPTS, tapi pastikan korang buat pilihan yang bijak kalau tak nak kena kencing

Untuk pengetahuan korang semua, kat dalam negara kita ni ada berlambak IPTS yang tawarkan pelbagai jurusan dan bidang tau. Korang tinggal pilih jer IPTS mana yang korang nak masuk. Selain tu, korang semua boleh belajar dengan lebih fokus dan teratur sebab pelajar IPTS pada kebiasaannya tidak ramai jadi korang tak perlu lah risau tentang mendapat gangguan orang lain semasa sesi pembelajaran dijalankan.

Via Info UPU

Kat IPTS juga, mereka lebih banyak menerapkan ilmu praktikal yang mana praktikal ni merupakan salah satu alat yang dapat memberi tahap kefahaman yang lebih tinggi kepada seseorang pelajar berbanding dengan teknik menghafal, membaca dan sebagainya. Tujuan IPTS lebih menumpukan bab praktikal adalah untuk melahirkan lebih ramai generasi yang lebih proaktif dan memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa kini.

Tapi, ramai orang yang kata yuran kat IPTS ni mahal gila. Betul kah? Secara realitinya, yuran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS memang agak mahal berbanding dengan pilihan-pilihan lain yang ada. Namun, tidak salah rasanya jika kita berbelanja besar untuk mendapatkan sesuatu ilmu yang sangat kita dahagakan kan? Lagipun, mana tahu ilmu yang korang dapat daripada IPTS ini lah yang membuatkan kehidupan kamu lebih berjaya pada masa akan datang. Siapa tahu kan?

via : eduadvisor.my

Hah, kat sini kami berikan sedikit tips untuk korang semua membuat semakan terhadap kursus yang korang minat. Sebelum korang nak memasuki IPTS, korang semua kenalah tengok dulu apa akredetasi MQA yang dorang nak kan? Korang boleh tengok kat sini untuk buat carian dan korang boleh tengok contoh carian yang kami berikan kat bawah ni. Kalau korang minat bahagian perubatan korang boleh taip jer “perubatan” dan pilih type of qualification contohnya. Kemudian klik search. Bila senarai kursus dah dipaparkan, korang boleh lah klik “papar” untuk membuat semakan lebih lanjut mengenai kursus tersebut. Selamat mencuba!

kredit gambar : afterschool.my

4. Buat permohonan SPA8, siapa tak nak kerja dengan kerajaan kan?

Korang jangan lupa pulak untuk buat permohonan SPA8 tau. Kalau korang semua nak tahu, SPA8 ni adalah merupakan satu portal kerjaya dalam sektor kerajaan tau. Korang semua mesti minat kan untuk menjadi pekerja sektor awam dekat negara kita ni kan? Sangat ramai pelajar yang dah habis SPM terus jer buat permohonan kerja kat SPA8 ni sebab ramai yang percaya bahawa kalau korang berjaya memasuki sektor awam korang adalah orang yang sangat bertuah tau di antara ramai-ramai manusia yang ada kat dalam dunia ni.

kredit gambar : duniafarisya.com

Untuk pengetahuan korang, syarat untuk memohon pekerjaan kat SPA8 ni bukan terhad kepada lepasan SPM sahaja tau. Kalau korang lepasan STPM dan ijazah pun boleh pohon. Waimah ada sijil master sekalipun boleh tau. Bekerja sebagai pegawai kerajaan ni banyak kelebihan yang korang boleh perolehi tau. Sebab tu orang kat negara kita ni semua berlumba-lumba untuk membuat permohonan kerja kat SPA8. Takkan korang tak nak? Manalah tahu rezeki korang kan?

5. Ambil sijil kemahiran ataupun TVET (Technical Vocational Education Training)

Korang semua juga boleh mengambil sijil kemahiran kat institusi-institusi kemahiran yang ada berlambak kat negara kita ni. Korang tinggal pilih jer nak sijil kemahiran yang mana satu. Terdapat banyak sijil kemahiran yang ditawarkan untuk korang semua seperti sijil kemahiran masakan, teknologi pembuatan, pengkomputeran dan banyak lagi yang mana sijil kemahiran ini sangat-sangat ditagih oleh pemain industri yang sangat mementingkan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi.

via : bernamaradio.com.my

Tapi ramai orang kata yang kalau ambil sijil kemahiran ni mesti tiada masa depan dan susah untuk bersaing dalam insudtri pekerjaan. Betulkah? Korang semua mesti ada dengar tentang kisah viral baru-baru ni mengenai seorang perempuan pertama Malaysia yang bekerja sebagai seorang jurukimpal kan? Kalau korang nak tahu, Nurizzati Athirah Mohamad Yusoff ataupun lebih dikenali sebagai Athirah yang berusia 22 tahun telahpun mula menceburi bidang kimpalan bawah air ketika dia seorang pelajar di Kolej Vokasional Taiping di Kamunting, Taiping, Perak.

Via Astro Gempak

Dan uniknya, dia adalah satu-satunya pelajar wanita yang mempelajari bidang kimpalan di sana pada tahun 2013. Kalau Athirah boleh buktikan pada satu Malaysia tentang kerjaya kemahiran yang dia ceburi bukanlah satu pekerjaan yang sia-sia mengapa korang semua tak boleh pulak kan?

Korang kena teruskan usaha dan jangan pernah mengalah, hidup memang selalu mencabar

Dalam hidup ni tidak ada satu benda pun yang mudah sebenarnya. Apabila korang gagal pada hari ini, itu tidak bermaksud korang akan gagal seumur hidup tau. Korang kena bijak merancang perjalanan hidup korang sendiri di samping berusaha dengan gigih agar kejayaan yang korang impikan tu dapat korang kecapi pada suatu hari nanti. Dan yang paling penting adalah korang kena percaya dengan kebolehan yang ada pada diri korang sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top