Zahid Hamidi tak nak jawatan Kabinet, tapi orang UMNO kata perlu demi maruah

F1

Sudah seminggu kerajaan baru terbentuk, tapi nampaknya kita masih kena menunggu susunan Kabinet yang akan dibentuk oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kalau melihat situasi yang ada – nampaknya PM kita sekarang tengah pening, untuk dapatkan kepercayaan rakyat dengan Kabinet yang dia bentuk. Korang kena ingat, setakat ni – belum ada bukti yang menunjukkan kerajaan kita ada 112 kerusi Parlimen untuk bentuk kerajaan.

Untitled 2020 02 28t190720.335
Via The Rakyat Post

Keadaan ni menyebabkan kewujudan kerajaan Muafakat Nasional ni rapuh, dan salah satu cara untuk yakinkan Ahli Parlimen melompat ke koalisi diorang adalah melantik Kabinet yang power. Masalahnya pulak, ada beberapa pemimpin UMNO yang ada kerusi terbanyak dalam koalisi ni ada kes Mahkamah. Sudah tentu kalau diorang ni dilantik dalam Kabinet, ramai yang tak puas hati.

Hari ni kami nak cerita tentang Zahid, Presiden UMNO, parti yang paling banyak kerusi dalam kerajaan hari ni – ada kes Mahkamah. Sudah tentu PM tengah pening; masukkan dia dan dipersoalkan oleh orang ramai, atau letakkan dia di luar Kabinet dan hadapi desakan ahli-ahli UMNO.

Presiden UMNO kata dia tak tawarkan diri dalam Kabinet, nak bersihkan nama di Mahkamah

Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi kata dia tak tawarkan diri untuk pegang sebarang jawatan dalam Kabinet. Dia mengumumkan pendiriannya ketika berucap pada perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks Umno Bagan Datuk, dua hari lepas.

Katanya dia yakin PM akan lakukan pertimbangan sewajarnya untuk lantik barisan Kabinet yang berkelayakan.

“Sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, saya menawarkan diri agar tidak dilantik bagi sebarang jawatan dalam Kabinet yang akan diumumkan. Kita semua hendaklah berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menyokong keputusan Perdana Menteri,” – Zahid, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Zahid kata, pihaknya dah mengemukakan beberapa cadangan nama Ahli Parlimen BN kepada Muhyiddin untuk dipilih bagi mengisi jawatan dalam Kabinet mengikut beberapa perkara asas dan sumbangan BN dalam pembentukan kerajaan baharu.

370410
Via Sinar Harian

Dia turut berharap dapat diberikan peluang kepada mereka yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah untuk bersihkan diri melalui proses perundangan. Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi kes pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 bagi kes pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Walaupun Zahid tak tawarkan diri, ada kumpulan yang desak Zahid masuk Kabinet

Beberapa pemimpin Umno menyarankan agar Ahmad Zahid Hamidi diberi tempat dalam Kabinet. Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, menyuarakan harapan itu dalam satu kenyataan media. Kata Bung Moktar, Umno Sabah menyokong penuh Ahmad Zahid diberi ruang menyertai Kabinet.

Bung Wife1
Bung Mokthar dan isteri pun ada kes Mahkamah. Via MalaysiaKini

“Perdana menteri harus berpegang dengan pendirian bahawa seseorang itu masih belum bersalah selagi ia tidak dijatuhkan hukuman. Umno sabah berpendapat Muhyiddin harus tidak dilihat double standard di antara presiden Umno dan pemimpin lain. Jika Ahmad Zahid (kemudian) didapati bersalah, tidak ada masalah untuk beliau meletak jawatan,” – Bung Mokthar, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Sebenarnya, Bung Moktar pun tengah dibicarakan atas dua tuduhan rasuah bernilai RM2.8 juta melibatkan agensi kerajaan, Felcra.

59295658 10156204768557031 2945598625838792704 N
Via BERNAMA

Cadangan ni turut disokong oleh Pemuda Umno Perak. Ketuanya, Mohd Ariff Abdul Majid kata Ahmad Zahid buktikan dia adalah pemimpin yang berjiwa besar, berani, bermaruah dan berintegriti. Pemuda Umno Perak berpendapat tak wajar untuk seorang presiden parti yang memiliki kerusi parlimen terbanyak dalam PN untuk tak dibawa masuk ke kabinet.

“Kebolehan, pengalaman dan kredibiliti Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini boleh dijadikan sandaran. Sewajarnya perdana menteri mempertimbang untuk melantik Ahmad Zahid menyertai kabinet atas kapasitinya sebagai presiden Umno,” – Mohd Ariff, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Wanita UMNO pun cadangkan Ahmad Zahid Hamidi berada dalam Kabinet kerajaan. Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad kata, Presiden UMNO tu selayaknya berada dalam kerajaan bagi menjaga maruah parti dan juga membantu urusan pentadbiran.

“Wanita UMNO mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam barisan Kabinet kerajaan baru yang diterajui oleh Perikatan Nasional. Namun begitu, Wanita UMNO berasakan Presiden UMNO perlu ada dalam barisan Kabinet demi maruah parti seterusnya membantu Perdana Menteri dalam pengurusan pentadbiran negara,” – Noraini Ahmad, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Orang lain sibuk nak jawatan, Haji Hadi relaks je kata nak jadi nelayan kalau tak diberi jawatan

Ketika orang lain tengah bising nak jawatan dalam Kabinet PM yang baru, Haji Hadi relaks je gurau kata dia boleh buat benda lain kalau tak dipilih dalam Kabinet. Nampaknya dia agak berpandangan jauh jugak apabila rasa dia boleh jadi nelayan kalau tak terpilih dalam Kabinet, jarang orang politik buat lawak macam ni.

Kenyir9
Haji Hadi. Via Ajijoi

“Saya terbuka kepada PM, tak wajib saya..tak terpilih pun takpa. Tak terpilih saya balik jadi nelayan pun takpa,” – Haji Hadi, seperti yang dilaporkan MG

Dia kata macam tu ketika mengulas ada cadangan mahu dia dilantik menjadi TPM dalam kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin Yassin. Menurut Abdul Hadi, dia terbuka pilihan Muhyiddin dan akan mendukungnya.

Via Giphy

Persoalan kuasa ini tentunya akan jadi cabaran utama kerajaan baru, sebab ‘kuasa’ – tentu akan ramai yang bercakaran untuk dapatkan jawatan. Belum pun Kabinet Muafakat Nasional dilantik, sudah ada bunyi-bunyi bingit sesama mereka yang inginkan jawatan. Menarik untuk kita melihat apa yang akan terjadi selepas Kabinet baru diumumkan oleh PM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *