Argentina kalah perlawanan pembukaan Copa America, Messi kena bahan kaw kaw

Bagi yang masih lagi tak tahu, Copa America akan diadakan di Brazil dan disertai oleh 12 negara. Copa America ialah kejohanan bola sepak paling tua di dunia yang melibatkan negara-negara benua Amerika Selatan. Kali ni, ada dua pasukan dari Asia yang dijemput untuk sertai Copa America 2019. Jepun dan Qatar, agak-agaknya ada peluang tak untuk pasukan Malaysia dijemput satu hari nanti? Team kita power kot, dah berjaya kalahkan Timor Leste’ 12-2. Sengaja Harimau Malaya jaringkan 12, bukan 21 – supaya korang tahu apa beza bola sepak dan badminton.

Macam biasalah, Messi hanyalah seorang lelaki biasa tanpa Barcelona

Lionel Messi kata pasukannya merasakan kepahitan selepas Argentina tewas dalam perlawanan pembukaan Copa America 2-0 menentang Colombia walaupun mendominasi babak kedua. Gol dari Roger Martinez dan Duvan Zapata dalam 20 minit terakhir memberikan Colombia kemenangan pertamanya dalam mana-mana pertandingan ke atas Argentina dalam tempoh 20 tahun. Lebih pahit, benda ni terjadi ketika harapan Messi memuncak nak dapatkan kejuaraan antarabangsa utama selepas kalah dalam empat final sebelum ni. Kasihan Messi.

“Kami pergi ke sini merasa pahit, pada babak kedua kami mempunyai peluang yang baik,” – kata Messi selepas perlawanan kumpulan B di Salvador.

https://www.youtube.com/watch?v=gnE2SOMP0Cs

Salah satu peluang terbaik dicipta oleh ikon Barcelona berusia 31 tahun tu tapi Argentina gagal jaringkan gol selepas penjaga gawang Colombia, David Ospina bertindak cepat untuk menolak tandukan pemain tengah Nicolas Otamendi yang gagal disambar Messi. Walaupun Argentina mendominasi perlawanan dan mencipta lebih banyak peluang dalam separuh masa kedua, mereka gagal jaringkan gol kemenangan.

“Kami tidak memulakan pertandingan dengan baik, tapi kini kami perlu terus berjuang,” kata pemenang Ballon d’Or yang lima kali itu, yang berganding dengan trio Sergio Aguero dan Angel Di Maria

Argentina masih berpeluang, kalau tak masuk pusingan kalah mati, kami pun tak tahulah nak cakap apa

Kalau korang tengok perlawanan ni, pada babak pertama Argentina lebih banyak bertahan, tetapi pada babak kedua barulah kita boleh tengok perlawanan betul-betul terbuka. Kata Messi, apabila diorang kalah memang sukar ditelan, tapi sekarang ni diorang perlu fikirkan tentang Paraguay.

Argentina masih boleh lagi pergi ke peringkat kalah mati dengan perlawanan menentang Paraguay dan pasukan jemputan, Qatar.

Colombia adalah pasukan yang lebih baik dalam babak pertama walaupun takde jaringan tetapi menjaringkan dua gol  dalam tempoh separuh masa kedua, lebih epik kedua-dua jaringan tu dijaringkan oleh pemain gantian.

“Saya datang untuk membantu pasukan saya, kami melakukan yang terbaik dan kami berjaya menghidupkan permainan pada hujung babak kedua, kami bermain dengan baik,” kata Zapata, yang musim ini membantu Atalanta dari Itali yang layak untuk UCL buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Kalah ke bang? HAHAHAHA Via Goal

Jurulatih Carlos Queiroz yang hanya mengambil alih Colombia selepas meninggalkan tugasnya dengan Iran pada akhir Piala Asia sekitar Januari-Februari tahun ni, memberi penghormatan kepada usaha bersama pasukan itu.

“Colombia bermain sebagai satu pasukan adalah pemainan terbaik di padang. Kami bermain dengan penuh disiplin, tumpuan, dengan tanggungjawab, dan pemain dengan kualiti James (Rodriguez) dan (Radamel) Falcao membantu kami dalam perlawanan ini,” kata Queiroz.

Sampai bila agaknya Messi nak menang something dengan Argentina ye?

Sementara tu, Messi nampaknya menjadi bahan jenaka di media sosial apabila ‘macam biasalah’ gagal untuk membantu pasukan Argentina untuk menjuarai apa-apa kejohanan antarabangsa. Macam yang ramai kata – Messi ni power sebab Barcelona je. Mungkin sebab itulah Messi tak nak pindah dari Bercelona sebab dia tahu, kalau dia pindah kat mana-mana kelab lain, ataupun main kat liga lain macam Liga Inggeris; mesti mati kutu punya. Jadi macam mana penyokong Messi, adakah anda masih percaya yang Messi ni pemain yang power? Lupa nak cakap, kami peminat Ronaldo. Ayuhlah berhijrah bersama kami menyokong Ronaldo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *