Farah Ann layak ke Sukan Olimpik di Jepun, juga merupakan pemegang ijazah…

Farah

Salah satu impian kebanyakan atlet yang ada kat Malaysia adalah layak ke Sukan Olimpik. Siapalah yang tak nak beraksi pada peringkat duniakan? Cuma, untuk layak ke Olimpik ni bukan benda yang senang. Setiap atlet perlu mempunyai ‘pencaiapan tertentu’ yang melepasi had kelayakan yang ditetapkan. Setiap sukan, adalah cara dia yang tersendiri untuk kira merit layak ke Olimpik…

Ada sesetengah sukan macam bola sepak, siap ada pusingan kelayakan untuk ke Olimpik. Dipendekkan cerita, kalau seseorang atlet tu berjaya layak ke Olimpik, dia memang gempaklah…

Farah Ann lakar sejarah, jadi gimnas pertama layak ke Olimpik sejak tahun 2004…

Salah satu sukan yang lama dah tak masuk Olimpik adalah sukan gimnastik negara. Baru-baru ni ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi cipta sejarah apabila layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman.

Kami sebenarnya tak sabar nak tengok Sukan Olimpik kat Jepun, sebab diorang gunakan banyak karakter anime sebagai maskot.

Atlet berusia 25 tahun tu layak ke temasya terbesar dunia itu selepas mengumpul keseluruhan 49.898 mata pada pusingan kelayakan acara all-around individu. Percaya atau tidak, Malaysia sebenarnya dah 16 tahun skuad gimnastik negara tak bertanding ke pentas Olimpik. 16 tahun weh, bukan tempoh yang singkat tu.

Walaupun sekadar menduduki tempat ke-59 dan gagal layak ke pusingan akhir kejohanan dunia, benda ni tetap jadi kejayaan manis untuk Farah Ann. Sebabnya dia jadi gimnas ketiga negara layak ke temasya Olimpik selepas kali terakhir pada 2004 di Athens. Ingat ye, baru tiga orang gimnas kita berjaya tembus ke Olimpik.

Farah
Farah. Via Dinamik

Selain Farah Ann, turut beraksi pada kejohanan tu adalah Tan Ing Yueh yang menduduki tempat ke-90 dengan mengumpul 48.299 mata dan Tracie Ang di kedudukan ke-107 dengan 47.399 mata.

Via Giphy

Berdasarkan senarai terkini Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Farah Ann adalah antara 20 gimnas yang layak ke Tokyo dalam acara all-around individu di kejohanan dunia edisi tahun ini. Kali terakhir gimnas negara beraksi di temasya Olimpik adalah menerusi gimnas lelaki Ng Shu Wai di Athens 2004 manakala gimnas wanita pula menerusi Alexina Au Li Yen di Sydney 2000.

Bukan sekadar hebat di pentas gimnastik, tapi turut berjaya mendapatkan segulung ijazah…

Apa yang menarik tentang Farah Ann ni, dia bukan sekadar berjaya mengharumkan negara kat pentas antarabangsa, tapi dia jugak menjadi salah seorang atlet yang ada ijazah. Bagi kami; pendidikan dan sukan adalah hal yang penting, sebabnya pendidikan mengajarkan banyak perkara. Salah satunya membentuk peribadi dan ketahanan mental, sesuatu yang diperlukan dalam sukan.

F2
Via Utusan

Bagi yang masih tertanya-tanya dia dapat ijazah apa; Farah Ann Abdul Hadi pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial (Pengajian Antarabangsa) dari Universiti Monash. Masa dia bergraduasi tahun lepas, Farah ada memuat naik beberapa keping gambar dirinya bersama keluarga. Yalah, siapa tak gembira kalau dah habis belajar.

“Saya menyayangi keluarga saya yang sentiasa memberikan dorongan untuk saya menjadi lebih baik. Mereka sentiasa memberikan motivasi serta menjadi inspirasi untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah diberikan selama ini, – Farah Ann, seperti yang dilaporkan Utusan

F4
Via Utusan

Dia juga berterima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa bersama sama sepanjang di universiti dan mereka sentiasa menyiapkan tugasan pada saat-saat akhir. Relaks je Farah Ann, kami pun geng-geng buat assignment last minute. Apa yang penting kerja tu siapkan? Eh, gurau. Kalau korang masih belajar, buatlah kerja awal, sebab selalunya kerja disiapka awal akan lebih berkualiti.

Selalunya wanita akan dilihat pada pakaian, bukan pencapaian kat Malaysia ni…

Salah satu masalah yang atlet wanita kena hadap kat Malaysia ni adalah kritikan dan kecaman dari orang yang ‘kuat agama’ terhadap kerjaya mereka. Lebih-lebih kalau sukan tu melibatkan pemakaian yang agak terdedah. Kami rasa benda inilah yang berlaku dalam laporan-laporan kejayaan Farah Ann. Kami simpati dengan dia, sepatutnya kita berbangga dan bagi dia sokongan kerana dia dah berjaya mengharumkan nama negara.

Tapi yalah, apalah gunanya berlegar-legar kat media sosial kalau tak habiskan masa untuk cari salah orang. Apa-apa pun; selamat maju jaya untuk Farah Ann!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *