Kongres Maruah Melayu, Tun Mahathir masih kata Melayu ni sebenarnya malas

Lop

Baru-baru ni dianjurkan Kongres Maruah Melayu, kongres tu dapat perhatian banyak orang. Bagi yang tak tahu, acara ni dianjurkan oleh Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM). Diorang buat kongres ni kat Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Korang rasa maruah Melayu tengah tercabar ke?

11
Via Utusan

Apa yang lebih menyedihkan, ada laporan tentang peserta kongres dari kalangan mahasiswa yang dipaksa-rela datang ke kongres ni terkena keracunan makanan. Kami pun tak tahu perkembangan kes tu macam mana, tapi harapnya diorang segera sembuh.

Tun Mahathir diundang, tapi masih guna naratif Melayu sebenarnya malas…

Tun Mahathir ni antara orang paling konsisten kata Melayu malas, dari zaman dia belum jadi Perdana Menteri keempat, sampailah dia jadi Perdana Menteri sekali lagi; dia ulang-ulang. Peliknya, benda ni tak terlalu jejaskan karier politiknya pun, mungkin kebanyakan masyarakat Melayu fikir diorang malas kot. Tapi kami sebenarnya dah pernah tulis artikel tentang rakyat sebenarnya tak malas.

Tun Mahathir sifatkan orang Melayu masih lagi malas bekerja dan rela serahkan segala kerja kepada bangsa asing. Baru-baru ni Tun Mahathir ada tulis kat blog dia, Mahathir kata keengganan orang Melayu bekerja mendorong jutaan rakyat asing membanjiri Malaysia untuk mendapatkan kerja.

Antara komen yang dia tulis adalah; jarak antara Melayu dengan kaum lain yang bekerja kuat dan berniaga jadi semakin luas. Yang berlaku ialah yang sudah kaya menjadi lebih kaya dan orang Melayu yang miskin menjadi lebih miskin. Ini sudah ditakdir. Tak perlu buat apa-apa.

112
Pekerja di Malaysia. Via MalaysiaKini

Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja.

“Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri negara kita. Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu,” – Tun Mahathir melalui blog peribadinya

Tun Mahathir yakin apa yang berlaku terhadap bangsa Melayu sebelum ni akan terus terjadi kerana orang Melayu tak mahu berubah dan terus ketinggalan.

113
Buku yang baik untuk kalau nak tengok hujah lawan Melayu malas. Via Twitter

Berhubung dengan kenyataan yang kata Melayu adalah tuan kat negara ni, Tun Mahathir kata;

“Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, tuankah,” – Tun Mahathir, melalui blog peribadinya

Dia kata nasib orang Melayu ditentukan oleh mereka sendiri dan memarahi orang lain tidak akan menyelesaikan masalah. Walaupun bilangan orang Melayu dikatakan bertambah, namun jumlah besar orang yang miskin tak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya.

Via Giphy

Sejak pemerintahan British lagi kata Mahathir orang Melayu tak gemar untuk lakukan kerja berat serta berniaga melainkan bekerja dengan kerajaan sebagai kerani. Tun Mahathir kata cukup kurang orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar kerana orang Melayu memandang hina bidang tu.

Ada ahli akademik kata kaedah kata Melayu malas ni buat orang Melayu terguris je…

Menurut seorang penganalisi politik, Tun Mahathir perlu mengelak dari merendah-rendahkan orang Melayu dengan label diorang “malas” kerana ia akan jadikan rakyat semakin terguris dan marah apabila dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Via Giphy

Macam yang kami dah cerita tadi, Tun Mahathir mengulangi pandangan yang kata orang Melayu sebagai kaum yang tidak mahu kerja keras dan tidak mahu kerja susah, sewaktu menyampaikan amanatnya pada Kongres Maruah Melayu, di Stadium Malawati.

Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya kata; strategi politik Mahathir yang gemar memprovokasi kaum Melayu tidak relevan terutamanya ketika kongres yang menghimpunkan pemimpin pelbagai peringkat semalam.

111
Via Awani

“Strategi provokasi begini sudah tidak sesuai dan patut dihentikan kerana generasi baru kini jauh berbeza pemikiran dan gaya hidup mereka. Generasi kini sanggup melakukan beberapa kerja untuk menampung kehidupan harian mereka, dengan gaji minimum tidak mencukupi untuk mereka tampung kos keperluan asas,” – Azman Awang Pawi, dipetik dari FMT

Menerusi amanatnya semalam, Mahathir kata hanya Melayu yang boleh pulihkan maruah diorang  tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya. Dia kata kerajaan dengan sendirinya walaupun dipimpin oleh Melayu, tak boleh pulihkan maruah Melayu sekiranya kaum tu tak mahu berusaha untuk mengubah nasib diorang.

1122
Via Astro Awani

Bukan kali pertama Mahathir gunakan ungkapan macam ni. Dia pernah banyak kali merujuk kepada situasi sedemikian semasa jadi PM dan Presiden UMNO dulu. Bagi Awang Azman, adalah lebih baik sekiranya Tun Mahathir fokuskan kepada strategi mencapai resolusi-resolusi yang dibentangkan pada kongres tu.

“Seperti penciptaan dasar yang jauh lebih baik dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) hasil ciptaan Abdul Razak untuk ditinggalkan sebagai legasinya sebelum peralihan kuasa kepada Perdana Menteri Kelapan. – Awang Azman, dipetik dari FMT

Bagaimana kongres ini boleh mengangkat martabat Melayu?

Kami masih lagi dalam proses pembacaan keempat-empat pembantang yang datang dari latar ahli akademik, kami cuba nak hadam idea-idea yang diorang sampaikan. Apa yang kami sebenarnya pelik – bagaiman kongres ni boleh angkat maruah Melayu? Lebih-lebih lagi ucaptama dalam kongres ni menekankan sebenarnya Melayu malas bekerja.

Via Giphy

Bukankah benda tu sebenarnya menjatuhkan lagi maruah Melayu? Apa yang penting adalah kita harus bergerak sebagai satu; tanpa mengira bangsa dan agama. Ingatlah kerana sentimen politik bangsa, berpuluh-puluh tahun masyarakat Melayu dieksploitasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *