Semakin ramai ahli politik dilantik mengetuai GLC? Kami senaraikan 41 daripada mereka

F1
Semakin ramai ahli politik dilantik mengetuai GLC? Kami senaraikan 41 daripada mereka

Minggu lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abddulah lantik Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai pengerusi baru Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Menerusi satu kenyataan, dia kata lantikan tu adalah untuk tempoh dua tahun. Sebelum ni, laman berita perniagaan Focus Malaysia menamakan Rais Hussin sebagai pengerusi baru MDEC – sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) – yang bertanggungjawab menguruskan ekonomi digital.

Fahmi Fadzil 0702
Rais Hussin. Via The Edge Market

Rais Hussin menggantikan pemangku ketua MDEC, Mathialakan Chelliah, yang dah memangku jawatan tu selama dua tahun dan merupakan anggota lembaga pengarah agensi tu. Dari segi pengalaman profesional, Rais Hussin adalah pengasas dan ketua pegawai eksekutif penyedia perkhidmatan telekomunikasi The Red Snapper (M) Sdn Bhd, dan ada pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang tu.

Kalau melihat dari pengalaman dimiliki Rais Hussin ni, orang mungkin masih boleh terima lagi keberadaannya untuk mengetuai MDEC. Malangnya, ada ramai ahli politik yang dilantik di dalam GLC yang sebenarnya takde apa-apa pengalaman professional dalam syarikat yang diorang ketuai tu.

Nampaknya lantikan politik dalam GLC ni untuk pastikan ahli politik tak beralih sokongan. Siapa yang nak lepaskan wang yang sedap kan?

Sebelum ni ramai Ahli Parlimen (MP) yang dulu masa jadi pembangkang mengkritik lantikan politik dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan Persekutuan (GLC), tapi bila dah jadi Kerajaan, diorang yang bolot jawatan-jawatan tu. Gaji yang lumayan berkepuk-kepuk, dan peluang mengetuai syarikat besar (walaupun tak ada wibawa dan kelayakan yang sepatutnya), pastinya sukar untuk ditolak. Macam orang mengantuk yang disorongkan bantal, jumlah pemegang jawatan dalam GLC ni betul-betul buat ramai yang tak puas hati, lebih-lebih lagi dalam keadaan ramai rakyat yang dibuang kerja dan kehabisan beras di dapur.

ORANGKATA – Audio Mirip DS Perdana Menteri Tengah Viral

Nampaknya audio yang mirip Perdana Menteri ni tengah tular. Korang setuju ke main bagi-bagi jawatan untuk kedudukan politik?

Posted by ORANGKATA on Sunday, 31 May 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin, 72 tahun, angkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lepas, setelah kemelut politik berlarutan selama kira-kira seminggu. Dia dapat sokongan daripada anggota parlimen Bersatu, Azmin Ali dalam PKR, Umno-BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh.

Jawatan-jawatan ni seperti ganjaran lumayan kepada mereka yang menyertai kerajaan hari ini, selain usaha Muhyiddin dan Azmin Ali untuk mengikat atau memancing para pimpinan Umno-BN, PAS dan GPS supaya untuk bersama Bersatu (kumpulan Muhyiddin). Secara logiknya, bukan senang untuk seorang wakil rakyat kerajaan – yang biasanya dah selesa dengan pelbagai kelebihan dan layanan yang diterima – untuk beralih angin menyertai pembangkang.

Mandi duitlah jawabnya. Via Giphy

Jadi sementara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU), Muhyiddin cuba sedaya upaya untuk nampak stabil dan selesa. Sama ada habuan ni dah dijanjikan sebelum diorang bergabung atau tak, itu antara diorang dengan Tuhan sajalah yang tahu.

Malangnya, barisan Kabinet Muhyiddin ni tak membayangkan kompisisi kaum kat Malaysia. Sebagai perbandingan, masa pentadbiran PH, kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad ada 17 menteri Melayu, 2 bumiputera Sabah dan Sarawak, 5 Cina dan 4 India. Bagi timbalan Menteri pulak, 15 daripada 25 menteri terdiri daripada orang Melayu, 7 Cina dan seorang India.

Kami senaraikan ahli politik yang dah dilantik mengetuai GLC, memang banyak gila. Jumlah Kabinet pun apa kurangnya? Ramai.

Jumlah anggota Kabinet Muhyiddin agak ramai – ada 70 jawatan (31 menteri dan 38 timbalan Menteri) termasuk kerusi PM, berbanding hanya 55 anggota kabinet di bawah kerajaan PH dulu. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dulunya dipegang Yeo Bee Yin seorang, sekarang dipecah jadi 3: Kementerian Alam Sekitar [Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian)], Kementerian Tenaga dan Sumber Asli [Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (UMNO-Lenggong)] dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi [Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO-Rembau)].

Fahmi Fadzil 0702
Via Berita Harian

Hakikatnya, lebih ramai Menteri dilantik dan dibayar gaji, lebih tinggilah kos ditanggung kerajaan. Fakta ni menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat apatah lagi lepas mengambil kira keadaan ekonomi negara yang perlahan dan lembab.

Kalau sebelum ni zaman PH kira-kira RM7.4 juta setahun dibelanjakan nak tanggung kos gaji Jemaah Menteri, PN perlu membelanjakan hampir RM10 juta setahun sekurang-kurangnya, sebab kabinet diorang lagi besar. Dari segi ilmu hisabnya, memang kosnya sangatlah tidak efisyen. Jumlah tu belum mengambil kira pelbagai jenis elaun yang disediakan macam keraian dan rumah.

Macam tu je duit dibuang. Via Giphy

Mesti korang nak tahu berapa banyak ahli politik yang dah dilantik mengetuai GLC kan? Berikut kitorang senaraikan lantikan Ahli Parlimen, ADUN atau Ahli Politik Perikatan Nasional (PN) ke GLC dan Agensi Kerajaan (setakat 1 Jun 2020):
Umno:
1. MP Jelebu/Umno – Dato Jalaluddin Alias – Pengerusi UDA Holding
2. MP Gerik/Umno- Dato Hasbullah Osman – Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad
3. MP Cameron Highlands/Umno – Dato Ramli – Pengerusi Amanah Raya Berhad
4. MP Padang Terap/Umno – Dato Seri Mahdzir Khalid – Pengerusi TNB
5. MP Pasir Salak/Umno – Dato Sri Tajudin Abd Rahman – Pengerusi Prasarana
6. MP Jerantut/Umno – Dato’ Hj Ahmad Nazlan Idris – Pengerusi Lembaga Getah Malaysia
7. MP Machang/Umno – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub – Pengerusi MPOB
8. MP Besut/Umno – Dato Seri Idris bin Jusoh – Pengerusi FELDA
9. MP Kimanis/Umno – Datuk Mohamad Alamin – Pengerusi MyIPO
10. Calon (Kalah) Umno Parlimen Pasir Gudang PRU14 – Datuk Seri Khaled Nordin – Pengerusi Boustead Holding Berhad.
11. MP Jempol/Umno – Dato’ Salim Sharif – Pengerusi RISDA
12. MP Tanjong Karang/Umno – Tan Sri Noh Omar – Pengerusi MISC Bhd

MCA:
13. Calon PRU14 kalah Parlimen Tanjung Malim/MCA – Dato Seri Mah Hang Soon – Timbalan Menteri Pendidikan.
14. Calon PRU14 kalah Parlimen Seremban/MCA – Datuk Ching Sin Woon – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang.
15. Calon PRU14 kalah DUN Machang Bunok/MCA – Dato’ Tan Teik Cheng – Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang
16. Calon PRU14 kalah DUN Bemban – Datuk Koh Chin Han – Pengerusi Pelabuhan Melaka.
17. Naib Presiden MCA – Dato Sri Tian Li Ker – Timbalan Menteri Perpaduan Nasional

PAS:
18. MP Marang/PAS – Datuk Seri Abdul Hadi Awang – Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri
19. MP Bachok/PAS – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz – Pengerusi Kesedar
20. MP Pasir Putih/PAS – YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh – Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.
21. MP Pasir Mas/PAS – YB Ahmad Fadhli Shaari – Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
22. MP Dungun/PAS – Wan Hassan Mohd Ramli – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
23. MP Setiu/PAS – YB Tuan Shaharizukirnain Bin Abdul Kadir – Pengerusi TEKUN
24. ADUN Jabi, Exco Terengganu/PAS – YB Dr Azman Ibrahim – Pengerusi Lembaga Kenaf & Tembakau Malaysia

GPS:
25. MP Bintulu/GPS – Datuk Seri Tiong King Sing – Duta Khas Ke China Bertaraf Menteri
26. MP Hulu Rajang/GPS – Datuk Wilson Ugak Kumbong – Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh)
27. MP Sibuti/PBB – YB Lukanisman Awang Sauni – Pengerusi SEDA
28. MP Tanjung Manis/GPS – Datuk Yusuf Abdul Wahab – Pengerusi CIDB
29. MP Betong/PPB – Datuk Robert Lawson Chuat – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu.
30. MP Serian/SUPP – Dato Sri Richard Riot – Duta Khas Ke Asia Timur Bertaraf Menteri
31. MP Baram/GPS-PDP – Anyi Ngau – Pengerusi Lembaga Koko Malaysia
32. MP Igan/GPS-PBB – Ahmad Johnie Zawawi – Pengerusi Bukan Eksekutif Indah Water Berhad (IWB)

PPBM:
33. ADUN Permas/PPBM – Che Zakaria Mohd Salleh – Pengerusi Kejora.
34. MP Beaufort/PPBM – Datuk Azizah Mohd Dun – Pengerusi MARA
35. Ahli Dewan Negara/PPBM – Razali Idris – Pengerusi Ketengah
36. MP Sabak Bernam/PPBM – Dato Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh – Pengerusi FAMA
37. MP Tasek Gelugor/PPBM – Shabudin Yahaya – Pengerusi Felcra
38. ADUN Kempas/PPBM – Dato Osman Sapian – Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia
39. ADUN Bukit Kepong/PPBM – Dato Dr Sahruddin Jamal – Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
40. MP Bukit Gantang/PPBM (Sebelum ini Bebas) – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal – Pengerusi LKIM.

MIC:
41. Bekas KP MIC – Datuk Nelson Renganathan – Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Memberikan ahli politik jawatan besar dalam GLC bukanlah amalan yang baik

Seperti yang kami dah pernah tulis sebelum ni, selalunya ahli politik yang dilantik ke dalam GLC ni, makan gaji buta je. Sebabnya tak semua daripada mereka ada pengalaman untuk memimpin syarikat besar; akhirnya gaji mereka yang berlipat kali ganda daripada gaji orang biasa tu akan dibazirkan. Lagipun, sebagai Ahli Parlimen, diorang tu dah banyak komitmen untuk dipenuhi, kenapa perlu bagi lagi diorang komitmen yang berat? Takut-takut nanti, gaji GLC dapat, tapi kawasan terabai.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top