Dr Rohaizat, panglima perang KPM yang pernah jadi Pengarah Hospital Kluang

F1
Dr Rohaizat, panglima perang KPM yang pernah jadi Pengarah Hospital Kluang

Digelar ‘panglima perang’ di hadapan berjuta penonton siaran langsung laporan kesihatan COVID-19 adalah pujian terbesar buat Dr. Rohaizat Yon. Kalau korang sempat tengok siaran langsung tersebut, mungkin korang masih ingat Dr. Noor Hisham kelihatan sebak dan berpantun lepas umumkan berita persaraan Datuk Dr. Rohaizat bin Hj. Yon.

Tentunya gelaran ‘panglima perang’ yang datang dari mulut Dr. Noor Hisham ni menandakan peranan dan sumbangan Datuk Dr. Rohaizat dari awal penglibatannya dalam kesihatan hinggalah hari terakhirnya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) di sebalik tabir KKM sememangnya suatu yang harus dipuji dan dikongsi.

Dr Rohaizat
Terima kasih Dr. Rohaizat… Via Harian Metro

Berkhidmat lebih dari 30 tahun dalam KKM, kumpul pengalaman sambil tambah baik kualiti kesihatan awam

Mengikut wawancaranya bersama wartawan Harian Metro, dia sebenarnya sudah bersama dengan KKM selama 35 tahun 10 hari dan 10 Jun lalu merupakan tarikh persaraan wajibnya apabila dah cecah 60 tahun. 35 tahun.. boleh tahan lama jugak tu dia berkhidmat dalam KKM.

Dia menerima pendidikan awal kat Sekolah Kebangsaan Parit Sulong dan Sekolah Menengah Dato’ Sulaiman Parit Sulong di Batu Pahat, Johor hingga tingkatan lima. Kemudiannya, dia melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi kat Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur dan sambung lagi dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Rohaizat Kkm Noor Hisham
Sentiasa di sisi Dr. Noor Hisham.. -Via NST

Lepas habis belajar tu, dia mula bertugas sebagai doktor pelatih (pegawai perubatan siswazah) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 1985. Setahun kemudian, dia jadi pegawai perubatan di Hospital Kluang pada 1986. Dua tahun seterusnya, dia jadi Pengarah Hospital Kluang.

Lepas tu, dia lanjutkan lagi pelajarannya dalam peringkat sarjana di Australia selama setahun iaitu pada 1990 hingga 1991 dalam bidang perancangan kesihatan. Usai kepulangannya, dia telah ditukarkan Ibu Pejabat KKM di Bahagian Perkembangan Perubatan sehingga 1996.

Timbalan Kkm Rohaizat
Via Twitter

Ketika dia tengah habiskan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kesihatan awam (pengkhususan dalam ekonomi kesihatan dan pembiayaan kesihatan) di UKM, dia ditugaskan ke Bahagian Perancangan KKM sehingga 2008.

Dalam Bahagian tersebut, dia banyak terlibat dengan pembuatan rancangan kesihatan negara, perancangan fasiliti kesihatan dan pembiayaan kesihatan negara. Selain tu, dia pun terbabit jugak dalam merangka pelan kesihatan untuk KKM dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, Kelapan dan juga Kesembilan.

Dr Rohaizat
Via The Edge Market

Dia kembali dipanggil berkhidmat ke Bahagian Perkembangan Perubatan selaku Timbalan Pengarah Kanan. Antara tanggungjawab utamanya sebagai Timbalan Pengarah tu adalah jaga perkhidmatan di hospital. Haa.. dialah yang kena merancang, melaksana, memantau dan mengawasi perkhidmatan di hospital.

Di samping tu, dia pun bertanggungjawab dalam perancangan tenaga kerja kesihatan dengan pelancaran pelbagai program untuk tingkatkan kepakaran doktor termasuklah pengenalan sub-kepakaran serta turut mempertingkatkan kerjaya anggota perubatan yang lain.

Pada 2017 pulak, dia dipindahkan lagi ke bahagian perancangan sebagai pengarah selama dua tahun dan dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) pada 25 Mac 2019 hingga tarikh persaraan wajibnya pada 10 Jun lalu.

Rohaizat 2017
Via Facebook

Tersentuh hati dipanggil ‘panglima perang’ dalam pandemik ni, tak leka dari tugas pastikan maklumat tepat untuk Dr. Noor Hisham

Apabila ditanya komen dirinya dengan gelaran ‘panglima perang’, dia kata dia adakalanya tersentuh hati mendengarnya. Baginya, istilah ‘panglima perang’ membawa maksud yang besar dan begitu penting. Namun begitu, panglima perang tak semestinya kena berdiri sorang je.

Panglima ni membawa erti yang lebih luas sebab ia adalah istilah lama, iaitu membawa maksud kerjasama berpasukan. Sebagai ‘panglima perang’ ni, tanggungjawab khususnya adalah untuk menjaga ‘batalion’nya yang terdiri dari anggota perubatan hospital, timbalan ‘panglima perang’ serta kakitangan hospital yang lain seperti pegawai perubatan pentadbir, pakar perubatan, doktor hinggalah tukang cuci.

Datuk Dr Noor Hisham
Via Utusan Borneo

Bukan tu je, kerjasama berpasukan ni turut meliputi tenaga dari ‘panglima perang’ dari pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen, Agensi Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya.

Jadi panglima perang dalam kala pandemik ni jugak membawa tanggungjawab untuk berikan maklumat yang cepat, tepat dan sentiasa bersedia di sisi Dr. Noor Hisham. Maklumat-maklumat ni akan diberikan kepada Menteri Kesihatan, Dr. Adham dan Dr. Noor Hisham sendiri supaya dapat diteliti tindakan seterusnya.

Rohaizat Adham Kkm
Via The Malaya Post

Data-data yang dikumpul ni pun akan diberikan kepada Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Chen Chaw Min dalam urusan pembelian peralatan perubatan, ventilator, ubat-ubatan dan peralatan perlindungan diri (PPE), manakala selanjutnya akan diberi kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab seperti ATM, PDRM dan Jabatan Imigresen sendiri.

Perancangan KKM sentiasa berpandukan matlamat banteras penularan COVID-19 demi kekalkan kualiti terbaik

Mengakui taraf perkhidmatan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, kualiti ni jugak haruslah diukur dalam prestasi kita kawal penularan COVID-19 dulu. Dia bersama Dr. Noor Hisham bekerja dalam jadual rutin yang padat dan amat berbeza berbanding sebelum ni.

Seawal 7.30 pagi, saya sudah berada di pejabat Dr Adham untuk memberi taklimat situasi Covid-19 pada hari sebelumnya hingga awal pagi. Pada jam 8.30 pagi, saya akan memberi penerangan kepada Dr Noor Hisham di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan.

Kemudian saya kembali ke pejabat untuk meneruskan mesyuarat susulan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Perkhidmatan Hospital sehingga jam 12 tengah hari. Pada jam 5 petang, saya akan turut serta pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 bersama Dr Noor Hisham.

Di awal penularan tu dulu, KKM sememangnya efisien dalam menggerakkan operasi mengawal kadar rawatan dan kesiapsiagaan. Sebenarnya KKM dahpun mula operasi pada Januari lalu iaitu disebut sebagai ‘fasa berjaga-jaga’ daripada 16 hingga 24 Januari lepas. Pada 25 Januari, KKM mulakan ‘fasa pencegahan’ sehingga 15 Mac.

Rohaizat Wad
Via Twitter

Kadar bilangan hospital saringan dan rawatan bertambah, manakala katil di wad dan ICU turut digandakan. KKM turut bina hospital yang dipanggil Pusat Rawatan Covid-19 dan Kuarantin Berisiko Rendah. Di Maeps, hospital Pusat Rawatan hanya dibina dalam masa tiga hari saja.

Ni tentunya suatu bukti yang kukuh bahawa KKM mempunyai track record yang baik lagi-lagi dengan pengalaman kita membanteras penyakit-penyakit lain seperti virus Nipah, SARS, influenza dan sekarang ni, COVID-19.

Terima kasih atas jasa Dr. Rohaizat sepanjang tiga dekad bersama KKM, dan kami harapkan agar Dr. Rohaizat dapat menikmati tahun-tahun persaraan dengan hati yang gembira melihatkan KKM dalam tahap yang cemerlang kini. Jom tengok ucapan terakhir Dr. Rohaizat dalam penampilan terakhirnya di sisi Dr. Noor Hisham dalam siaran kaca televisyen.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top