Hannah Yeoh akan disiasat kerana bertanya tentang “pelan” perkahwinan bawah umur

F1
Hannah Yeoh akan disiasat kerana bertanya tentang “pelan” perkahwinan bawah umur

Kebebasan berekspresi dan akhbar adalah dua elemen penting untuk menjadikan demokrasi sesebuah negara tu berjalan dengan baik, tanpanya; kita umpama negara yang ditadbir oleh firaun. Kerajaan boleh buat apa je diorang suka – tanpa dikritik, atau disemak imbang oleh orang awam. Ketika Pakatan Harapan jadi kerajaan dulu, kami pernah lakukan kritikan terhadap mereka sebab ganggu artis yang mengkritik PH secara halus. Kami siap kata; sesetengah pemimpin dalam PH ni hati tisu, pantang diusik sikit, mula lah dia melatah.

Via Giphy

Cuma, kita tak boleh nafikan, PH beri kebebasan berekspresi dan media yang baik. Sesiapa sahaja boleh lontarkan kritikan terhadap PH, dan kami tak pernah dengar lagi ada orang ditahan – hanya kerana berikan pandangan atau persoalan kepada PH. Begitu juga dengan media (macam kami), media diberikan kebebasan untuk menulis artikel yang mengkritik kerajaan. Tindakan selalunya diambil kalau kandungan artikel tu ada berita palsu, atau fitnah. Dua benda ni lain ceritalah.

Melihat situasi semasa, nampaknya keadaan dah semakin berubah, biar kami terangkan mengapa…

Hannah Yeoh disiasat akibat ciapan “bertanya” tentang status pelan perancangan untuk bendung perkahwinan kanak-kanak

Semalam, anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipanggil oleh pihak polis ke Bukit Aman untuk disoal siasat kerana tulisan di Twitternya pada Mac lalu. Benda macam inilah kami takutkan, seseorang akan disiasat apabila lontarkan kritikan terhadap kerajaan di media sosial. Ingat ye, kami kata kritikan, bukan fitnah atau kecaman tak berasas. Dalam tweet tu, Hannah persoalkan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di bawah timbalan menteri sekarang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid beritahu Malaysiakini, Yeoh disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang selalunya berkait kenyataan yang menimbulkan khianat awam boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Untuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pulak, ia selalunya berkaitan penggunaan tak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda RM50,000, atau kedua-duanya. Mereka yang bersalah boleh dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan selepas disabitkan.

Fahmi Fadzil 0702
Hannah Yeoh. Via Malaysia Dateline

Mior kata, polis bercadang ambik keterangan Yeoh pada 23 Jun ni, selepas laporan dibuat oleh orang awam terhadap tweet tu. Ketika dihubungi oleh MalaysiaKini, Hannah beri jaminan akan bantu siasatan.

“Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan bagi siasatan mengenai tweet ini. Sekarang ini, tanya soalan pun tak boleh. Sidang Parlimen bulan Mei juga tak diberi peluang tanya soalan. Roadmap ini hasil kerja kuat pentadbiran bawah PH @drwanazizah,” – Hannah Yeoh, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

https://www.youtube.com/watch?v=jW9SGU_tF9c

Pelan tu dilancarkan pada Januari lepas bertujuan menangani punca perkahwinan bawah umur melalui perubahan dasar, reformasi undang-undang, program dan kerjasama antara agensi kerajaan. Wan Azizah pada masa tu kata pelan itu merangkumi tujuh objektif, 17 strategi serta 58 program dan tindakan bagi menangani punca-punca itu dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu sehingga 2025.

Selain tu, MalaysiaKini katanya akan didakwa akibat komentar dari pengikut mereka yang menghina mahkamah

Selain daripada ke Hannah Yeoh ni, semalam Peguam Negara dikatakan dah mohon prosiding hina mahkamah terhadap Malaysiakini kerana komen pembaca. Peguam Negara, Idrus Harun failkan permohonan ex-parte untuk mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Malaysiakini dan ketua editornya. Bagi yang tak biasa lepak dekat MalaysiaKini, korang akan lihat kebanyakan “komen” yang ada dekat website diorang tu agak keras. Yalah, audiens MalaysiaKini memang ramai yang minat politik atau pengikut parti-parti politik. Sebab tu kadang-kadang komen yang diorang dapat agak ekstrem.

Permohonan tu dijadual didengar di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini. Dalam afidavitnya, Idrus kata permohonan untuk prosiding komital tu berkaitan komen dalam artikel bertarikh 9 Jun lalu bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1”.

Dia ambik lima komen pembaca. Idrus kata komen-komen yang dirujuk tu katanya dengan jelas bawa maksud badan kehakiman melakukan salah laku, terlibat dalam aktiviti rasuah, tak menegakkan keadilan dan mengkompromi integriti badan kehakiman. Komen-komen tu dikatakan dah gugat keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan secara nyata berniat untuk jatuhkan nama baik pentadbiran keadilan oleh badan kehakiman. Kes itu ni akan disiasat bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Kanun Keseksaan.

Fahmi Fadzil 0702
Jangan hina mahkamah, itu jelas. Via Awani

Satu benda yang menggusarkan kami, nampaknya dakwaan yang nak dibuat oleh Peguam Negara terhadap MalaysiaKini adalah dakwaan terhadap mereka yang beri komentar negatif kepada MalaysiaKini sebagai akhbar. Kalau ikut dari apa yang MalaysiaKini laporkan – Peguam Negara bukan nak dakwa MalaysiaKini terhadap “content” yang diorang keluarkan; seperti artikel, video atau rekaan grafik. Kalau ikut logik ni, ia boleh berlaku kepada sesiapa je. Kat sosial media korang – ada orang komen negatif – korang mungkin akan didakwa. Jadi bahaya jugaklah, apa-apa pun, kita tunggu perkembangan yang seterusnya.

Kerajaan kena mula tengok kritikan ni sebagai benda yang baik, sebab selalunya “kritik” tu tanda sayang…

Budaya intimidasi atau takutkan orang-orang yang vokal ni, bukanlah benda baru. Selalunya ia akan dilakukan untuk membendung mana-mana individu atau platform yang tak senada dengan kerajaan. Dalam amalan demokrasi, benda ni sebenarnya tak baik, dan selalu menyebabkan lebih banyak individu atau organisasi yang bangkit melawan. Kita kena berikan kebebasan kepada individu atau organisasi mengkritik. Kebebasan bersuara dijamin oleh Perlembagaan, pendefinisian beberapa terma seperti “hasutan”, “ganggu ketenteraman awam” selalu jadi perdebatan.

Apa yang penting, kerajaan harus belajar terima kritikan dan ambik ia sebagai benda yang positif. Apabila seseorang tu kritik anda dengan fakta atau tanya soalan yang penting, diorang nak korang jadi lebih baik. Begitu juga dengan paltform digital, kalau ada orang lakukan komen “menghasut” dalam platform mereka, orang-orang inilah yang patut dikenakan tindakan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top