Macam mana Shopee boleh buat Ronaldo menari? Ini jawapannya…

Ronaldoxblackpink

Baru-baru ni, meletup kat Twitter pasal macam mana Shopee boleh minta Christiano Ronaldo menari-nari di tengah padang sambil pakai baju oren. Dah lah lagu pun Baby Shark. Ramai juga terhibur dan tak kurang juga orang kutuk betapa kerasnya badan Ronaldo ni menari. Ada juga yang persoal teknik video pemasaran Shopee, siap gelarkan video tu sebagai “the worst ad in the history of ads”.

https://www.youtube.com/watch?v=K7wSkGXnqD0

Biarpun orang nak kata apa, tapi publisiti yang tercipta dari iklan tersebut dah buatkan seluruh dunia kenal Shopee. Untuk pengetahuan korang, Shopee ni dah merangkumi beberapa negara seperti Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Taiwan dan Vietnam. Potensinya sangat besar, sehinggakan saingan utamanya adalah Lazada yang dimiliki oleh Alibaba kini.

Semua orang cakap pasal Ronaldo, diorang lupa ada ‘kumpulan’ yang mendahului dia…

Apa nak hairan, dia kan jaguh bola sepak dunia. Kalau jaguh menari tu takpe lah, macam BLACKPINK. Korang masih ingat tak bahawa BLACKPINK ni dulu pernah jadi duta Shopee juga. Malah, mereka adalah duta pertama yang ditaja oleh Shopee sebelum Ronaldo ni, hasil kerjasama dengan YG Group di Asia Tenggara dan Taiwan.

https://www.youtube.com/watch?v=pvhUiqvCsbM

Kerjasama ni bermula secara rasmi pada hujung tahun 2018, dan wajah-wajah jelita mereka diluncurkan sebagai salah satu nilai tarikan pada Shopee sempena jualan Hari Jadi 12.12. Pada awalnya, takde masalah sangat pun dengan Shopee dengan duta pertamanya. CEO Shopee, Chris Feng berkongsi bahawa BLACKPINK dipilih kerana nilai “muda, berbakat dan bertenaga” yang dilihat amat sesuai dengan semangat baharu Shopee.

Kerjasama dengan YG Group juga dianggap mampu memperluas populariti Shopee ke seluruh rantau Asia.

Petisyen tutup aurat, Shopee terpaksa tarik iklan

Rupanya pada 7 Disember 2018, seorang pensyarah Indonesia bernama Maimon Herawati berjaya membuatkan Shopee menarik semula iklan BLACKPINK yang dikatakan berpakaian dengan ‘provokatif’, sekaligus dikatakan boleh memberi mesej yang salah kepada kalangan penonton muda.

Lebih 123,000 tandatangan diperolehi untuk memaksa Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) mengeluarkan larangan kepada stesen televisyen agar tak tayangkan iklan ‘seksi’ tu.

22
Via Petisi

Hujah Maimon Herawati adalah pakaian yang dikenakan oleh BLACKPINK tak sesuai kerana tak sampai lutut (kena tutup peha) dan iklan Shopee ni dikatakan akan ditayangkan saat program kanak-kanak dijalankan. Sambungnya, gaya provokatif ni tak mencerminkan langsung pematuhan terhadap nilai Pancasila yang diangkat Indonesia.

Shopee terpaksa membatalkan tayangan iklan tersebut dan menukarkannya dengan tayangan promosi 12.12. Sudah tentulah perkara ni dibantah keras oleh para peminat BLACKPINK di Indonesia sehingga turut wujud satu lagi petisyen. Namun begitu, ia tidak dapat memulangkan semula usaha dan tenaga krew Indonesia yang turut terbabit dalam proses pembikinan iklan ekslusif bersama BLACKPINK.

Susulan ni, iklan terbaharu Shopee selepas ‘adegan’ tu lebih banyak mendapat pujian kerana kreativiti Shopee dah “melebihi skor IQ 299”.

S1
Kreatif. Via Kumparan

Sekali lagi, Shopee buat hal dengan tipu peminat BLACKPINK…

Belum sampai setahun pun Shopee bekerjasama dengan BLACKPINK, dah timbul lagi masalah baharu pada Jun 2019. Kali ni di Filipina pula, apabila mula trending #ShopeeScam akibat ‘kegagalan sistem’ dari pihak Shopee sendiri. Menurut PhilStar, Shopee anjurkan pertandingan menangi tiket untuk sesi ­meet-and-greet dengan BLACKPINK di Manila untuk Top 40 Spenders.

Ada yang sampai sanggup beli 4 buah telefon pintar baharu semata-mata nak layak masuk senarai 40 teratas. Orang yang ke-40 tu pun dah belanja sekurang-kurangnya P109,000 (RM8,739.62). Kadar minima yang ditetapkan oleh Shopee adalah Php4000 (RM320.72). 2 orang terakhir sepatutnya dapat lepas masuk dalam senarai 40 teratas tu.

121
Via Fanboy

Sebaliknya bila dah sampai kat lokasi, mereka dimaklumkan bahawa mereka tak lepas pun senarai tu. Bukan tu saja, rupanya ramai lagi yang dah terkena. Ada pula para pemenang yang tersenarai tu berbelanja kurang dari mereka yang tak dapat ni. Rasa terkhianat, lalu terpopularnya hashtag #ShopeeScammer.

Shopee hanya mampu meminta maaf atas kesilapan tersebut dan cuba menghubungi sesiapa yang menjadi ‘korban teknikal’ tersebut.

Kesian Ronaldo mangsa iklan ‘mengarut’, kaya dah kira kaya dah…

Pada Ogos tahun ni, Christiano Ronaldo pula menjadi wajah kepada Shopee. Memilih bintang antarabangsa sebagai duta selalunya menjadi taktik pemasaran dan perniagaan yang amat berkesan. Chris Feng ketika mengumumkan kerjasama ni juga percaya Ronaldo ada apa yang Shopee ada, iaitu fokus, dedikasi dan kesungguhan dalam komitmen terhadap para pelanggannya.

The Sun kata Ronaldo ni sangat kaya, dengan gaji bermain untuk Juventus berikannya £500,000 tiap minggu. Campur lagi dengan tajaan seumur hidup Nike sejak 2003 bernilai £1 billion, Armani, Castrol dan Tag Heuer serta beberapa perniagaan milik peribadinya; Ronaldo adalah pemain bola terkaya di dunia.  Forbes pula meletakkannya di tempat ke-enam dalam senarai selebriti terkaya di dunia.

Via The Sun

Dengan nilai kekayaan dia yang melimpah ruah ni, bukan senang korang nak ‘beli’ dia sesuka hati. Sampaikan ada yang kata Ronaldo ni dah kena sindrom ‘Money, Dear Boy’. Walaupun Shopee ni semakin membesar nilai perniagaannya di Asia Tenggara, Amazon dan Alibaba pun tak ambil Ronaldo jadi duta antarabangsa mereka. Macam mana pula Shopee, rangkaian e-commerce Asia Tenggara ni boleh ambil Ronaldo? Kami ketemukan jawapannya dalam sebuah bebenang Reddit r/singapore.

Senang je Shopee nak buat dia menari

Rupanya selebriti besar macam Ronaldo ni terikat dalam satu terma iaitu media obligations. Menurut seorang pengguna Reddit, mrdoriangrey, biasanya media obligations ni perlu dilakukan oleh mana-mana selebriti selama beberapa jam setiap minggu. Kami tak jumpa sebarang bahan ilmiah khusus mengenai istilah ni, tapi ada kemungkinan wujud terma tu dalam kontrak Ronaldo.

Korang kena tahu juga bahawa hak imej Ronaldo dah dibeli oleh seorang billionaire berasal dari Singapura iaitu Peter Lim. Pembelian ni bermakna kalau sesiapa nak guna hak imej Ronaldo, mereka kena berurusan dengan Mint Media, sebuah syarikat di bawah Peter Lim. Dengan pencapaian Ronaldo serta popularitinya di media sosial, sudah pasti Mint Media yang memiliki hak imej Ronaldo sejak 2015 ni dah untung banyak.

Via Giphy

Oleh sebab tulah, Shopee Singapura hanya perlu hubungi Peter Lim ni untuk tempah Ronaldo dan dikatakan hanya siapkan iklan tu guna skrin hijau je. Pada Julai lalu, ramai peminat Ronaldo sanggup datang berkerumun kat Our Tampines Hub, Singapura hanya untuk jumpa kelibatnya. Masa tu, takde orang dibenarkan masuk kerana ia adalah majlis tertutup je.

Pada tempoh yang sama juga, dia dan kelab bolanya Juventus pun terlibat dalam International Champions Cup 2019 di Singapura.

Akhirnya Ronaldo pula diumumkan jadi duta Shopee yang baharu menggantikan BLACKPINK pada Ogos 2019, dan jadi wajah utama ketika korang sibuk beli belah sewaktu jualan 9.9 dulu. Hmm… pura-pura tak ingat pulak…

Via Gifer

Artis K-pop dah, atlet bola sepak pun dah. Lepas BLACKPINK dan kini Ronaldo, siapa lagi korang rasa bakal jadi duta Shopee kelak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *