Skuad hoki Malaysia jinakkan team power dari Eropah, ini rahsia kejayaan diorang

Mk

Ramai yang tak sedar, sebenarnya pasukan hoki negara semakin power, baru-baru ni diorang dah kalahkan beberapa pasukan ternama dari Eropah. Kejayaan ni pastinya cukup manis, sebab kami dapat tahu sebelum jelajah Eropah ni, diorang dah buat latihan gila-gila (nanti kami cerita). Cumanya, berbanding sukan macam bola sepak atau badminton, ramai rakyat Malaysia yang tak tahu tentang kehebatan pasukan hoki kita. Sebab tu kami bawakan artikel ni, supaya korang tahu betapa hebatnya skuad hoki negara, dan harapnya lepas tu korang akan terus beri sokongan pada mereka.

Pasukan power Eropah tersungkur di tangan Malaysia…

Skuad hoki negara perolehi motivasi terbaik untuk hadapi kempen kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 selepas muncul juara Kejohanan Jemputan Empat Negara kat Terrassa, Sepanyol. Pencapaian ni nampak lebih gempak selepas beberapa pasukan hoki yang power terkulai di tangan pasukan kita. Walaupun sekadar terikat 3-3 dalam aksi terakhir menentang gergasi nombor enam dunia England, ia memadai untuk menobatkan skuad kendalian Roelant Oltmans tu sebagai juara kejohanan.

Via Berita Harian

England bagaimanapun nyaris dimalukan skuad negara selepas ketinggalan 2-0 hasil jaringan seawal minit ketiga Razie Abd Rahim dan Fitri Saari sebelum bangkit menyamakan kedudukan hasil percubaan Sam Ward dan Christopher Griffiths. Tengku Ahmad Tajuddin Ab Jalil kembali letakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-54 tapi kelebihan tu hanya bertahan tiga minit untuk Phil Roper menyelamatkan maruah pasukannya itu.

Sebelum ni, skuad negara turut catatkan kemenangan dalam dua aksi pertama ke atas Sepanyol 4-3 dan Ireland 2-1 untuk menamatkan kempen dengan mengutip tujuh mata. Kali terakhir Malaysia merasai nikmat sebagai juara adalah ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh.

https://www.youtube.com/watch?v=KrrXxI5fV5I

Selain kejohanan tu, skuad Malaysian Tigers akan mengadakan perlawanan ujian menentang Belanda pada 6 dan 8 Ogos, diikuti Belgium pada 10 dan 12 Ogos ini. Dalam aksi pertama Siri Jelajah Eropah, minggu lalu, skuad negara melakukan kejutan besar apabila menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012 serta juara dunia, Jerman, 4-2 di Krefeld, Jerman.

Bravo. Via Giphy

Siri Jelajah Eropah adalah antara program MHC untuk persediaan menghadapi pusingan kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 Tokyo, November ni. Malaysia dijangka berdepan satu daripada empat negara – Jerman, Sepanyol, New Zealand dan Kanada pada kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020.

Kemenangan ni tak datang bergolek, sebelum jelajah ke Eropah, diorang berlatih gila-gila…

 Skuad hoki lelaki negara melalui latihan yang cukup keras sebagai persediaan menghadapi pasukan-pasukan terkemuka duniasebelum ni. So, tak hairanlah diorang berjaya raih banyak kemenangan. Ketua pasukan, Mohamad Sukri Abdul Mutalib kata, latihan sedemikian terbukti membantu meningkatkan prestasi skuad ‘Malaysian Tigers’ sebagai persediaan untuk aksi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada November ini.

Mohamad Sukri Abdul Mutalib. Via Utusan

Pada masa tu, dia menegaskan bahawa tahap perkembangan yang sebenarnya hanya boleh diketahui selepas mengharungi beberapa fasa, termasuk selepas beberapa ujian getir menentang pasukan seperti juara Olimpik sebanyak tiga kali, Jerman, England dan Sepanyol. Alhamdulillah, nampaknya pengorbanan yang dilakukan oleh pemain-pemain Malaysia ni akhirnya membuahkan hasil.

“Kita memang kena lanyak di sini dan itu adalah proses yang perlu hadapi. Kita tidak boleh bergantung dengan latihan yang biasa, kita kena lakukan yang luar biasa untuk mampu bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik dunia. Secara umumnya, apa yang boleh saya katakan ialah kita telah habis tahap di mana kita telah melalui latihan yang cukup keras dan banyak peningkatan berlaku terutamanya dari segi physical fitness, di mana data daripada ISN (Institut Sukan Negara) membuktikannya,” – Mohamad Sukri, seperti yang dilaporkan oleh Utusan

Selepas jelajah Eropah ni, skuad negara akan mengambil bahagian dalam perlawanan ujian pra-Olimpik di Tokyo dengan pasukan Jepun, Australia dan New Zealand dari 19 hingga 23 Ogos ini, diikuti perlawanan persahabatan di Korea Selatan. Ketua jurulatih Roelant Oltmans kata persiapan rapi selama enam minggu itu telah membantu skuad kendaliannya untuk bertemu pasukan-pasukan terbaik Eropah itu.

https://www.youtube.com/watch?v=BBRo7dUV1m8

Melihat pada kemajuan, dalam semua aspek, ‘fitness’ kini jauh lebih baik, dari segi serangan juga lebih baik, struktur pertahanan jelas bertambah baik. Saya senang dengan itu.

“Kami akan bermain melawan penentang yang kuat, dan itulah yang kami mahukan,” – Roelant Oltmans, seperti yang dilaporkan Utusan

Roelant Oltmans. Via News18

Undian bagi aksi kelayakan Olimpik itu dijangka diadakan selepas kemaskini ranking dunia pada September ini, Malaysia berkemungkinan besar bakal berhadapan salah satu daripada pasukan Jerman, Sepanyol, New Zealand atau Kanada.

Kita harap prestasi ni akan dikekalkan oleh pasukan hoki negara…

Kita tak berjaya memenangi pingat emas kat Sukan Olimpik lagi, paling hampir pun kita dapat pingat perak. Jadinya kami harap pasukan hoki negara dapat kekalkan prestasi diorang ni. Tak mustahil kalau satu hari nanti pingat emas Sukan Olimpik datang dari sukan hoki, mudah-mudahan macam tu lah kan. Apa-apa pun, korang kena berikan sokongan sepenuhnya pada pasukan negara, itu yang penting!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *