Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Teknologi

Masih tunggu kereta terbang? Orang Malaysia ni terlibat cipta bas tanpa pemandu

By Maisarah
February 10, 2020 3 Min Read
Comments Off on Masih tunggu kereta terbang? Orang Malaysia ni terlibat cipta bas tanpa pemandu

Rakyat Malaysia mesti tak boleh lupa pasal kereta terbang, kan? Almaklumlah, dah masuk tahun 2020 dan sejak Wawasan 2020 mula disebut zaman PM ke-4 dulu lagi kita dah terbayang tahun ini mesti negara kita dah maju sampai tahap kereta pun boleh terbang.

Tak ada sayap pun boleh terbang. Via Giphy

Tak dinafikan, memang zaman sekarang kita dah masuk era baharu iaitu Revolusi Industri 4.0. Tapi idea kereta terbang sangatlah tak relevan. Daripada kita sembang pasal kereta terbang, lebih baiklah kita cerita pasal kereta tanpa pemandu atau ‘Driverless Car’. Mungkin ramai tak tahu, kita ada anak-anak Malaysia yang berbakat dalam bidang ini. Jom kita kenali dua pemuda ini yang terlibat dalam industri Autonomous Vehicle ini.

Sebelum ni ada Reka Studio, mereka ubahsuai kereta sedia ada jadi kereta tanpa pemandu

Kalau anda mengikuti perkembangan teknologi terkini, pastinya tahu Tesla ada buat kereta tanpa pemandu. Tapi sudah tentulah hanya orang kaya saja yang mampu miliki kereta itu. Macam mana pula dengan orang yang dah kereta tapi nak ubahsuai supaya boleh jadi ‘driverless’?

Ya, idea inilah yang cuba dibangunkan oleh Reka Studio.

Reka Studio terdiri daripada 20 orang individu yang mempunyai latar belakang pengetahuan yang berbeza, dari sains komputer, kejuruteraan elektronik, bio-medik hinggalah ke aeroangkasa. Ada yang pernah berkhidmat dengan syarikat seperti Google dan agensi antarabangsa seperti NASA. Hebat, kan?

Seperti yang diceritakan di Paultan.org, mereka telah mula membangunkan teknologi kereta tanpa pemandu ini sejak tahun 2016.

Setakat ini, mereka telah menghasilkan tiga prototaip kereta yang dipasangkan sistem ini. Versi paling awal menggunakan sebuah Proton Waja dan mula diuji pada November 2016.

Lebih menarik, prototaip mereka dah pun diuji dengan pemanduan tanpa pemandu dari Melaka ke Kuala Lumpur. Power! Anda ada rasa teringin tak nak cuba kenderaan tanpa pemandu ini? Hehe…

Umar Zakir Abdul Hamid, jurutera Malaysia di Finland yang ketuai penyelidikan bas tanpa pemandu

Kalau tadi kita cerita pasal sebuah startup atau syarikat tempatan yang gigih bangunkan kereta tanpa pemandu, sekarang kami nak cerita pasal individu hebat ini pula. Umar Zakir merupakan seorang jurutera yang mengetuai pasukan kajian bas tanpa pemandu bagi syarikat Finland, Sensible 4.

https://www.youtube.com/watch?v=4NWvw_RovKY

Peranannya adalah untuk membangunkan algorithma yang merancang dan mengawal bas tanpa pemandu. Projek ini juga turut mendapat kerjasama dari syarikat Muji dari Jepun. Buat masa ini, produk yang sedang dibangunkan ialah bas elektrik yang mampu beroperasi tanpa pemandu iaitu Gacha.

20200207 Umar Bus 03
Umar bersama pasukan kajiannya. Via MalayMail

Beliau juga merupakan pemegang ijazah kedoktoran falsafah (PhD) dari Universiti Teknologi Malaysia. Semasa dalam pengajian peringkat PhD, beliau juga pernah terlibat dalam pasukan UTM’s Intelligent Drive. Dalam pasukan tersebut juga, mereka pernah mempamerkan prototaip kenderaan tanpa pemandu pada 2018 di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) di Cyberjaya.

Benda ni membuktikan – graduan universiti tempatan tak kurang hebatnya. Ramai yang fikir, untuk jadi pekerja yang power, kena belajar di universiti luar negara. Kalau dulu benda ni mungkin betul, tapi hari ni, universiti tempatan tak kurang hebatnya.

Apa yang penting kena rajin study. Via Giphy

Selama 6 tahun berkecimpung dalam bidang Autonomous Vehicle (AV) ini, beliau telah berjaya menerbitkan 25 kajian saintifik berkaitan AV. Salah satu kajiannya ialah tentang pengendalian AV dalam cuaca ekstrim.

Malaysia mempunyai ramai bakat-bakat yang hebat, cuma kerajaan perlu sokong

Bila bercakap soal ‘brain drain’, ia tidak asing sama sekali dalam negara kita. Kita bukan tak ada bakat yang mampu membangunkan negara kita dalam pelbagai sektor, cuma peluang di Malaysia adalah sangat terhad dan mencabar.

Semoga pada masa akan datang, negara kita dapat memanfaatkan bakat-bakat tempatan ini. Tabik spring kepada anak-anak Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia!

Author

Maisarah

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Ini senarai 5 selebriti yang ada anak kembar, salah satunya sama tarikh lahir dengan bapa

F1
Next

Abam pergi meninggalkan kita, ini ‘perangai’ Abam yang kami tak mampu lupakan…

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme