Masalah bekalan air terputus boleh berlaku kat mana-mana je, tanpa mengira negeri dan masa. Sebagai pengguna, adalah benda biasa untuk korang rasa tak puas atau rasa stress sebab bekalan air kat rumah korang terputus. Tapi ada masa-masa tertentu sebenarnya bekalan air yang terputus tu adalah untuk kebaikan korang jugak. Contohnya, kalau pihak yang menguruskan bekalan yang korang tengah ganti baik atau bekalan air dicatu untuk kegunaan perayaan. Selalunya masalah bekalan air ni takdelah berlarutan dalam tempoh yang panjang, sebab siapa yang boleh hidup tanpa air kan?
Okay, kami tak nak membebel pasal masalah bekalan air terputus. Kali ni kami rasa lebih kami sembang tentang tips untuk korang boleh jimatkan air…
1. Basuhlah baju banyak-banyak, kalau baju kotor tu masih sikit korang kumpulkan je dulu
Membasuh dengan muatan penuh dapat jimatkan elektrik dan air. Membasuh dengan kerap tanpa muatan penuh boleh menyebabkan pembaziran air dan kalau basuh baju melebihi muatan, mesin basuh terpaksa menggunakan lebih tenaga elektrik. Hahh, bestkan cara ni? Bukan setakat dapat jimatkan air, korang boleh jimatkan elektrik sekali.
2. Tadah air hujan, air percuma kurniaan tuhan
Malaysia ni merupakan sebuah negara yang kaya dengan hujan sehingga ada kawasan yang banjir setiap kali musim hujan. Menadah air hujan dapat mengurangkan penggunaan air paip. Air tadahan hujan boleh digunakan untuk mencuci kawasan rumah, siram pokok bunga, basuh kereta dan benda-benda lain. Yang bagusnya, air tadahan hujan adalah percuma, tidak kiralah berapa banyak yang korang tadah.
3. Guna pam tandas dwi curahan, letak botol dalam tangki
Gunakan pam tandas dwi curahan. Curahan sedikit dan curahan banyak. Selalunya bila korang buang air kecil, gunalah curahan yang sedikit, kalau buang air besar baru korang guna curahan yang sepenuhnya. Korang juga boleh letakkan satu botol penuh air ke dalam tangki curahan untuk kurangkan air curahan yang digunakan semasa tangki dipam.
4. Bukan setakat duit yang kena diaudit, pam tandas korang pun kena diaudit taw!
Letakkan cecair pewarna ke dalam tangki pam tandas untuk pastikan keadaan tangki atau saluran tangki yang bocor sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau sekiranya bil korang menaik tanpa diketahui sebab. Jika ada kebocoran, air akan berpanjangan masuk ke dalam tangki dan benda ni akan merugikan dan meninggikan bil air korang. Baiki paip yang bocor dengan segera.
Kalau air paip di rumah korang secara tiba-tiba terputus bekalan atau bekalan diterima dengan lebih kecil berbanding biasa, tanya jiran korang berkenaan bekalan air ke rumah mereka kerana ada kebarangkalian bahawa paip yang tertanam kat rumah korang bocor tanpa disedari. Ada orang yang terpaksa membayar bil sehingga beribu-ribu ringgit kerana paip bawah tanah yang bocor tanpa disedari.
5. Selagi air mengalir, selagi itulah duit korang akang turut mengalir
Semasa korang menggosok gigi, cuci muka, bercukur atau semasa sabun seluruh badan, jangan biarkan air mengalir. Semasa bersihkan tandas atau bilik air, jangan biarkan air mengalir, gunakan air hanya pada permulaan dan akhir untuk bilasan sahaja. Seelok-eloknya gunakan air tadahan yang bersih.
6. Air pun boleh dikitar semula…
Kalau korang tinggal kat rumah sendiri, salurkan air mandian korang ke taman atau tempat korang bercucuk tanam untuk pastikan sayur-sayur atau bunga korang secara automatik disiram setiap kali korang mandi. Kalau korang tinggal kat rumah teres atau ruma pangsa, tadah air mandian untuk digunakan menyiram bunga korang.
7. Jangan jadi ‘mangkuk’ masa cuci pinggan dan mangku
Semasa basuh pinggan, jangan biarkan air mengalir. Sediakan dua besen. Satu untuk bilasan pertama dan satu untuk bilasan kedua. Selesai bersihkan semua pinggan mangkuk dengan sabun, masukkan dalam besen bilasan pertama untuk menghilangkan sabun dan kemudian masukkan ke dalam besen ke dua untuk bilasan. Macam tu jugak sekiranya korang nak basuh buah-buahan atau sayuran, basuh dengan gunakan semangkuk air lebih menjimatkan berbanding menggunakan air paip yang mengalir.
Membazirkan amalam syaitan…
Itulah sebahagian cara untuk menjimatkan penggunaan air kat rumah kita. Kami yakin je korang boleh lakukan beberapa daripada tips yang kami bagi ni. Ingatlah, penjimatan air yang mungkin korang nampak kecil nilainya, sebenarnya ada kepentingan yang tersendiri. Mulakan berjimat, sebab siapa tak berjimat dia kawan dengan syaitooonn!