Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Subscribe
Close

Search

F1
UNDIAN

Kami jalankan UNDIAN untuk Ahli Parlimen paling “Function” sepanjang krisis Covid-19

By Subeditor
May 16, 2020 3 Min Read
Comments Off on Kami jalankan UNDIAN untuk Ahli Parlimen paling “Function” sepanjang krisis Covid-19

Sejak akhir-akhir ni kami selalu tulis kritikan terhadap ahli politik, sebab ada di antara mereka kelihatan begitu haus kuasa. Orang tengah pening fikir macam mana nak tangani Covid-19, diorang masih “main politik”. Main politik sampai tahap tak nak beri perbahasan berlaku di Dewan Rakyat, macam yang kami dah selalu kata – perbahasan di Parlimen diperlukan, bukan setakat untuk memastikan bantuan baru  diperkenalkan, ia demi demokrasi kita.

Reaksi kami masa dapat tahu takde perbahasan akan berlaku di Parlimen. Via Giphy

Tanpa perbincangan di Parlimen, kerajaan hari ini boleh melakukan apa je yang diorang suka. Ia sangat lari dari konsep demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Kewujudan pembangkang dalam sistem demokrasi kita adalah untuk memberi kritikan dan saranan – inilah yang dipanggil proses semak imbang. Di mana pembangkang boleh memainkan peranan dengan berkesan? Tak lain tak bukan, di Dewan Rakyatlah.

Cuma, kami dah agak muak nak kritik ahli politik ni. Sebab kebanyakan diorang jenis tak makan saman, kritik sejuta kali pun – masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Oleh sebab tu, kami nak buat satu undian untuk tengok siapa Ahli Parlimen yang paling berfungsi sepanjang tempoh PKP dan PKPB ni. Korang boleh lakukan undian.

Inilah peluang untuk korang undi YB yang paling function, kami ada hajat nak jemput dia ke ORANGKATA

Bagaimana korang memilih Ahli Parlimen tu, bergantung pada pandangan peribadi masing-masing. Ada yang berpandangan Ahli Parlimen yang paling banyak cakap (memberi nasihat atau mengkritik) adalah mereka yang paling berfungsi. Ada juga yang merasakan Ahli Parlimen jenis relaks tak cakap apa ni – diam-diam ubi berisi. Semua ni kami akan serahkan pada korang untuk pilih.

Ph
Ini di antara gambar menarik untuk kumpulan Pakatan Harapan. Via BenarNews

Kalau tanya kami – Ahli Parlimen yang paling berfungsi adalah mereka yang memainkan peranan di peringkat kawasan dan nasional. Selaku Ahli Parlimen, dia kena utamakan kawasannya dahulu, dia kena pastikan takde orang yang berlapar, kerana kawasan yang dia wakili tu – tanggungjawab utamanya. Kemudian, di peringkat nasional – selaku Ahli Dewan Rakyat, dia kena vokal dalam isu-isu penting yang libatkan kepentingan negara.

Kami tak kisahlah korang akan pilih Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, itu terserah korang. Apa yang korang kena tahu – kami akan adakan undian ini sehingga 20 MEI 2020. Selepas tarik tu, kami akan tutup undian dan umumkan keputusan dalam bentuk artikel. Kalau korang ada minat mana-mana ahli politik, korang bolehlah mintak kawan-kawan korang undi dia sekali.

Untuk kaedah undian pulak, ia cukup simple. Korang cuma perlu masukkan beberapa data ringkas dan masukkan nombor kawasan Ahli Parlimen yang korang nak undi tu. Contohnya korang minat Khairy Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, korang kena masukkan kod 131. Untuk semak nombor kawasan Ahli Parlimen yang korang nak pilih, boleh pergi ke WEBSITE ni.

Bagi Ahli Parlimen yang dapat memenangi undian ni, kami akan cuba untuk hubungi mereka dan adakan bicarawara bersamanya di Facebook ORANGKATA. Itu pun kalau orang menang tu sudilah, kalau dia tak sudi, kami akan cuba hubungi orang yang dapat tempat kedua, dan begitulah seterusnya. Oleh sebab tu, korang kena undi betul-betul, supaya kita dapat dengar Ahli Parlimen korang dapat soalan panas dari kami.

Dah tak sabar nak mengundi? Korang bolehlah mula mengundi dekat SINI.
Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Didakwa terlibat dengan kes kronisme RM30 juta, Menteri Kesihatan saman balik RM30 juta

F1
Next

Ini ENAM ancaman keselamatan ke atas Malaysia yang perlu diketahui setiap rakyat

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme