Ini ENAM ancaman keselamatan ke atas Malaysia yang perlu diketahui setiap rakyat

F1

Sejak merdeka pada 31 Ogos 1957, Malaysia dah berdepan ancaman keselamatan dalam pelbagai jenis dan tahap, termasuklah ancaman pengganas seperti Jama’ah Islamiyyah (JI) dan Islamic State(IS). Perpecahan dalam IS telah menyebabkan ahli kumpulan serta keluarga mereka berada dalam kekalutan. Sebahagian daripada mereka telah memohon untuk pulang ke negara masing-masing sementara yang lain masih tetap ingin berada di Syria, dengan harapan IS akan kembali semula.

86276633 2542256225990533 6815815560597602304 N
via The Star

Bagaimanakah era pasca-IS ini akan memberi impak kepada Malaysia? Apakah cabaran yang dihadapi oleh Bahagian Anti-Pengganas PDRM (E8) dan pengarah barunya, Normah Ishak?

1. Legasi Islamic State(IS) yang masih kekal walaupun organisasi mereka sudah bubar

Pertama, IS sudah berkembang dari sebuah organisasi kepada sebuah gerakan yang mempunyai pengikut serata dunia. Kejatuhan IS pada hujung 2017 mungkin boleh dikatakan sebagai ‘detik kematian’ organisasi tersebut, tetapi legasi mereka masih kekal. Seorang bekas pengikut IS pernah menyatakan pada hujung 2019 bahawa kejayaan sebenar IS ialah mereka dikenali ramai.

61dugvlmr5l
Buku yang sesuai untuk dibaca bagi memahami kejatuhan IS (gambar sekadar hiasan). Via Amazon.com

Serangan oleh individu dan kumpulan mereka di seluruh dunia adalah petunjuk kejayaan IS dalam menyebarkan propaganda. Walaupun terdapat kempen agresif yang ditujukan untuk memerangi keganasan, sokongan untuk IS di Malaysia tetap berlaku kerana hasil usaha mereka merekrut pengikut. Selain itu, ramai yang tertarik dengan ideologi mereka.

2. Sifat ‘Globally Inspired’ Kumpulan Pengganas, nak terkenal di peringkat global

Kedua, serangan pengganas di Malaysia sering mensasarkan untuk gerakan mereka akan tersebar ke peringkat global. Contohnya, gerakan pengganas ni bermula di kawasan tempatan. Kemudian, mereka akan sebar luaskan gerakan ini ke kawasan lain pula. Dan setiap gerakan ini saling berhubung antara satu sama lain.

Sifat ancaman pengganas ini terbukti dalam gerakan seperti JI, IS dan gerakan lain yang dipengaruhi oleh IS. Gerakan yang dipengaruhi oleh IS ini terinspirasi dari idelogi yang dibawa oleh IS di peringkat global, lalu dimulakan di peringkat tempatan. Kemudian, mereka akan mencari ‘rakan seperjuangan’ di kawasan lain pula (selalunya di Indonesia dan Filipina) untuk meraih sokongan dari sudut dana, teknikal dan ideologi.

A48f01cdbe9a4a7c341e64997c274d87
Perjanjian Damai Bangsa Moro – Mindanao -via Pinterest

Hal ini secara tak langsung membuktikan keselamatan Malaysia turut bergantung kepada negara jiran, khususnya Indonesia dan Filipina. Misalnya, ketegangan dan konflik antara penganut agama di Selatan Filipina turut mengancam keselamatan di Sabah. Malaysia mesti terus membantu Filipina dalam menyelesaikan isu ini seperti yang dilakukan pada 2014 iaitu Perjanjian Damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro dan Manila.

3. Perekrutan yang mensasarkan golongan belia, gunakan teknologi

Ketiga, walaupun IS sudah ‘mati’ di Syria, usaha perekrutan yang mensasarkan belia tetap diteruskan. Sebagai contoh, pada hujung 2019, dua pelajar universiti direkrut oleh individu yang berkaitan dengan IS secara online. Mereka berdua didatangi oleh seorang perekrut di media sosial dan diundang untuk menyertai kumpulan Telegram.

Via Giphy

Mereka kemudian diindoktrinasi, mendapat latihan dalam talian mengenai pembuatan bom dan dilatih untuk melakukan operasi pengganas. Tetapi aktiviti ini segera dikesan oleh pihak berkuasa dan rancangan mereka gagal.

4. Politik radikal di Malaysia mengancam perpaduan serta keselamatan negara

Keempat, radikalisasi politik semakin meningkat seiring dengan meningkatnya persaingan antara penyokong fanatik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Ini nyata dalam bentuk permusuhan kaum, semakin berkurangnya sifat saling menghormati, kepekaan dan toleransi, dan ketidakmampuan untuk belajar dan mendapat manfaat dari perbezaan antara satu sama lain.

Walaupun terdapat ketegangan sosial dan politik, kepelbagaian kaum sering dianggap sebagai sumber kekuatan di Malaysia. Sayangnya, kekuatan ini semakin terhakis.

5. Dasar menerima kepulangan bekas ahli pengganas, perlu pelan pemulihan yang berkesan

Kelima, Malaysia sudah ada dasar untuk menerima kepulangan bekas ahli pengganas serta keluarga mereka. Terdapat empat justifikasi utama untuk polisi ini. Bekas ahli pengganas itu masih warganegara Malaysia dan oleh itu kerajaan mempunyai tanggungjawab undang-undang dan moral untuk membawa mereka kembali.

Kepulangan mereka ini turut menghalang mereka daripada melakukan perjalanan ke negara lain dan menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara lain. Rasional di sebalik dasar ini juga mengambil kira keterlibatan janda dan anak-anak kecil. Malaysia juga mempunyai undang-undang terorisme yang kuat dan yakin dengan kemampuan sistem perundangannya.

P14trfkl47 136cm
PDRM Bawa pulang 3 keluarga Daesh. Via Bernama

Tetapi dasar ini juga mempunyai beberapa cabaran. Malaysia perlu mengembangkan kaedah penilaian pemulihan baru yang merangkumi penilaian ideologi, psikologi dan keselamatan kerana ideologi IS lebih ekstrem daripada al-Qaeda dan Jama’ah Islamiyyah.

Memandangkan perkembangan terkini di Syria, beberapa tahanan yang pada awalnya memutuskan untuk pulang kini memilih untuk tinggal setelah dipengaruhi oleh tahanan Asia Tenggara yang mendakwa IS akan kembali. Membawa kembali bekas ahli pengganas juga sangat mencabar.

6. Ketidaktentuan politik, mata kita menjadi saksi “drama politik” yang tak habis-habis

Faktor terakhir ialah ketidaktentuan politik. Rakyat Malaysia menjangkakan politik pasca 2018 akan menjadi lebih stabil – sosial, politik dan ekonomi. Tetapi secara dalaman, menteri yang tidak berpengalaman, pertikaian parti kerana perbezaan ideologi dan keutamaan dasar, dan manifesto yang tidak dipenuhi menyumbang kepada kegelisahan politik.

Kekalahan calon PH dalam beberapa pilihan raya kecil menunjukkan bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan mereka.

Er69rqiu0aeiqmj
via FB Fahmi Reza

Parti pembangkang ketika zaman PH dah memanfaatkan segala kemungkinan peluang untuk memperkuatkan kegagalan PH, terutama dalam melaksanakan manifestonya. Pembubaran kerajaan PH pada Februari 2020 adalah puncak konflik dalaman dalam gabungan PH, sementara pembangkang merebut peluang untuk membentuk pemerintahan baru yang dipimpin oleh Perikatan Nasional.

Ketidakstabilan politik ini telah memberi kesan buruk kepada keselamatan negara. Gangguan politik boleh mempengaruhi kemampuan Malaysia untuk memerangi ekstremisme yang ganas, penolakan terhadap ideologi pengganas dan keselamatan negara. Era pasca-IS membawa satu set cabaran baru yang memerlukan tindakan segera. Sikap tunggu dan lihat dalam menangani masalah pada peringkat awal akan memakan masa yang lama. Jelas, jabatan anti-keganasan E8 Malaysia mempunyai banyak cabarannya yang tersendiri.


Artikel ini diterjemahkan dari Malaysia in the post-IS era, yang ditulis oleh Ahmad El-Muhammady. Beliau juga seorang penganalisis kontra-keganasan dan rakan penyelidik di Unit Penyelidikan Analisis Extremism Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM).

Beliau  adalah saksi pakar yang dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk memberikan analisis dan keterangan mengenai kes-kes keganasan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Beliau juga merupakan sebahagian daripada pasukan pemulihan keganasan di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *