Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Berita

Keluarga tiga remaja yang ditembak polis pada tahun 2010 berjaya dapat ganti rugi RM1.5 juta

By Subeditor
July 3, 2021 4 Min Read
Comments Off on Keluarga tiga remaja yang ditembak polis pada tahun 2010 berjaya dapat ganti rugi RM1.5 juta

Pada tahun 2010 kita digemparkan dengan berita kematian Muhamad Hanafi Omar, ketika itu 22 tahun, bersama Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, yang ditembak mati di Glenmarie, Shah Alam. Ketika itu mereka dituduh merompak beberapa stesen petrol. Polis yang menembak mendakwa suspek bersenjatakan parang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

728 X 90

Kes ini berlangsung cukup panjang, dan antara hujah awal Peguam N Surendran yang mewakili keluarga ketiga-tiga remaja tu adalah laporan bedah siasat bercanggah dengan kenyataan polis bahawa suspek menyerbu ke arah polis dengan bersenjatakan parang. Dalam pernyataan tuntutan, plaintif, antara lain mendakwa ketiga-tiga remaja itu meninggal dunia akibat tindakan polis dan tanpa justifikasi.

Dalam kes ini, setiap keluarga akan menerima lebih RM500,000 bagi pelbagai ganti rugi

Tiga hari lepas, Mahkamah Tinggi dah berikan ganti rugi lebih RM1.5 juta kepada keluarga tiga remaja ini. Hakim Datuk Khadijah Idris buat keputusan tu pada Selasa setelah membenarkan rayuan keluarga ketiga-tiga remaja malang ini.
Peguam Zaid Malek, yang mewakili keluarga remaja itu beritahu akhbar melalui pesanan WhatsApp bahawa Hakim Khadijah benarkan rayuan keluarga remaja tersebut untuk mengetepikan keputusan pendaftar Mahkamah Tinggi, yang berikan ‘award’ RM207,000 kepada keluarga ketiga-tiga si mati.

Pada 11 Ogos 2015, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Rozana Ali Yusoff membatalkan saman itu dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada defendan. Pada 1 Sept 2016, Mahkamah Rayuan benarkan tuntutan yang dikemukakan keluarga ketiga-tiga remaja tu dan memutuskan polis bertanggungjawab ke atas tembakan yang meragut nyawa ketiga-tiga remaja dan perintahkan kes didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penilaian di hadapan pendaftar.

Peguam ketiga-tiga keluarga mangsa berharap Jabatan Peguam Negara tak akan kemukakan rayuan terhadap keputusan itu supaya kes dapat menemui titik noktah. Mereka  juga meminta kerajaan dan polis agar segera mengambil tindakan disiplin dan jenayah terhadap anggota polis yang bertanggungjawab atas perbuatan itu.

Via Giphy

Dia juga berkata daripada award berjumlah RM1,519,299 itu, setiap keluarga akan menerima lebih RM500,000 bagi ganti rugi am, misfeasans awam, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sementara RM11,200 lagi tuntutan tanggungan untuk keluarga Mohd Hairul Nizam dan RM8,000 untuk keluarga Muhamad Hanafi. Ia menandakan berakhirnya proses panjang yang bermula ketika ketiga-tiga keluarga tersebut memfailkan tuntutan mahkamah terhadap polis dan kerajaan pada November 2013.

Pada awalnya, pihak polis mendakwa ketiga-tiga remaja ini menyerang mereka menggunakan parang

Macam kami kata tadi, pada awalnya, polis mendakwa bahawa ketiga-tiga remaja itu bersenjatakan parang dan cuba menyerang polis, selepas cubaan merompak kios stesen minyak di Monteres dan di Bukit Subang. Cuma, menurut peguam hak asasi manusia N Surendran, laporan bedah siasat bercanggah dengan kenyataan polis.

4
Via MalaysiaKini

“Polis mendakwa bahawa remaja-remaja terbabit menyerang mereka dengan parang dan mereka perlu melepaskan tembakan. Bagaimanapun, laporan bedah siasat menunjukkan bahawa sudut penembusan peluru, jumlah peluru yang ditembak dan jarak mereka ditembak bercanggah dengan kejadian yang diceritakan polis,” – N Surendran, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Hasil bedah siasat menunjukkan sangat jelas yang versi (kenyataan) pihak polis tak benar dan apa yang berlaku adalah remaja-remaja terbabit diminta berlutut, baju mereka ditarik hingga ke atas kepala mereka, dan mereka ditembak di tempat kejadian. Luka dari peluru yang menembusi Shamil berada pada sudut 45 peratus, sehingga membuktikan yang dia sememangnya sedang berlutut. Terdapat juga baki tembakan di baju yang menunjukkan peluru ditembak dari jarak dekat.

Surendran turut berkata setakat yang diketahuinya, belum ada pendakwaan terhadap pegawai polis yang didapati bertanggungjawab terhadap pembunuhan seperti itu. Sama ada mereka tidak mendakwa pegawai-pegawai tersebut, atau prosesnya sangat lambat dan tidak meyakinkan sehingga kes itu hilang begitu saja di dalam sistem. Walaupun terdapat banyak kes, pihak polis masih menjalankan siasatan. Tidak ada badan bebas yang mengumpulkan bukti,” katanya.

Barangkali sudah masanya kita tubuhkan IPCMC yang telah dicadangkan sejak tahun 2006

Nampaknya keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan. Dengan adanya mekanisme ini, sudah tentunya ia akan membolehkan polis dan orang awam buat aduan kepada suruhanjaya ini. Polis dan rakyat akan ada keyakinan dengan wujudnya sebuah badan yang bebas.

Jika ada aduan atau tohmahan palsu terhadap polis pun, suruhanjaya bebas ini akan dapat membersihkan nama mereka. Hari ini, semua badan sedia ada tidak menyakinkan kerana tiada kebebasan mahupun kuasa bertindak secara bebas dan berkecuali. Untuk jangka masa panjang, penting untuk IPCMC yang dicadangkan sejak tahun 2006 itu diluluskan di dalam Parlimen.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Kisah pencipta anti-virus John McAfee yang baru-baru ini meninggal di dalam penjara

f1
Next

Bendera hitam berjaya raih sokongan rakyat Malaysia, Ahmad Faizal kata ia tak membantu

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme