Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
PolitikTips

Orang masih bising dengan isu video semburit Azmin, ini tips kesan berita palsu

By Subeditor
June 19, 2019 4 Min Read
Comments Off on Orang masih bising dengan isu video semburit Azmin, ini tips kesan berita palsu

Dalam dunia yang semuanya di hujung jari ni, kita disajikan dengan pelbagai cerita dan berita. Walaupun bunyinya macam tak logik – tapi sebenarnya masih ada masyarakat di luar sana yang percaya dengan apa sahaja yang diorang baca kat internet. Ingat ye tuan-tuan dan puan-puan; tak semua maklumat yang ada kat internet tu sahih. Artikel kami? Sudah tentulah kami dah lakukan banyak carian atau bersumberkan berita yang kredibel. Kredibel maksudnya sumber berita tu diketahui ramai, contohnya media seperti Sinar Harian, Astro Awani, Harian Metro dan banyak lagi media yang popular. Selepas AlQuran, sunnah, ijmak dan qias – dioranglah yang jadi rujukan kami.

Via Giphy

Hahh…ini step pertama kalau korang nak tahu kebenaran berita tu. Korang kena pastikan berita tu datang daripada sumber yang betul. Bukan datang dari seluardalam dot blogspot atau something like that. Kena kredibel, sebab kalau website ‘asal ada’, kami pun boleh buat dalam masa yang singkat. Tapi sebenarnya, ada beberapa lagi tips untuk ketahui yang berita, antaranya…

1. Jangan sekadar baca tajuk je, kadang-kadang tajuk tak gambarkan kandungan artikel

Ni kami bagi satu rahsia; dalam dunia persaingan pasaran digital yang ada sekarang – ramai penerbit yang tak ada kredibiliti yang tinggi dalam menerbitkan artikel. Maksudnya, diorang akan letak je apa-apa tajuk yang akan mendorong orang untuk tekan link tu. Korang kena tahu yang, diorang cuma nak korang baca dan share artikel diorang, sebab itu akan bawa keuntungan. Jadinya, tak kisahlah macam mana pun tajuk artikel lari dari mesej sebenar artikel, diorang tak kisah. Sebabnya sampaikan kebenaran atau cerita sebenar bukanlah matlamat diorang.

Contoh paling simple. Via Daily Fintech

Oleh sebab tu, kami sarankan korang untuk hati-hati apabila membaca artikel dengan tajuk yang super sensasi. Boleh jadi, diorang saja je letak tajuk macam tu supaya korang klik.

2. Macam yang kami kata tadi, cuba tengok siapa yang terbitkan

Antara soalan pertama yang kena ada dalam kepala korang kalau tengok mana-mana artikel – adakah laman penerbitan memenuhi diterbitkan di mana-mana platform lain? Selalunya berita yang dilaporkan oleh ramai pihak, ada kecenderungan untuk menjadi berita benar. Satu lagi benda penting yang korang kena ingat – hanya kerana platform tu popular dalam kalangan rakan anda tidak bermakna kandungannya tepat.

Tengok dalam-dalam siapa yang tulis. Via Giphy

Semak juga, siapa pengarang? Adakah dia pernah terbitkan apa-apa artikel sebelum ni? Dari sana korang boleh tengok kecenderungan dia. Kalau sebelum ni memang selalu kutuk ‘something’, boleh jadi dia berlaku tak adil apabila tulis apa yang dia benci. Contohnya, macam Najib Razak kutuk PH atau Tun Mahathir kutuk Najib Razak. Mestilah akan ramai yang ragui tuduhan atau tulisan terhadap musuh politikkan?

3. Sebenarnya ada je website untuk check fakta, kat Malaysia pun ada tapi hambar

Kalau korang pernah dengar slogan; kalau tak pasti, jangan kongsi, kemungkinan besar korang dah tahu kita ada website untuk check fakta tu betul atau gebang. Tapi sayangnya, bila kami tengok website yang ada tu; menyedihkan, sebab hambar. Lagi satu, ramai yang skeptikal terhadap website tu jadi platform untuk laksanakan propaganda, tak kisahlah zaman BN atau PH, memang ramai yang ragu dengan website tu.

Via MStar

Sebenarnya ada je website macam  FactCheck.org, Politifact.com dan Snopes.com, untuk korang semak fakta kalau terjumpa artikel yang pelik-pelik. Kami harap sebenarnya.my nanti akan berfungsi dengan lebih kemas dan seronok supaya orang akan rajin semak fakta.

4. Apa yang paling penting, lakukan siasatan!

Okay, kalau kami bagi banyak sangat tips pun tak berguna, sebab nanti korang pening. Jadi kami nak akhiri dengan satu tips yang paling penting, semuanya akan kembali kepada diri sendiri. Sebagai pembaca, penting untuk korang lakukan kajian dan siasatan terhadap apa yang korang baru baca. Bak kata cikgu matematik kat sekolah dulu – korang tak boleh nak disuap jee, kena banyakkan latihan. Membaca artikel kat internet pun lebih kurang macam tu. Korang kena pastikan yang korang selalu siasat artikel yang korang baca.

Siasat macam ni. Via Giphy

Siasat dalam-dalam macam FBI atau CIA buat kerja. Percayalah, kalau korang ada sikap yang macam ni, makin susahlah korang nak kena kecing oleh media. Sebab korang akan jadi lebih teliti daripada wartawan atau penulis berita.

Dengan kisah Azmin Ali ni, korang rasa betul ke atau gebang?

Kami ada tulis artikel pasal isu Azmin yang dikatakan menggunakan deep fake ni. Cuma, dengan tips yang kami berikan ni, rasa-rasanya benda tu betul atau gebang? Apa kata, korang gunakan semua tips yang kami bagi ni – kemudian cuba beritahu apa kesimpulan yang korang boleh buat. Beritahu kami kat mana-mana media sosial ORANGKATA, kalau kesimpulan korang tu menarik dan logik, kami akan bagi hadiah!

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Previous

5 artis yang dulu popular gila, tapi sekarang hilang entah ke mana

Next

Pemandu mabuk langgar peniaga sehingga meninggal dunia, DAP minta kerajaan tegas

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme